Keluarga Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.
Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
Sultan Kiram II yang terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan.
Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.
Malah ada juga Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.
Kalau ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.
Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.
Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!
Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.
Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.
Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah s.w.t.
Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
Masih wajarkah mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?
Rujukan Artikel: http://tausug-global.blogspot.com
Read more: http://beritamy.blogspot.com
Wednesday, March 6, 2013
Siapa Sebenarnya Jamalul Kiram III?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIDAK WAJAR
ReplyDeleteHistorians agree Sabah rightfully belongs to M’sia
KOTA KINABALU: Historians insisted that Sabah belongs to Malaysia and cannot be claimed by others as Sabahans had agreed to the formation of Malaysia in a referendum held by the Cobbold Commission in 1962.
Head of Social Science School History Programme, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat said historical evidence clearly shows the status of Sabah as a valid part of Malaysia and recognised by the United Nations (UN).
Although Sabah, formerly known as North Borneo before the formation of Malaysia, was controlled and influenced by
The Sultanate of Brunei and Sulu, the North Borneo Chartered Company, Japan and the British, but after 1963, the situation changed after the formation of Malaysia,” he told Bernama here today.
The Cobbold Commission which held a four month referendum of Sabah and Sarawak for the formation of Malaysia received 2,200 memorandums with about 80 per cent of the people supporting the creation of Malaysia.
The Commission’s report was submitted to the British government and Malaysia was formed by combining Malaya, Singapore, Brunei, Sarawak and Sabah (North Borneo).
“Therefore, Sabah officially joined Malaysia on Sept 16, 1963 after gaining independence on Aug 31, 1963,” he said supporting a statement by Information Communications and Culture Minister, Datuk Seri Dr Rais Yatim that Sabah rightfully belongs to Malaysia according to international law and cannot be claimed by any party.
In Kuala Lumpur, Prof Dr Ramlah Adam who also agreed with the statement by Rais said Malaysia is a sovereign state that is recognised globally.
“As such, there is no question of claim by any party. The statement by the Information Communications and Culture Minister yesterday is historically accurate,” said the Main Fellow, Strategic Studies Unit, Universiti Malaysia Perlis when contacted here.
Ramlah said the referendum on Sabah and Sarawak by the Cobbold Commission, is similar to the Singapore Referendum for the formation of Malaysia in 1962.
“They cannot claim just based on history. For example, the Siam government handed Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu over to the British and cannot claim the states.”
Ramlah said Malaysians, especially those in Sabah must be clear about the matter so that the country will remain
peaceful and support national sovereignty.
Jika dilihat dalam list ini tidak ada pun nama Jamalulu Kiram III.
ReplyDeleteJamalulu Kiram III tidak pernah diiktiraf sebagai sultan sulu oleh kerajaan Filipna.
ReplyDeleteDia bukannya orang yang layak dalam waris sultan sulu atas sebab bukan 9 pewaris yang sepatutnya.
ReplyDeleteJadi tidak pasti bagaimana Jamalul Kiram III ini boleh ditabalkan sebagai sultan sulu.
ReplyDeleteTidak layak langsung dia ini ditabalkan sebagai sultan kerana dia sendiri pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteKita percaya yang mana ramai yang tidak sokong dengan tindakan yang dibuat oleh Sultan Sulu Palsu ini.
ReplyDeleteSaudara-mara terdekat membantah tindakan yang dibuat oleh Jamalul Kiram yang ingin menuntut Sabah ini.
ReplyDeleteCara yang dilakukan itu sudah semestinya salah.
ReplyDeleteTambahan lagi Sabah ini bukannya milik Sulu lagi.
ReplyDeleteJamalul Kiran III tidak hak untuk menuntu Sabah lagi.
ReplyDeleteIni berikutan daripada perjanjian pajakkan kekal dilakukan sebelum ini.
ReplyDeleteini telah dipersetujui dengan membayar kepada waris kesultanan sulu oleh malaysia.
ReplyDeleteDibawah undang-undang Antarabangsa sekali pun Jamalul Karim III tidak akan berjaya menuntut Sabah.
ReplyDeleteJadi tindakan gencetan senjata yang diumumkan oleh Jamalul Karim itu satu tindakan yang bijak.
ReplyDeleteCuba dari dulu lagi Jamalul bertindak seperti ini. Senang cerita tidak ada juga pertumpahan darah berlaku.
