Insiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.
Tindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).
Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
Selepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.
Sandiwara “Istana Sulu” dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai “Sultan Bantilan Esmail Kiram II” dan anak perempuannya “Jacel Kiram”.
Plot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.
MUSUH DALAM SELIMUT
Pemimpin tempatan (pembangkang) serta pesimpati dengan ‘perjuangan Kesultanan Sulu’ juga dipercayai menyumbang kepada sandiwara ini.
Sebelum pencerobohan berlaku, ada pemimpin pembangkang Sabah yang mengakui pernah berjumpa dengan Sultan Sulu.
Bagaimanapun beliau (pemimpin pembangkang) tidak menjelaskan apakah isu dalam perbincangan dan turut mengakui yang beliau jumpai itu bukanlah Jamalul yang mendalangi pencerobohan itu.
Pembangkang ini selama ini cukup lantang seperti yang dilaporkan di dada akhbar memperjuangkan hak-hak Sabah dan memastikan kuasa autonomi ada pada Sabah.
Namun selepas insiden ini berlaku, suara beliau (pemimpin pembangkang) yang selama ini begitu sengit tidak lagi kedengaran.
ORANG SABAH SUDAH MENENTUKAN TAKDIR SABAH
Sikap degil Jamalul ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno S. Aquino yang menyatakan bahawa “anda tidak akan berjaya” (dalam perjuangan mereka menuntut Sabah), yang dengan kedegilan beliau itu menyaksikan 10 anggota keselamatan Malaysia dan 62 militan terbunuh sehingga hari ini.
Kumpulan Jamalul juga tidak mengendahkan hakikat sejarah yang penduduk Sabah telah menentukan takdir Sabah (dahulunya North Borneo) sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Pendirian Kerajaan Filipina semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dapat dilihat pada akhbar ‘Philippine Daily Inquirer’ yang telah menerbitkan ucapan terdahulu pemimpin kerajaan itu berhubung pendiriannya terhadap Sabah.
Akhbar itu memetik laporan akhbar Manila Times pada 25 Mac, 1963, yang memetik ucapan Senator Lorenzo Sumulong dalam ucapan ‘privilege’ berhubung tuntutan terhadap Sabah, (difailkan oleh President Diosdado Macapagal pada 22 Jun, 1962), menyatakan adalah lebih baik menyerahkan kepada rakyat di Sabah sama ada mereka mahu menyertai pembentukan Malaysia atau sebaliknya.
“Apa gunanya melibatkan diri di Borneo Utara, jika selepas semua, walaupun jika kita berjaya memperolehnya, kita komited kepada idea membenarkan rakyat Borneo Utara menentukan apa nasib mereka akan datang?
“... tindakan yang lebih baik untuk diikuti adalah untuk kerajaan kita memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu apabila Rancangan Persekutuan Malaysia dikemukakan untuk pertimbangan PBB, bahawa kita secara sukarela melepaskan apa-apa tuntutan kedaulatan kita di mana-mana bahagian North Borneo dalam usaha mempercepatkan perubahan status wilayahnya daripada bukan pemerintahan sendiri kepada negeri pemerintahan sendiri atau bebas dan bahawa kita bersetuju dengan pungutan suara di bawah naungan PBB untukmemberi rakyat Borneo Utara peluang untuk menyatakan dengan bebas kehendak dan hasrat mereka ...”
TIDAK ARIF DENGAN SEJARAH
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini.
Ketiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.
Shariff berkata rakyat dan kerajaan haruslah sentiasa bersedia dan selaras dengan kenyataan Perdana Menteri pencerobohan ini adalah satu panggilan “wake-up call”, untuk meningkatkan perancangan dan strategi masa depan bagi menangani sebarang ancaman khususnya yang melibatkan kedaulatan negara.
Berikutan pencerobohan ini, UMS mewujudkan Pusat Kajian Strategik Sabah sebagai platform untuk memberi pandangan, nasihat dan maklumat tentang isu dan perancangan masa depan yang melibatkan isu keselamatan, ekonomi, sosial, sejarah, pendidikan, politik dan yang berkaitan isu domestik negara.
