Thursday, March 7, 2013

Sultan Sulu kata dia sultan termiskin di dunia

Sultan Sulu Jamalul Kiram III mengakui beliau adalah sultan paling miskin di dunia. Istana Kiram hanyalah rumah dua tingkat di kota Manila, Filipina.

Lahir di Sulu pada 1938, Kiram merupakan seorang pemimpin yang cukup disayangi dan penggemar sukan tenis. Tanpa disadari, Sultan Sulu itu pernah bekerja sebagai juruhebah radio.

Beliau mencalonkan dirinya sebagai seorang senator pada 2007 dengan sokongan mantan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Namun beliau kalah dan kerana itu hartanya pun habis kerana kempen pilihan raya tersebut.

“Saya adalah sultan termiskin di dunia ini,” ujar sultan berusia 74 tahun itu, seperti dilapor Associated Press hari ini.

Anak perempuannya, Jaycel menceritakan bagaimana kisah masa kecilnya.

Jaycel sendiri mengaku terkejut ketika mendengar khabar bahawa dirinya adalah seorang puteri raja.

“Ketika saya masih kecil, saya kira nama ‘Puteri’ adalah nama depan saya. Seorang puteri (raja) umumnya mengenakan mahkota, memiliki istana dan kereta kuda,” ujar Jaycel yang berusia 35 tahun.

Derita buah pinggang dan jantung

Salah satu hal yang menunjukan kejayaan Kiram hanyalah gelaran sultan yang ada di depan nama panjangnya. Selain itu, Kiram tidak memiliki apapun, selain pengikutnya yang sedang menduduki Sabah.

Kesihatan Kiram juga mula memburuk, menderita buah pinggang dan penyakit jantung. Kiram pun sulit untuk bercakap. Biaya rawatan sultan itu ternyata cukup mahal, keluarga Kiram dikhabarkan lupa membayar sewa rumah.

Di masa muda, Kiram mengaku sering berkunjung ke Sabah. Ketika berada di wilayah itu, Kiram merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.

Sabah dan Sulu dipisahkan oleh sebuah selat di Laut Sulu. Perjalanan dari Sabah ke Sulu juga hanya memakan waktu 30 minit dengan menggunakan kapal. Dua wilayah itu memiliki banyak kesamaan, warga-warga dari Sulu mahupun Sabah juga saling mengunjungi.

Kesultanan Sulu ingin melihat kerajaan Filipina menuntut kembali wilayah Sabah. Menurut Kiram, tuntutan itu penting kerana banyak pengikut Kesultanan Sulu yang diburu oleh polis Malaysia di Sabah.

Kiram cukup khuatir akan tindak balas para pengikutnya. -TMI

80 comments:
Write comments
  1. Lahir sebelum merdeka.Dewasa sebelum merdeka, PELIKNYA kenapa saat SABAH MERDEKA sultan ni tidak ada cerita pun. Di mana sultan sulu saat rakyat berjuang untuk MERDEKA DALAM MALAYSIA? Sultan sulu kena jawaplah.

    ReplyDelete
  2. Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema.

    ReplyDelete
  3. Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF.

    ReplyDelete
  4. “Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita.

    ReplyDelete
  5. “Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat),” katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila.

    ReplyDelete
  6. Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai “Op Daulat” itu berterusan hingga kini.

    ReplyDelete
  7. Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas.

    ReplyDelete
  8. Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu.

    ReplyDelete
  9. “Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan.

    ReplyDelete
  11. “Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan,” katanya.

    ReplyDelete
  12. “Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya,” kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman.

    ReplyDelete
  13. JPN tolong check ic sultan sulu tu,ada ke? Ntah2 ahli seumor idup UMNO kot dan SPR tolong bgtau DUN mana beliau ngundi. DUN Apas ke Sulabayan?

    ReplyDelete
  14. Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu sebenar, kata kerabat diraja

    Jamalul Kiram III, yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga berkenaan.

    Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.

    Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan merupakan keturunanan kepada sembilan “waris sah” Jamalul Kiram II, seperti yang tercatat dalam “Penghakiman Macaskie” pada 1939 untuk melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).

