Tuesday, March 12, 2013

PRU 13 : Mampukah BN menang 160 kerusi Parlimen?

Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (gambar) yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.

“Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen PAS, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP.”

“Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.

Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.

“Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.

“Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12),” katanya.

Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan “cah keting” atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.

Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.

Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.

Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.

Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.

“Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini,” katanya. — Bernama

11 comments:
Write comments
  1. Ramai pengundi nak dgr sendiri dari mulut bekas pejuang UMNO apakah kepincangan yg ada dan apakah halatuju PR sebagai ganti BN bila berkuasa nanti. mgkn ada kelainan pandangan dari bekas orng dlm yg lebeh terdedah dgn UMNOBN dulu.

    ReplyDelete
  2. bubar lah klu nk tau masa depan cerah ke x.....xkn nk tgu setaip negeri bubar dulu.

    ReplyDelete
  3. 160 kerusi jer?? Kan aku dah kata,mesti menang 222 kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  4. Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Aman believes the people of Sabah have full confidence in the Barisan Nasional government’s handling of the Lahad Datu intrusion and will not affect the coalition’s winning chances in the upcoming election.

    “We in Sabah always support the (Barisan Nasional) government because we know very well that we have a government that carries out its responsibility well. And seeing the government’s handling of the current (Lahad Datu) situation, we have full trust and confidence in the government and security forces,” said Musa when asked whether the incident will affect the BN’s chances in the upcoming election.


    ReplyDelete
  5. Speaking to reporters after officiating and flagging off the Himpunan Patriotik Belia Sabah at Lintasan Deasoka here yesterday, Musa slammed the opposition for showing its impotence in regard to the Lahad Datu intrusion incident.

    The opposition, he said, only know how to criticize the government and its leaders but have failed to prove their capabilities during times of crisis.

    “The opposition, including one irresponsible opposition leader’s accusation about the intrusion being Umno’s masquerade, only know how to condemn the government. But when our country faces challenges like what we are facing now, they remain silent instead of supporting the government’s actions,” Musa commented.

    ReplyDelete
  6. saya dan rakan2 seperjuangan amat yakin sekali yg BN akan berkubur pada PRU13 nanti,..tak percaya kita akan lihat nanti.

    ReplyDelete
  7. Amat yakin BN akan menang besar pada PRU ini.

    ReplyDelete
  8. Harap BN akan meneruskan usaha membantu rakyat.

    ReplyDelete
  9. 180 kerusi nie tahun. Tentera kena bersedia dengan protes yang bakal menyusul. BR1M betul2 membantu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.