Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah akan dilanjutkan selama enam bulan lagi dari 21 Mac depan.
Menurut kenyataan Setiausaha RCI berkenaan, Datuk Saripuddin Kassim, ia bertujuan untuk menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan lanjuta anjutan tempoh siasatan RCI itu dari 21 Mac hingga 20 September 2013.
Saripuddin berkata, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
Pada mulanya, pendengaran RCI itu sepatutnya disambung semula pada 5 Mac tetapi ia telah ditunda kepada Mac 18. -MK
Wednesday, March 13, 2013
RCI Sabah dilanjut enam bulan lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada satu contoh 'bagus' dr SPRM ni. Bg mereka ,tindakan BN/PM janjikn berbagai2 bentuk kewangan /insentif dll dekat dgn PRU, SPRM anggap ianya tak salah dan ditafsirkn sebagai bantuan kerajaan. Jika nak buat kes,susah sebab jika 1 juta penerima 'rasuah'politik tu, takkan 1 juta orang nak kena sapina ke Mahkamah. Nampak tak SPRM pun dah lama jd LEMBU UMNO selain polis.
ReplyDelete