“Kini kita berdepan dengan ancaman pencerobohan yang melibatkan keselamatan, kita tidak tahu masa depan mungkin kita akan menghadapi ancaman ekonomi dan sebagainya. Dan inilah UMS memainkan peranan dan wujudkan pusat ini,” katanya.
Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu. — Bernama
Tuesday, March 19, 2013
Sandiwara Jamalul Kiram sekeluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
ReplyDeletePesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
ReplyDeleteBeliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
ReplyDelete“Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
ReplyDeleteHamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
ReplyDeleteMenjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
ReplyDelete“Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata,” katanya.
ReplyDeleteHamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
ReplyDeleteSementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
ReplyDelete“Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan,” katanya.
ReplyDeleteoi kiram, sultan akjan mcmana? mana 1 betul? @ dua2 pun TEMBIRANG???
ReplyDeleteInsiden pencerobohan kumpulan militan di Lahad Datu, harus dijadikan iktibar kepada penduduk Sabah betapa mereka perlu menyiapkan diri menghadapi segala cabaran yang menimpa negeri ini dan betapa keamanan ialah sesuatu yang tidak ternilai harganya, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
ReplyDeleteBeliau berkata walaupun Sabah terhindar daripada ancaman pengganas komunis yang menimpa Semenanjung Malaysia dan Sarawak, namun pencerobohon di Lahad Datu merupakan ancaman kedua selepas serangan “peristiwa Kalabakan” Tawau, bahagian pantai timur pada tahun 1965.
ReplyDeleteOleh itu, katanya, rakyat harus memahami sejarah dan mengelak pertelagahan sesama sendiri untuk menjaga bersama kedaulatan negara ini ibarat sebuah keluarga yang besar.
ReplyDelete“Sekiranya rakyat berpecah-belah maka sudah tentulah ia akan membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk mengeksploitasi kelemahan itu.
ReplyDeleteJAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteBanyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram. Siapakah Kiram? Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteDari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteSelepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteHal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteSultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteTausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteMenurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.
JAMALUL KIRAM III KETURUNAN PEMBUNUH & TALI BARUT USA!!
ReplyDeleteSebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM. Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu.
“Dalam hal ini, rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang menggunakan pelbagai kaedah matlamat menghalalkan cara dan saya minta rakyat sentiasa berpegang teguh kepada prinsip asas kesederhanaan, kebijaksanaan dan kewarasan, dan bukan berlandaskan emosi,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 70 orang penduduk di sini semalam.
ReplyDeletepasal ic palsu lah sabah jadi huru-hara begini yg jadi mangsa adalah rakyat sabah sendiri.....yg susah urg-urg sabah juga....
ReplyDeleteumno bn ada susah hati kah?
lari dari mulut singa masuk mulut buaya...sama juga ceritanya...
ini Kali laaaaa.....
BAYUMURNI...
SANDIWARA YANG TAK MENJADI!!! PLOT PUN TAK PNDAI NK BUAT! CERITA NI TAK LAKU KT ORANG! SAKIT HATI ORG TENGOK! BUKAN TERHIUR TAPI MELUAT!!
ReplyDeleteAdakah Sabah atau Borneo pernah berada dalam pemerintahan Sulu?
Ya, pernah. Bahagian Timur Sabah pernah berada di bawah pemerintahan Sulu. Tetapi pada 1885, Syarikat Borneo Utara telah mengambil alih Borneo Utara. Orang Sulu ini garang. Dari dulu mereka suka bergaduh.
Mereka tidak bersetuju apabila Amerika Syarikat memerintah Filipina dan mula bergaduh. Kemudian, apabila Amerika Syarikat membebaskan Filipina pada 1946 dan menjadi negara bebas, orang Sulu di Utara tidak berpuas hati dan tidak bekerjasama dengan Filipina.
Mereka mahu menubuhkan negara sendiri. Sehingga ke hari ini, Sulu dan Filipina bergaduh. Sulu juga pernah bergaduh dengan Sepanyol yang pernah menjajah Filipina. Penduduk di satu-satu kawasan itu berbeza.
Samalah juga dengan negara kita yang suatu ketika dahulu masyarakat dunia tidak faham mengapa negara kita ada sembilan raja berdaulat. Ramai orang Malaysia tidak tahu.