    ReplyDelete
  15. Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu sebenar, kata kerabat diraja

    Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah berkenaan.

    “Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan itu,” kata sumber berkenaan.

    Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu, bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Jamalul Kiram III bukan Sultan Sulu sebenar, kata kerabat diraja

    Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.

    Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.

    “Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu,” kata sumber berkenaan.

    ReplyDelete
  17. Jika dilihat memang sedih dengan apa mereka ini. Terutama sekali Sultan yang masih tidak sah ini.

    ReplyDelete
  18. Tapi sayangnya sikap keras kepala jamalul ini menyebabkan perang saudara berlaku.

    ReplyDelete
  19. Sepatutnya dia tidak perlu bertindak sedemikian.

    ReplyDelete
  20. Ini telah pun menjejaskan nama baik Sulu sendiri. Jangan biarkan dikenali sebagai bangsa keganasan di dunia.

    ReplyDelete
  21. Jadi perlulah membuat keputusan dengan baik dan berbincang.

    ReplyDelete
  22. Pencerobohan seperti ini bukan jalan yang baik dan ini menakutkan rakyat di Sabah dan keselamatan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Sebab itulah mereka ini digelar sebagai penceroboh. Kerana memasuki negara dengan cara yang salah dan berbekalkan senjata.

    ReplyDelete
  24. Miskin atau tidak bukan masalah didalam hal ini. Ini berkaitan dengan pencerobohan yang mana jamalul tidak bijak mengarahkan orang-orangnya.

    ReplyDelete
  25. Alangkan baik jika dari sebelum ini lagi Jamalul mengarahkan orangnya untuk balik.

    ReplyDelete
  26. tapi sayangnya Jamalul tidak melakukan semua itu. Jamalul berkeras tidak menyuruh orangnya pulang dengan selamat. Jadi tindakan kerajaan membersihkan mereka ini tidak salah dari segi undang-undang.

    ReplyDelete
  27. He invaded Sabah because he wants money.

    ReplyDelete
  28. Mustahil dia tidak pernah kerja.

    ReplyDelete
  29. Ridiculous! Please step bck now.

    ReplyDelete
  30. More than 50 people have been detained for suspected links with Sulu armed intruders in Sabah.

    ReplyDelete
  31. Jeneral Zulkifeli said he has not received any news from Wisma Putra, regarding the possible surrender of the Sulu gunmen.

    ReplyDelete
  32. The peace talks in Mindanao should remain as the government’s priority despite the Sabah crisis, said one of the two Muslim emissaries sent by Malacañang Palace to talk to Sulu Sultan Jamalul Kiram III about three weeks ago.

    ReplyDelete
  33. During their two-day talks with the Kirams, he said the family has already agreed to pull out their troops in Sabah, thus, arrangements were made for the military to send out ships to fetch the Sultan's troops.

    ReplyDelete
  34. Rajah Mudah Agbimuddin Kiram remains safe in Lahad Datu although he and his men are now suffering from hunger due to constantly running around on foot to evade the Malaysian security forces

    ReplyDelete
  35. Sabah's timber industry players have been told to cooperate with the government as it tries to resolve the intrusion problem in the east coast.

    ReplyDelete
  36. miskin bukan alasan untuk dia membiarkan orangnya membuat kacau di Sabah.

    ReplyDelete
  37. Pihak keselamatan masih meneuskan Ops Daulat selepas tiada sebarang tanda pengganas Sulu akan meletakkan senjata api, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

    ReplyDelete
  38. Perkara itu dinyatakan pada sidang akhbar harian bersama Panglima Angkatan Tentera, di sini, sebentar tadi.

    ReplyDelete
  39. selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

    ReplyDelete
  40. Beliau berkata sebaiknya perkara itu diserahkan kepada jurucakap kerajaan yang berada di lapangan yang lebih mengetahui dan mempunyai sumber maklumat tepat mengenai kejadian itu.