ReplyDeleteKesahihan seorang yang menggelar dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III amat mencurigakan, kata sumber-sumber yang arif mengenai lipatan sejarah kesultanan itu.
ReplyDeleteIndividu berkenaan yang bernama Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram mencetuskan konflik dengan Malaysia apabila mendalangi sekumpulan bersenjata untuk menceroboh Lahad Datu tiga minggu lalu.
ReplyDeleteIa dilakukan di atas alasan Sabah milik Kesultanan Sulu yang berpangkalan di Filipina.
ReplyDeleteMenurut sumber berkenaan, Sultan Sulu yang terakhir adalah Sultan Jamalul Kiram II yang mangkat pada tahun 1936.
ReplyDeleteSelepas kemangkatan tersebut, Kesultanan Sulu tidak mempunyai pewaris takhta kerana Sultan Jamalul Kiram II tidak mempunyai zuriat.
ReplyDelete"Sultan Jamalul Kiram II mangkat pada 1936. Beliau adalah Sultan Sulu yang sebenar dan terakhir sebelum kesultanan tersebut berakhir kerana tidak mempunyai waris yang sahih
ReplyDeleteBagaimanapun, menurut sumber itu apa yang lebih menghairankan adalah apabila Ampun mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III.
ReplyDeleteIni kerana Ampun tidak pun berada di dalam senarai pembayaran sagu hati yang perlu dibayar kerajaan Malaysia kepada Kesultanan Sulu mengikut perjanjian yang dimeterai semasa penjajahan British.
ReplyDelete"Pembayaran dibuat sejak zaman Syarikat Hindia-Timur British pada 1936 namun dihentikan apabila Sultan Jamalul Kiram II mangkat.
ReplyDelete"Tetapi kerajaan British tetap mahu meneruskan bayar pampasan dan telah membawa perkara tersebut ke mahkamah sivil pada waktu itu.
ReplyDelete"Justeru, ada sembilan penama yang telah dinamakan sebagai pewaris terdekat untuk menerima wang pampasan dan nama Ampun Muedzul-Lail tiada dalam senarai
ReplyDeleteTanpa mahu menjelaskan jumlah bayaran pampasan yang sebenar, sumber itu berkata, kesemua penama itu diputuskan melalui satu perjanjian pada 18 Disember 1939.
ReplyDeleteDifahamkan kesemua penama adalah adik beradik kepada Sultan Jamalul Kiram II.
Rasa agak hairan dengan tuntutan yang dibuat oleh Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu kerana dia masih lagi belum membuktikan kebenaran kesultanannya sebelum membuat tuntutan tersebut.
ReplyDeleteJika dikaitkan ciri-ciri Sultan Sulu pertama, sudah tentu jauh sangat daripada Jamlul Kiram III. Pengasas Kesultanan Diraja Sulu Darul Islam ialah, Sharif ul-Hashim, yang telah memerintah selama 30 tahun lamanya dari 1450.
ReplyDeleteAsal-usul beliau sebagai pengembara Arab, beliau telah menyandang kepimpinan beliau berteraskan al-Qur’an, iaitu Kod Undang-Undang Sulu yang dipanggil ‘Diwan’.
ReplyDeleteKemudian beliau mencipta sebuah institusi politik Islam dan penyatuan agama tersebut sebagai agama wilayah.
ReplyDeleteYang paling menakjubkan, Sultan Sharif mengatakan bahawa beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui bapa beliau yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, generasi ke-14 cucu Rasulullah SAW, Hussain.
ReplyDeleteKemudiannya, pada abad ke-19, Kesultanan Sulu sentiasa menerima serangan bertalu-talu dari Sepanyol, sehinggalah perjanjian damai ditandatangani pada tahun 1851, dimana kita dapat menyaksikan Sultan Sulu hanya boleh mendapat ibu negeranya jika mereka jadi sebahagian dari Kepulauan Filipina dibawah kedaulatan Sepanyol.
ReplyDeleteDan kajian telah membuatkan Mahkamah Antarabangsa memutuskan pada tahun 2003 bahawa Sultan Sulu telah melepaskan hak-hak kedaulatannya seperti yang diminta oleh pihak Sepanyol.
