Thursday, March 7, 2013

Seorang lagi bekas jeneral isytihar sokong Pakatan

Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

lagi jenPerisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.

Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai Pakatan.

Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.

Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).

Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang hanya mengambil masa empat hari.

Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih jelas.

“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini (pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.

“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com

72 comments:
Write comments
  1. Yg cerdik berduyung2 masuk PAS/PR dan yg bodoh brpusu2 tattap dlm UMngok.

    ReplyDelete
  2. Manisfesto pembangkang lebih kepada gimik politik tanpa melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pendidikan yang terbaik tanpa membabitkan kos yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata pendidikan percuma telah lama dilaksanakan oleh kerajaan bermula daripada peringkat tadika sehinggalah di peringkat sekolah menengah selain pelbagai bantuan yang diberikan untuk meringankan bebanan terhadap keluaraga yang mempunyai anak di bangku sekolah.

    ReplyDelete
  4. “Sejak dari tadika, pelajar sekolah tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan pendidikan, malah mereka turut dibantu dengan pelbagai bantuan seperti buku teks kepada semua pelajar serta tidak dikenakan sebarang yuran persekolahan.

    ReplyDelete
  5. “Malah untuk mereka yang kurang berkemampuan, kerajaan turut menyediakan pelbagai bantuan termasuk biasiswa kepada mereka yang berkelayakan, malah ada juga yang menerima bantuan pakaian sekolah.

    ReplyDelete
  6. “Sedangkan pembangkang baru ingin mengemukakan cadangan untuk pendidikan percuma sedangkan perkara itu sudah lama dilaksanakan, itu sebab manisfesto pembangkang itu hanya gimik politik untuk dapatkan sokongan, sedangkan ia sudah lama dilaksanakan,” katanya

    ReplyDelete
  7. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manisfesto pembangkang yang dilancarkan baru-baru ini antaranya yang ingin memberikan pendidikan percuma kepada semua rakyat.

    ReplyDelete
  8. Mazlan berkata, rakyat tidak harus terpedaya dengan apa yang dilakukan pembangkang itu kerana apa yang dicadangkan itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan di samping menyediakan pelbagai bantuan untuk meringankan bebanan dalam usaha memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sejak dari kecil lagi.

    ReplyDelete
  9. “Selain persekolahan percuma yang disediakan, kerajaan turut memberi bantuan kepada setiap pelajar sebanyak RM100, wang itu boleh digunakan untuk memberi barangan keperluan persekolahan, malah kerajaan juga turut menyediakan bantuan wang tuisyen untuk keluarga kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  10. “Apakah mereka tidak menyedari dengan apa yang disediakan oleh kerajaan untuk pendidikan di negara ini, atau mereka memang sengaja untuk membangkitkan sesuatu isu yang membolehkan mereka kononnya ingin menjadi juara.

    ReplyDelete
  11. Menurutnya, dalam suasana politik yang semakin hampir dengan pilihan raya, pembangkang akan cuba memanupulasi apa sahaja isu untuk mempopularkan diri walaupun menyedari apa yang diperjuangkan itu telah disediakan oleh kerajaan untuk rakyat

    ReplyDelete
  12. Kekejaman Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Memuncak

    Sila ikuti kronologi di bawah maka kamu akan tahu cerita sebenar...


    ada 24 Mac 2012, seramai 300 orang peserta Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya Kuala Selangor telah mengadakan bantahan kerana Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan Hartanah Selangor bertindak kejam dengan merampas tanah yang telah mereka usahakan secara rasmi dan sah semenjak tahun 1999.

    Projek Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya Kuala Selangor turut mendapat bantuan daripada Kementerian Pertanian selain turut melibatkan Kerajaan Negeri Selangor pada era UMNO-BN menerusi pembinaan prasarana dan sebagainya.



    ReplyDelete
  13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas pakatan yang rapuh termasuk perbezaan ideologi dalam kalangan parti pembangkang menjadi punca mereka menghadapi pelbagai masalah sesama sendiri.