    ReplyDelete
  41. Kesian jalan ceritanya tapi kalau betul dia nak seluruh dunia kesian dengannya sepatutnya dia tak buat macam ni kat penduduk Sabah, yang kononya dia pernah kunjugi dan 'merasa seperti berada di kampung halamannya sendiri'.

    ReplyDelete
  42. Apapun alasannya untuk menuntut Sabah, tindakannya hanya akan menyebabkan ramai yang tidak suka akan dirinya. huhu

    ReplyDelete
  43. Jadi jika Kiram masih punya perikemanusiaan tolonglah berundur sebelum semuanya musnah.

    ReplyDelete
  44. Sebelum Ops Daulat dilakukan kerajaan Malaysia telah minta sultan n pengikutnya berundur walaupun selepas dua polis mati akibat bom mortar.

    ReplyDelete
  45. So sekarang, Kiram haruslah menyerah tanpa sebarang syarat bagi memastikan hubungan baik antara Filipina dan Malaysia dapat dikekalkan.

    ReplyDelete
  46. i can say, this "Sultan" exceedingly selfish and greedy...

    ReplyDelete
  47. adakah disebabkan kemiskinan, Sultan Sulu Jamalul Kiram III ingin 'memiliki' Sabah semula kerana negeri ini kaya dengan hasil galian dan pusat pelancongannya?

    ReplyDelete
  48. Adakah sultan ini bimbang bahawa rakyat Sabah akan menolak Kesultanannya jika beliau menggunakan cara halus untuk mendapatkan semula Sabah..?

    ReplyDelete
  49. dan disebabkan itulah beliau membiarkan pengikut2nya 'menceroboh' dan menggunakan 'keganasan' untuk menuntut Sabah

    ReplyDelete
  50. saya yakin rakyat Sabah akan menolak beliau 100% sebagai sultan mereka

    ReplyDelete
  51. If he had spend his money wisely, he wouldn't have become the poorest sultan in the world.

    ReplyDelete
  52. with his current health condition, he should be doing good things for his life instead of invading sabah.

    ReplyDelete
  53. Because of him, many of his followers died trying to invade sabah. I doubt he cares about his followers life. He is only interested in getting sabah.

    ReplyDelete
  54. Sabah will reject him fully.

    ReplyDelete
  55. he has proven to us that he is one greedy selfish man!

    ReplyDelete
  56. Hopefully the issues of claim towards sabah will be resolved.

    ReplyDelete
  57. miskin rupanya, patutlah nak sangat Sabah, nak rampas kekayaan Sabah

    ReplyDelete
  58. hakikatnya Kiram bukan Sultan Sulu

    ReplyDelete
  59. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Kes pencerobohan Lahad Datu, Sabah menimbulkan seribu tanda tanya kepada banyak pihak terutama apabila gerombolan diketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III mempunyai kelengkapan persenjataan lengkap dan canggih.

    ReplyDelete
  60. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Menurut Lokman Nor Adam, bekas penasihat kepada Sultan Rodinood Ibni Almarhum Sultan Mohammad Julaspi (didakwa sebagai waris sah Kesultanan Sulu), kemampuan sultan sebenar ataupun sultan palsu untuk mempunyai senjata canggih termasuk pelancar peluru boleh dipertikaikan memandangkan kemampuan kewangan keluarga kesultanan Sulu adalah terhad.

    ReplyDelete
  61. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    "Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniform pun tidak mampu," tambah Lokman lagi.

    ReplyDelete
  62. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Malah melihat jumlah kehadiran gerombolan "tentera diraja" Sulu ini disamping kemahiran dimiliki mereka, ternyata gerombolan penceroboh ini telah menerima latihan daripada pihak tertentu sebelum berani untuk menceroboh ke Sabah.

    ReplyDelete
  63. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Mungkin hakikat ini sukar diterima sesetengah pihak, namun timbul persoalan, siapakah yang memberi bantuan kewangan kepada gerombolan penceroboh ini sehingga membolehkan mereka mendapatkan kelengkapan persenjataan dan latihan sebelum mereka bertindak menyerang Sabah?