Tidak ada satu negara pun di dunia ada sembilan raja berdaulat. Kemudian digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Tapi, autonomi sembilan raja itu masih ada. Kalau bandingkan orang Kelantan dan Johor, tidak sama. Loghat Kelantan juga ramai yang tidak faham.
SANDIWARA YANG TAK MENJADI!!! PLOT PUN TAK PNDAI NK BUAT! CERITA NI TAK LAKU KT ORANG! SAKIT HATI ORG TENGOK! BUKAN TERHIUR TAPI MELUAT!!
ReplyDeleteAdakah benar wujudnya janji atau tuntutan bahawa Sabah masih lagi kepunyaan Sultan Sulu dan Filipina?
Bagaimana Sulu mahu tuntut Sabah sedangkan Filipina sendiri tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Kalau dulu, ada yang cakap wujud keturunan Sultan Melaka. Apabila saya tanya, sultan mesti dipilih, kamu siapa yang tabal?
Orang itu tidak menjawab kerana tidak ada pertabalan untuk diri sendiri. Sekarang panggil sultan kurang tepat kerana ia hanya gelaran seperti Sultan Abdul Samad.
Gelaran yang betul adalah Yang Di-Pertuan Negeri Selangor dan segala jajahan takluknya. Mereka biasa gunakan kerajaan, tapi ia bukan goverment. Kalau ditafsirkan, sepatutnya monarki. Manakala goverment tidak perlu ada raja.
SANDIWARA YANG TAK MENJADI!!! PLOT PUN TAK PNDAI NK BUAT! CERITA NI TAK LAKU KT ORANG! SAKIT HATI ORG TENGOK! BUKAN TERHIUR TAPI MELUAT!!
ReplyDeleteAdakah masih relevan tuntutan Sulu terhadap Sabah?
Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk menyiasat sama ada Sabah dan Sarawak setuju dengan penubuhan Malaysia. Setelah selesai siasatan dan pengumuman penubuhan Malaysia dan perlembagaan diumumkan, tiada ada protes. Itu bermakna mereka setuju dan Sabah untuk penubuhan Malaysia. Jadi, tuntutan mereka itu tidak relevan lagi.
Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.
ReplyDeleteOleh itu, katanya, Jamalul Kiram III tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
ReplyDeleteSumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
ReplyDeleteSumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.
ReplyDelete"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu," kata sumber berkenaan.
ReplyDeletePada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
ReplyDeletePada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
ReplyDeleteGenerasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
ReplyDelete"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu," kata sumber berkenaan.
ReplyDeleteBadaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company
ReplyDeleteMenurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu.
ReplyDeletePihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.
ReplyDeleteJurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.
ReplyDeleteDifahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza.
ReplyDeleteAishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.
ReplyDeleteKatanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri.
ReplyDeleteKata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.
ReplyDeleteMengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan,” tambah beliau. Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.
ReplyDeleteMalaysia tidak lagi menghormati Jamalul Kiram kerana beliau merupakan seorang pengganas yang menipu dalam pertempuran.
ReplyDeleteHari ini pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
ReplyDeleteBeliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
ReplyDeleteJamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan.
ReplyDeleteInsiden pencerobohan di Lahat Datu dilihat tidak lebih daripada sandiwara Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu dan para penaja kempen beliau.
ReplyDeleteTindakan Jamalul dan militan setianya tidak masuk akal sedangkan Istana Malacanang sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada penurunan pewaris selepas Sultan Jamalul Ikram II meninggal dunia (1884-1936).
Kumpulan militan bersenjata seramai 234 orang yang diketuai sendiri oleh adik Jamalul yang bergelar Raja Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari untuk menuntut semula Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu.
ReplyDeleteSelepas Kerajaan Malaysia bertindak untuk mengusir keluar kumpulan pengganas itu, dan selepas berpuluh-puluh anggotanya terbunuh Jamalul yang dalam mahu menjaga air mukanya berkeras bahawa pasukan militannya tidak akan berundur dari Lahad Datu dan mereka akan berjuang hingga ke orang terakhir.
Sandiwara “Istana Sulu” dipanjangkan lagi oleh polemik adiknya yang menggelarkan dirinya sebagai “Sultan Bantilan Esmail Kiram II” dan anak perempuannya “Jacel Kiram”.
ReplyDeletePlot sandiwara itu bertambah rumit dengan tidak kurang enam pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu yang tidak lagi diiktiraf.