    ReplyDelete
  14. pakatan seperti itu tidak boleh bertahan lama kerana kerjasama antara pakatan pembangkang hanyalah membenci Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  15. "Kekejaman Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Memuncak"

    Sila ikuti kronologi di bawah maka kamu akan tahu cerita sebenar...


    Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah bertindak kejam dengan merampas tanah yang telah diusahakan itu menerusi Kumpulan Hartanah Selangor. Paling mengecewakan, rampasan tersebut tidak disusuli dengan pampasan atau saguhati, sekalipun para peserta bergantung hidup sepenuhnya ke atas tanah yang telah diusahakan itu. Malah ada di kalangan peserta yang telah menggunakan pinjaman bank yang bernilai jutaan ringgit semata-mata untuk memajukan tanah berkenaan.
    Pada tahun 1998, para peserta telah mendapat kebenaran dari Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor untuk mengusahakan tanah berkenaan menerusi surat PTKS. 1A/6/97 (11/7/1997). Pada 10/6/1998 pihak Pentadbir Tanah Daerah Kuala Selangor telah menambah keluasan tanah untuk diusahakan dari 200 ekar kepada 355.125 ekar dan telah dikeluarkan dari kawasan tanah Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan dikekalkan untuk aktiviti pertanian.

    Tanah seluas 355.125 hektar ini juga telah dimasukkan dalam Rancangan Kawasan Khas Berjuntai Bestari dari tahun 2004- 2040 yang merupakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan.

    Ini bermaksud tanah tersebut boleh diusahakan sehingga tahun 2040.

    ReplyDelete
  16. Tapi itu tak boleh menjadi asas untuk bertahan lama sebab bila mereka ada perbezaan pendapat dan pendirian yang begitu fundamental maka lambat-laun akan timbul percanggahan yang ketara antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  17. "Kekejaman Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Memuncak"

    Sila ikuti kronologi di bawah maka kamu akan tahu cerita sebenar...


    Namun apa yang terjadi, Kerajaan Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya tanpa sifat berperi kemanusian mahu merampas tanah dengan mengeluarkan notis bertarih 14/3/2012 dan untuk para peserta merobohkan bangunan atau apa jua struktur bangunan dan mengosongkan tapak tanah.
    Kawasan agroteknologi ini telah dibina dengan melibatkan kos lebih kurang RM 3 juta yang melibatkan aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan. Tempat ini juga dijadikan sebagai pusat penyelidikan dan eko-pelancongan. Ia juga sering kali menerima lawatan daripada pihak IPT untuk proses pembelajaran dan kajian.

    ReplyDelete
  18. Apa yang Perdana Menteri itu katakan sememangnya benar sama sekali.

    ReplyDelete
  19. "Kekejaman Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Semakin Memuncak"

    Sila ikuti kronologi di bawah maka kamu akan tahu cerita sebenar...


    Gelagat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengesahkan bahawa Kerajaan ini sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang sangat zalim dan kejam serta hanya memikirkan keuntungan tembolok kaum kroni mereka semata-mata. Kebajikan yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat sebenarnya tidak lebih daripada sebuah topeng untuk melindungi kebusukan dan kebobrokan mereka.
    Atau lebih tepat lagi, dalam usaha mereka untuk mendapatkan ‘lesen’ bagi membolehkan mereka melakukan lebih banyak kezaliman terhadap rakyat Selangor!

    ReplyDelete
  20. Percanggahan itu berlaku dan kita dapat lihat sendiri berlaku antara PR dan ahlinya dan PR dengan pembangkang tempatan Sabah sendiri.

    ReplyDelete
  21. perkembangan politik membabitkan parti-parti pembangkang yang dilihat menghadapi pelbagai masalah termasuk dalam usaha untuk bekerjasama antara mereka.

    ReplyDelete
  22. pakatan rapuh itu berbeza dengan BN yang sentiasa bekerjasama kerana mempunyai satu dasar sahaja yang diterima oleh semua parti komponen.

    ReplyDelete
  23. Inilah sebabnya, pakatan mereka rapuh tidak seperti BN kerana kita ada satu dasar sahaja dan dasar itu diterima oleh semua parti komponen BN.