    ReplyDelete
  64. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Dalam pada masa yang sama keterlibatan Anwar Ibrahim dan Nurallaj Misuari dalam merencanakan pencerobohan ini wajar dipertimbangkan memandangkan Misuari mempunyai perkaitan dengan kumpulan penceroboh Lahad Datu ini, manakala Anwar pula didakwa beberapa kali menemui Misuari sebelum insiden pencerobohan ini berlaku.

    ReplyDelete
  65. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

    ReplyDelete
  66. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

    ReplyDelete
  67. INI BERMAKNA SULTAN SULU TIADA WANG UNTUK BELI SENJATA DAN BINA TENTERA.. SIAPA YANG TAJA?

    Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.

    ReplyDelete
  68. Zaman kegemilangan Sultan Sulu sudah lepas.

    ReplyDelete
  69. Balik ke negara asal dan jangan mengancam ketenteraman negara lain.

    ReplyDelete
  70. Sikap beliau yang mengecewakan.

    ReplyDelete
  71. Sebab sikap tamak yang menyebabkan pengorbanan nyawa.

    ReplyDelete
  72. Peperangan ini bermula sebab pemikiran yang keras kepala dan mementingkan diri.

    ReplyDelete
  73. 12 reasons why Philippines can't claim Sabah:

    1) The Act of Re-Submission between Spain and the Sultan of Sulu dated 19 April 1851, which was confirmed by the Protocol dated 22 July 1878, whereby the island of Sulu and its dependencies were annexed by the Spanish Crown;

    2) The Cession and Agreement dated 22 January 1878 between the Sultan of Sulu, and Mr Alfred Dent and Baron von Overbeck as representatives of a British company, whereby the Sultan of Sulu granted and ceded to the latter all of his rights and powers over the mainland of the island of Borneo;

    ReplyDelete
  74. 3) The Commission (report) dated 22 January 1878 whereby the Sultan of Sulu appointed Baron von Overbeck the “Dato Bëndahara and Rajah of Sandakan”, and ceded all of the Sultanate's rights to Baron von Overbeck as the “supreme ruler over the said dominions”;

    4) Baron von Overbeck and Mr Alfred Dent in turn relinquished all their rights to a British company, later the British North Borneo Company;

    ReplyDelete
  75. 5) The Protocol dated 11 March 1877 between Spain, Germany and Great Britain;

    6) The Protocol dated 7 March 1885 between Spain, Germany and Great Britain whereby, inter alia, the Spanish Government relinquished to the British Government all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo and its islands;

    7) The Agreement dated 12 May 1888 between the British Government and the British North Borneo Company for the creation of the State of North Borneo;

    ReplyDelete
  76. 8) The Treaty of Peace of Paris dated 10 December 1898 between Spain and the United States of America whereby Spain ceded the Philippine Archipelago to the United States of America;

    9) The Confirmation of Cession dated 22 April 1903 between the Sultan of Sulu and the British Government expanding the scope of the Cession and Agreement of 22 January 1878 between the Sultan of Sulu and Mr Alfred Dent and Baron von Overbeck;

    ReplyDelete
  77. 10) The Convention dated 2 January 1930 between the United States of America and Great Britain delimiting the boundary between the Philippine Archipelago and the State of North Borneo;

    11) The Agreement dated 26 June 1946 between the British North Borneo Company and the British Government whereby the British North Borneo Company relinquished and transferred all of its interests, powers and rights in respect of the State of North Borneo to the British Crown, whereby the State of North Borneo became a British colony.

    ReplyDelete
  78. 12) The Agreement dated 9 July 1963 between the Federation of Malaya, the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, North Borneo, Sarawak and Singapore relating to Malaysia, which entered into force on 16 September 1963, whereby the colony of North Borneo was to be “federated with the existing States of the Federation of Malaya as the [State] of Sabah”.

    Although the Philippines was not a party to this litigation before the International Court of Justice — it did apply to intervene, but the application was rejected — it is clear from this judgment that the Sultanate of Sulu, even if such an entity were to legally exist today, has no subsisting legitimate claim to Sabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.