This is family dispute.
ReplyDeleteSandiwara yang tak sudah2.
ReplyDeleteAnd I wonder why there is no arrest on him.
ReplyDeleteNama sudah penjual tiram, apa lagi diorang nak sahut kan? Kuang2.
ReplyDeleteHe is so not him, I mean he is so pathetic.
ReplyDeleteKat pilipin ko kana buang , ko rasa pigi Sabah kau kana trima?
ReplyDeletePresiden Filipina, Benigno Aquino pada Ahad berkata proses rundingan adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah dan beliau turut mengkritik tindakan kumpulan bersenjata menyerang Malaysia.
ReplyDeleteAquino turut mengecam konspirasi terancang pihak tidak bertanggjungjawab yang menghantar pengikut-pengikut kesultanan Sulu ke Sabah kerana ia telah mengancam keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang tinggal dan bekerja di negeri itu.
ReplyDeleteBercakap di Akademi Elit Ketenteraan di Filipina pada Ahad, beliau turut mengutuk tindakan pengikut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III yang membunuh dengan kejam sembilan anggota pasukan keselamatan di Malaysia.
ReplyDelete“Insiden seperti ini akan hanya menyebabkan lebih banyak masalah kerana anda cuba menyelesaikan dengan tergesa-gesa atau menggunakan kekearasan. Kita memerlukan perbincangan mendalam dan ikhlas jika mahu mencari jalan penyelesaian yang betul,” katanya.
ReplyDelete“Kita sudah tahu betapa rumitnya isu ini. Bolehkan mana-mana Perdana Menteri Malaysia dengan mudah melepaskan sebuah negeri yang sudah lama tertakluk di bawah undang-undang mereka?,” soal Aquino.
ReplyDeleteAquno turut mendakwa ada pihak ketiga yang terlibat dalam membiayai pengikut Kiram berhubung insiden pencerobohan di Sabah ia memerlukan wang yang banyak.
ReplyDeleteKesultanan Sulu tidak mempunyai hak untuk menuntut Sabah kerana keputusan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memihak kepada Putrajaya apabila berlaku pertindihan tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan dengan Jakarta yang diputuskan pada tahun 2002.
ReplyDeleteMenurut naib presiden Majlis Peguam Christopher Leong, keputusan itu sekaligus mengiktiraf Sabah dan pulau-pulau disekitarnya sebagai sebahagian dari Malaysia.
"Jika kita merujuk perkara sebelum ini, Kesultanan Sulu, dalam tindakannya dari 19 April 1851 hingga 26 Jun 1946 telah melepaskan hak, kepentingan dan penguasaannya terhadap Borneo Utara, atau kini dikenali sebagai Sabah," kata Leong.
ReplyDeleteMenurut Leong, terdapat banyak perjanjian, di antaranya perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Sepanyol pada 19 April 1851, dan disahkan oleh Protokol pada 22 Julai 1878 sebagai menjadi sebahagian dari jajahan Sepanyol.
ReplyDeleteBorneo Utara, yang kini sebagai Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu, yang kemudiannya dipajakkan kepada Baron von Overback dan Alfred Dent, yang membentuk SBUB, sehingga 26 Jun 1946, setahun selepas tamat perang dunia kedua, di mana syarikat tidak mampu untuk membangunkan semua prasarana dan diserahkan kepada kerajaan British.
ReplyDeleteBritish, pada 9 Julai 1963 menandatangani perjanjian dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyerahkan Borneo Utara, Sarawak serta Singapura untuk menyertai Malaysia, selepas Suruhanjaya Cobbold mendapati penduduk di kawasan tersebut mahu menyertai Malaysia, yang kemudiannya dibentuk pada 16 September 1963.
He is seeking revenge.
ReplyDeleteBiarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.
ReplyDeletePulau Sipadan dan Ligitan adalah dua pulau bertindih di timur laut Sabah, di Laut Celebes yang hampir dengan sempadan Indonesia-Malaysia.
ReplyDeleteDalam masa sama Leong juga mahu anggota keselamatan negara untuk menguruskan keselamatan di samping terus komited dengan hak asasi manusia dalam situasi di Lahad Datu.
Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.
ReplyDeleteKeampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini.