    ReplyDelete
  24. UMNO menyuntik semangat ahli-ahli parti tersebut kepada tahap yang begitu tinggi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  25. Saya berharap mereka akan membawa (semangat itu) ke kawasan masing-masing dan teruskan usaha kita untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya dan buat kerja seperti diarahkan.

    ReplyDelete
  26. STAR WANT TO SAY THAT, STILLLL BN GOV IS THE BEST IN MALAYSIA

    ReplyDelete
  27. Lebih 100 orang masyarakat Suluk tempatan di daerah ini berkumpul di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di sini, petang kelmarin bagi mengecam dan mengutuk sekeras-keras insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Tungku di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  28. Malahan, kebanyakan mereka yang hadir terdiri kalangan pemimpin masyarakat Suluk dari Kampung Bahagia di Batu Sapi dan beberapa perkampungan sekitar yang turut mengibar bendera Jalur Gemilang dan Negeri Sabah berlatarbelakangkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

    ReplyDelete
  29. Lebih menarik sokongan sepenuh hati dan tanda kecintaan terhadap kedaulatan negara ini apabila majlis serba ringkas yang diketuai oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya turut disertai belia-belia Suluk dari setiap perkampungan.

    ReplyDelete
  30. Samsudin berkata masyarakat Suluk tempatan mengecam dan menolak sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan dilakukan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang telah mengakibatkan beberapa perwira terkorban.

    ReplyDelete
  31. Tanya sama pokok, lagu tak masuk akal.

    ReplyDelete
  32. So what? Dont give a damn about it.

    ReplyDelete
  33. Masuk PKR, masuk la. Bukan ada penting juga di PKR tu.

    ReplyDelete
  34. Orang tengah bersedih dengan keadaan Sabah, masih juga sibuk berpolitik. hhmm...

    ReplyDelete
  35. Tapi takpalah, hak masing-masing kan. Yang penting rakyat harus tahu siapa yang mereka perlu sokong.

    ReplyDelete
  36. Kita nantikan saja kedatangan PRU, dan saya yakin yang menang nanti adalah pilihan rakyat majoriti.

    ReplyDelete
  37. suka hati kau lah nak join pakatan.. tapi pakatan tetp akan kalah

    ReplyDelete
  38. kau hnya bekas jeneral, bukan tau sgt keadaan di LD

    ReplyDelete
  39. Lompat parti memang kebiasaan.

    ReplyDelete
  40. Serahkan kepada rakyat sama ada sokong atau tidak.

    ReplyDelete
  41. BN menghadapi masalah serius di PRU13 ini. Ini juag Najib tidak berkeyakinan untuk menganjurkan PRU13.

    ReplyDelete
  42. Jenteran PR semakin kuat nampaknya.

    ReplyDelete
  43. Tidak salah tukar parti, yang penting perjuangan kebajikan dan hak rakyat masih kekal.

    ReplyDelete
  44. Masih yakin dengan perjuangan BN di Sabah.

    ReplyDelete
  45. Manifesto Pakatan Rakyat yang baru dilancarkan bukanlah satu janji yang menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat, sebaliknya semata-mata satu helah untuk meraih populariti di kalangan pengundi, kata beberapa tokoh pemikir.

    ReplyDelete
  46. Mereka berkata pada pilihan raya umum Mac 2008, parti pembangkang menabur pelbagai janji manis untuk meraih sokongan pengundi, bagaimanapun gagal melaksanakan janji populis itu walaupun berjaya menguasai beberapa negeri.

    Malah mereka turut menyalahkan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan untuk mengota janji itu, dan kini menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), sekali lagi gabungan DAP-PKR-Pas menabur janji manis untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  47. Bagi Ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali manifesto PR tidak lebih sekadar menciplak apa yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  48. Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan MPN itu berkata manifesto itu harus dilihat secara keseluruhan, serta mengambil kira konteks perekonomian untuk memajukan sebuah negara, dan bukan hanya kepentingan seorang individu.