ReplyDeleteTidak lama kemudian, pada tahun 1878, British telah mendapat kawasan Sultan Sulu dengan penggunaan tipu helah dalam perjanjian mereka pada tahun 1878. Versi British membawa maksud bahawa Sultan Sulu telah menyerahkan kedaulatannya, tetapi Sulu pula mendakwa mereka hanya memajaknya.
ReplyDeleteDengan tiadanya dominan, Kesultanan ini secara perlahan mula menghampiri kematiannya apabila Perang Filipina-Amerika berlaku, dimana kita menyaksikan bahawa Sultan Jamalul Kiram II bukan lagi pemerintah bangsanya.
ReplyDeleteJadi apabila Sultan tersebut mangkat pada tahun 1936, sudah tiada gunanya meninggalkan waris mutlak, dan SBUB sudah berhenti memberi bayaran kerana sudah tiada Kesultanan tersebut. Tetapi pada tahun 1939, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa bayaran tahunan disambungkan, sehinggalah pada hari ini.
ReplyDeleteDan pada tahun 2011, sembilan keturunan Jamalul Kiram II telah mengisytiharkan kesahihan warisan mereka, dan antaranya tiada pula nama Jamalul Kiram III. Maka ternyatalah, pemimpin pengganas Jamalul Kiram III bukanya sultan yang sah.
ReplyDeletePada tahun 1963, perjanjian Manila Accord dibawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah secara sah mensahihkan penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Pembentukan Malaysia.
ReplyDeleteDimanakah Kesultanan Sulu ini pada ketika itu?
ReplyDeleteSekarang, dalam ambang Pilihanraya Umum ke-13, baru hendak menuntut, yang secara musykilnya tidak lama selepas Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas kembali dari Manila selepas kononnya siasatan satu hari kes Amalilio.
Malaysia should consider applying to have the self-proclaimed Sultan of Sulu charged at the International Criminal Court (ICC) for ordering the invasion on Sabah and murdering security personnel, a legal expert said.
ReplyDeleteDr Siva Ananthan, a former governing council member of the Asean Law Association (ALA), said Malaysia had a strong case as various news reports had quoted Sultan Jamalul Kiram III expressing support for the invasion and saying the intruders reported to him.
ReplyDelete“This means Jamalul is the principal murderer with those sent to Sabah merely carrying out his instructions,” he said.
ReplyDeleteSiva said the case was similar to the one involving former Liberian president Charles Taylor who invaded Sierra Leone and murdered people there, which eventually resulted in his arrest and trial at the ICC for war crimes.
ReplyDeleteSiva also said Malaysia no longer needed to make any annual cessation payment to the Kiram clan which the self-proclaimed ruling family had claimed was “rental” payment.
ReplyDelete“By invading Sabah, the intruders have effectively revoked any agreement, so Malaysia does not have to pay anything,” said Siva.
ReplyDeleteThe Attorney-General's Chambers said it would seek a request to extradite Jamalul from the Philippines when a case is made against him. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail was quoted by Bernama as saying his office had been looking into the matter since last week and the police must first complete their investigation before any request for an extradition could be made.
ReplyDeleteNajib stressed that the Sulu militants who made a deadly intrusion into Sabah must lay down their arms and surrender unconditionally.
ReplyDeletethe military operations against them will go on as long as it takes.
ReplyDeleteNajib’s declaration came after Kiram called yesterday for a ceasefire, promising that his followers will lay down arms and take on a defensive stance if Malaysia’s security forces agree to do the same.
ReplyDeleteMalaysia told Philippine President Benigno Aquino III that they must put down their weapons unconditionally and surrender their weapons to Malaysia
ReplyDeleteThey have to surrender their arms and they have to do it as soon as possible
ReplyDeleteBased on the law and the rakyat’s voices, the issue of Sabah being a part of Malaysia cannot be questioned by anyone
ReplyDeleteDon’t believe the ceasefire offer by Jamalul Kiram. In the interest of Sabahans and all Malaysians, wipe out all the militants first
ReplyDeleteThey will not take any action. They will remain in the place where they are now. They will not expand operations
ReplyDeletethe current sultan of Sulu although the sultanate has no formal powers in the Philippines, sent his followers from their island homes across the Sulu Sea in an attempt to assert an ancestral claim to Sabah.
ReplyDeleteThe Government tried for three weeks to persuade the invaders to leave but launched an air and ground strike on them Tuesday after they continually refused, and engaged security forces in a pair of deadly shootouts.
ReplyDelete