ReplyDelete“Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang,” kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.
ReplyDeleteZulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.
ReplyDelete“Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila,” katanya.
ReplyDeleteDalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.
ReplyDeleteDon't bother about this man.
ReplyDeleteHe is here for chaos.
ReplyDeleteTaktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat,” katanya.
ReplyDeleteA devil with a mask man.
ReplyDeleteAntara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter.
ReplyDeleteStrategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.
ReplyDeletePerkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.
ReplyDeleteKejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.
ReplyDeleteIsmail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.
ReplyDeletePembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.
ReplyDeleteSejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.
TANPA disedari Puteri Jacel 'Syaitan' Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah.
ReplyDeleteKasihan Puteri Jacel. Mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel 'Syaitan' Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.
ReplyDeletePendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.
ReplyDeletePenganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'Pajakan Kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.
ReplyDeleteKatanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.
ReplyDelete"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".
ReplyDelete"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".
ReplyDeleteBeliau diminta mengulas tindakan anak perempuan Ketua Pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.
ReplyDeletePerjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.
ReplyDeleteTambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.
ReplyDeleteKatanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.
ReplyDelete
ReplyDeleteSementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.
Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.
ReplyDelete"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.
ReplyDeletePerang psikologi yang dilakukan Jamalul Kiram III di Filipina sejak hari pertama pencerobohan di Lahad Datu hanya sebagai usaha untuk memperlihatkan kerajaan Sulu yang tidak diiktiraf masih wujud.
ReplyDeletePensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Ruhani Mat Min berkata, Kiram hanya mahu memperlihatkan beliau masih berkuasa sebagai 'Sultan Sulu'.
ReplyDeleteKatanya, perang psikologi yang dibuat melalui sidang media di Filipina itu, hanyalah untuk mengelirukan pihak keselamatan negara sahaja.
ReplyDelete"Namun, saya percaya tentera dan polis kita lebih arif tentang perkembangan yang berlaku di Lahad Datu kerana mereka berada di lokasi.
ReplyDelete
ReplyDelete"Sedangkan Jamalul Kiram hanya bercakap di Filipina dan tidak mampu menghubungi atau beri arahan kepada pengikutnya, beliau hanya bercakap dalam bayangan," katanya
Hanya Jamalul Kiram sekeluarga sajalah yang tahu kenapa dan apa niat mereka cetuskan insiden keganasan di LD.
ReplyDeleteSaya ada terbaca wawancara, pakar sejarah cakap Filipina perlu gugur tuntut Sabah. Jadi maknanya memang mereka ni takda hak nak tuntut Sabah lah.
ReplyDeleteTan Sri Khoo Kay Kim cakap Bahagian Timur Sabah pernah berada di bawah pemerintahan Sulu. Tetapi pada 1885, Syarikat Borneo Utara telah mengambil alih Borneo Utara. Orang Sulu ini garang. Dari dulu mereka suka bergaduh.
ReplyDeleteMereka tidak bersetuju apabila Amerika Syarikat memerintah Filipina dan mula bergaduh. Kemudian, apabila Amerika Syarikat membebaskan Filipina pada 1946 dan menjadi negara bebas, orang Sulu di Utara tidak berpuas hati dan tidak bekerjasama dengan Filipina.
Mereka mahu menubuhkan negara sendiri. Sehingga ke hari ini, Sulu dan Filipina bergaduh. Sulu juga pernah bergaduh dengan Sepanyol yang pernah menjajah Filipina. Penduduk di satu-satu kawasan itu berbeza.
Samalah juga dengan negara kita yang suatu ketika dahulu masyarakat dunia tidak faham mengapa negara kita ada sembilan raja berdaulat. Ramai orang Malaysia tidak tahu.
Tidak ada satu negara pun di dunia ada sembilan raja berdaulat. Kemudian digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Tapi, autonomi sembilan raja itu masih ada. Kalau bandingkan orang Kelantan dan Johor, tidak sama. Loghat Kelantan juga ramai yang tidak faham.
Adakah benar wujudnya janji atau tuntutan bahawa Sabah masih lagi kepunyaan Sultan Sulu dan Filipina?