    "Memang menjadi matlamat mana-mana kerajaan untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Bagi saya, manifesto ini tidak ada apa-apa yang menarik dan tiada sebarang kejutan. Ini kerana apa yang diutarakan sebagai teras, sudahpun menjadi agenda utama dalam membantu kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kerajaan BN," katanya.

    ReplyDelete
  49. Dr Noor Azlan berkata, manifesto seperti menyediakan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat sebenarnya telah dikenal pasti di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan BN sejak tahun 2010, dan kerajaan BN sememangnya sentiasa fokus untuk meningkatkan ekonomi negara serta menjaga kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  50. Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata manifesto PR itu jelas menunjukkan kelemahan dan ketidakmampuan pembangkang untuk membuat kerja kerana tidak mampu menawarkan kepada rakyat lebih daripada apa yang dilakukan BN.

    "Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.

    ReplyDelete
  51. "Secara keseluruhannya apa yang kita lihat dalam manifesto pakatan rakyat ini kebanyakannya adalah hasil yang dilaksanakan kerajaan dan jika ada yang baharu pun ia sekadar dilihat dari persektif yang sangat kecil," katanya.

    ReplyDelete
  52. Barisan Nasional (BN) component party leaders reiterated yesterday that the party was fully prepared and in its final gear to face the opposition at the 13th General Election.


    ReplyDelete
  53. Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the BN machinery needed to ensure that each candidate received undivided support to secure a win for the party.

    ReplyDelete

  54. “We have closed ranks, boosted our spirits and sounded our battle cry. Our leaders, especially the president (Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak) has made meticulous plans, so we’re now in our ‘final gear’ and it’s all systems go,” he said when met after the Umno supreme council meeting here.

    ReplyDelete
  55. Commenting on Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s decision to contest in Perak, another Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the BN machinery will certainly not be intimidated by this and will ensure the opposition’s dream of seizing Perak does not materialise.

    ReplyDelete

  56. “I’m sure he (Anwar) will contest in a non-BN seat in Perak. They can do whatever they want, this is a democracy but we are certain of defending Perak and Putrajaya. And in order to obtain a two-third majority we must work in an extraordinary way,” he said.

    ReplyDelete

  57. Gerakan party president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon is confident BN can regain Penang, based on the detailed plans in place since four years ago.

    ReplyDelete

  58. Penang BN’s manifesto will be announced by its state chairman Teng Chang Yeow soon , said Koh.

    ReplyDelete
  59. MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai expressed confidence that BN candidates in the upcoming election would have a big impact on the people’s welfare and also in implementing Najib’s transformation programme.

    ReplyDelete
  60. “BN has gained many advantages in these four years under the Prime Minister (Najib) as all our promises have been delivered to the people. We will continue with our plans for the well-being of the people when we get another mandate from them,” he said.

    ReplyDelete

  61. MIC deputy president Datuk Seri Dr S Subramaniam said at this morning’s meeting consensus was reached to ensure each component party’s approach was relevant with the times so that every level of society received the message.

    ReplyDelete

  62. Meanwhile, Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) president Tan Sri William Mawan was confident there will be big changes in the selection of candidates at the general election and urged all the BN component party members to accept the matter wholeheartedly.

    ReplyDelete

  63. “I suspect there is a new trend and pattern among the young people. My party and also the component parties should accept this reality. It is something you really need to take into account, some arrangement and replacement. I do not rule it out, I can only guess,” he said.

    ReplyDelete

  64. Whereas, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) president Tan Sri Bernard Dompok said the party was satisfied with the division of seats which was mutually beneficial for all BN component parties.

    ReplyDelete

  65. “We have discussed the matter a great deal and the results will be announced by the Prime Minister soon. We will win the BN seats, but are concerned with the seats held by those who have left BN, so we need to look into that,” he said.

    ReplyDelete
  66. Parti Bersatu Sabah (PBS) deputy president Datuk Seri Dr Maximus Ongkili also expressed confidence that BN will defend its two-third majority in Sabah.

    ReplyDelete
  67. “PBS has been fully prepared for the last few months and we’re ready to move as soon as the candidates are announced,” he said

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.