ReplyDeleteBagaimana Sulu mahu tuntut Sabah sedangkan Filipina sendiri tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Kalau dulu, ada yang cakap wujud keturunan Sultan Melaka. Apabila saya tanya, sultan mesti dipilih, kamu siapa yang tabal?
Orang itu tidak menjawab kerana tidak ada pertabalan untuk diri sendiri. Sekarang panggil sultan kurang tepat kerana ia hanya gelaran seperti Sultan Abdul Samad.
Gelaran yang betul adalah Yang Di-Pertuan Negeri Selangor dan segala jajahan takluknya. Mereka biasa gunakan kerajaan, tapi ia bukan goverment. Kalau ditafsirkan, sepatutnya monarki. Manakala goverment tidak perlu ada raja.
Jadi kalau pakar sejarah dah cakap even hal ini kalau dibawah ke mahkamah antarabangsa 'sultan sulu' akan kalah, maka tidak perlulah kita terlalu risau akan tuntutan itu.
ReplyDeleteSabah milik sah Malaysia, tidak boleh dituntut mana-mana pihak - Rais
ReplyDeleteSabah ialah hak milik sah Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa, dan negeri itu atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata, perkara itu jelas termaktub dalam keputusan Suruhanjaya Cobbold 1963 yang menentukan bahawa majoriti rakyat Sabah bersetuju negeri itu menyertai Persekutuan Malaysia.
"Sebelum Malaysia dibentuk, sebuah suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Cobbold telah diwujudkan, bagi membuat pungutan suara rakyat Sabah berkenaan penyertaan negeri itu dalam Persekutuan Malaysia.
"Secara keseluruhan suruhanjaya itu mendapati rakyat Sabah mahu menyertai Malaysia dan kemasukan ke Malaysia adalah tindakan kenegaraan dan tiada lagi tuntut-menuntut selepas itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Murni Pemimpin Bersama Warga Penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Institusi Pemulihan Dadah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa diri mereka sebagai "Tentera Kesultanan Sulu" yang kononnya mahu menuntut negeri itu daripada Malaysia. - BERNAMA
Tapi saya rasa pun memang tak patut dituntut sebab Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
ReplyDeleteSabah police chief Comm Datuk Hamza Taib said the suspects were being investigated for various offences including possession of offensive weapons, suspicious personal documents and illegal entry, among others.
ReplyDeleteHe explained that Somsa (which replaced the Internal Security Act) was used for investigations and charges would be filed under the Penal Code.
ReplyDeleteMeanwhile, gun fights continued between security forces and the Sulu terrorists in the Kg Tanjung Batu area where police estimate fewer than 50 gunmen were still hiding among the wooden stilt houses of the village whose occupants have fled.
ReplyDeleteHe said the Personnel Armoured Carriers (AVC 300 Adnan) entered Kg Tanjung Batu yesterday to clear the area of remaining terrorists and other threats.
ReplyDeleteHamza explained that the AVC 300 had better mobility compared with previous military tanks and could have better access in the operation zones.
ReplyDelete“We are better equipped now and we expect to complete clearing the Tanjung Batu area in the next 24 hours,” he added.
ReplyDeletesemoga tuntutan ke atas Sabah oleh Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu tidak berhasil
ReplyDeletepencerobohan militan Sulu di Sabah telah meninggal kesan yang buruk ke atas nama Kiram di kalangan rakyat Malaysia
ReplyDeleteTimbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shariff AK Omang berkata pencerobohan itu tidak akan berlaku sekiranya klausa dalam pungutan suara Suruhanjaya Cobbold difahami oleh kumpulan militan Filipina ini.
ReplyDeleteKetiadaan pengetahuan akan hasil pungutan suara Suruhanjaya Cobbold antara Filipina dan North Borneo berhubung pemilikan Sabah dalam kalangan kumpulan pengganas ini membolehkan mereka diperalatkan dan terkorban sia-sia.
ReplyDelete---> satu usaha yang tidak membawa kebaikan langsung malah penumpahan darah berlaku
Tetapi semua ini dan hakikat sejarah tidak cukup untuk meyakinkan Jamalul dan penyokongnya yang tindakan mereka itu umpama mencari sungai yang tiada berhulu. ---- betul..
ReplyDeletesemoga penubuhan RCI berjaya menggurangkan masalah PTI di Sabah
ReplyDelete