Sunday, March 10, 2013

Tiga bot didakwa penceroboh ditahan di pantai Tanjung Batu

Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu,  kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis
Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

map sabah lahad datuBagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam
bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan keselamatan pagi ini. -MK

42 comments:
Write comments
  1. KPN dan Panglima ATM dan lain2 peg kanan tu..hnya dtg utk check-in kat mana2 resort atau chalet je lah. Brsantai dlm suasana tegang..sambil mnyelam minum air,mbah. Bg Press Conference kat mana2 resort dan statement ntah hape2. Habiskn beras je lah ponn. Yg pasti bukan kata 3 bot jer...dah berdozen ponn sebelum tu. Lepas ni? Takkan ndak ada lagi..mbah. Sebab Sulu dan Sabah ni iabarat " tahi dengan kentut". Tambahan pula ada ic TAPI org Semenanjung ni dtg Sabah kena pasport atau kalau ndak kena tinggal 3 bulan je. Lebih brmasalah nanti. Kepala hotak kamu le BN.

    ReplyDelete
  2. Sampai kehari ni..pihak polis masih belum membuat kenyataan mengenai pembelotan seorang anggotanya yg mengakibatkan kematian 6 perwira negara..

    ReplyDelete
  3. memang taktik diorang begitu la...bukan senjata ja, barang seludup macam rokok pun diorang buang dalam laut (letak pemberat) line clear baru selam balik.

    ReplyDelete
  4. Tahap pertahanan negara pun tak trmampu nak lawan Tentera Darat Kesultanan Sulu. Belum lagi nak lawan kerajaan Philipines, dgn SPore jauh sekali le mampu. Perbarisan National Day di SPore tahun 1978 dulu aku tengok berbaris kereta perisai ( Armoured Personel Carrier ) dan (Armoured Fighting Vehicle ). Betapa kerdilnya aku dMesia tercinta bila melihat kehebatan Tentera Darat SPore berbaris sejauh bberapa km. Baru kerea perisai dan belum Tank Regiment mereka. Selepas 25 tahun,aku trdengar ATM kita khususnya TDM akan diwujudkn Tank Regiment,hoohh hebat kurasakan, kereta kebal tu. Tapi rupanya Tentera Darat DRaja Thai telah lama da Tank Regiment,kita baru nak rancang. Adoh doh dohh..trtipu aku. Maka tak heran le jika bekas Panglima Tentera Darat(PTD) iaitu Gen Tan Sri Hashim Hussein,bekas Timb PTD iaitu Lt Gen Ab Ghaffir dan beberapa Brig Gen sebelum ni masuk PKR pun. Mereka org dalam yg nampak sgt kebejatan pengurusan kewangan yg teramat rasuah dlm ATM. Dlm ranking rasuah dimata SPRM, ATM berada dlm ranking Top 5 trlibat jenayah rasuah selepas Pej Daerah, Polis, Imigresen serta rakan2 rasuah mereka.

    ReplyDelete
  5. The Federal Government is taking very seriously what happened in Sabah since the armed intrusion by Filipino militants on Feb. 9 that has so far cost 61 lives on both sides, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, said.

    ReplyDelete
  6. The Malaysian casualties have been eight policemen so far but no civilians.

    ReplyDelete
  7. Besides the Special Security Area (KKK) proposed by the Prime Minister during his visit on Thursday, discussions have also started on stationing security personnel in locations such as Pulau Gaya, Pulau Bum-Bum and Sandakan.

    ReplyDelete
  8. Hishammuddin said the SSA is not rhetoric

    ReplyDelete
  9. The SSA aims to protect the sovereignty and security of the east coast from Kudat until Tawau. He said the Government regarded the safety of the locals seriously and acted immediately to realise the SSA.

    ReplyDelete
  10. Chief Minister (Datuk Seri Musa Aman) will chair the State Security Committee and with inputs from the Ministry, Immigration, National Registration Department and Royal Malaysia Police (PDRM), we will coordinate it together.

    ReplyDelete
  11. District Police Chief ACP Awang Besar Dullah warned residents against distributing pamphlets that could cause anxiety among the people.

    ReplyDelete
  12. He said stern action would be taken against them if they were found distributing any pamphlet, particularly those related to the armed intrusion by gunmen from the Southern Philippines in Lahad Datu and Semporna.

    ReplyDelete
  13. He said this in response to pamphlets titled "Raya Hidup Berkuasa", which seems to imply certain race to rise up and cause chaos, being distributed around the district.

    ReplyDelete
  14. Right attitude won point: McCreery

    ReplyDelete
  15. "Tolong jangan sebar berita atau maklumat tidak benar di tempat kami hingga mencetuskan ketakutan kepada penduduk," kata Pengarah Hospital Daerah Semporna, Dr. Amran Japar hari ini.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata, kawalan keselamatan yang dilakukan anggota polis terutama di kawasan hospital itu memberi keyakinan kepada penduduk untuk berurusan seperti biasa.

    ReplyDelete
  17. Namun ada segelintir pemberita yang melaporkan berita palsu seterusnya menakutkan penduduk, katanya.

    ReplyDelete
  18. Serentak itu, beliau dengan keras menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang mendakwa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke Hospital Daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

    ReplyDelete
  19. "Saya minta janganlah pihak pemberita memandai-mandai membuat berita palsu ini, kerana mungkin ia akan menyebabkan penduduk takut untuk ke hospital," katanya

    ReplyDelete
  20. Perketatkan lagi kawasan perairan di Lahad Datu.bila2 masa penceroboh ni akan masuk.

    ReplyDelete
  21. Penceroboh ni memang tidak patuh dengan arahan untuk hentikan tindakan mereka tapi bila kerajaan berkeras, mau persalahkan kerajaan M'sia juga.

    ReplyDelete
  22. Harap penceroboh Sulu akan hentikan keganasan pencerobohan mereka dengan segera.

    ReplyDelete
  23. kawasan itu adalah kawasan larangan, jadi patuh lah apda arahan

    ReplyDelete
  24. TINDAKAN keganasan pengganas Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul Kiram III Agbimuddin Kiram yang juga disertai Jeneral Haji Musa Abdulla dan Ernesto Sambas, bukan sahaja menjadi beban kepada kaum suluk Sabah, juga kepada kaum tausog, kaum pendatang ke Sabah.

    ReplyDelete
  25. Kumpulan tausog yang datang ke Sabah bertujuan untuk membina hidup baru, kerana di kampung halaman mereka sendiri Tawi-Tawi atau kawasan lain, tiada kerja tersedia, tiada rumah tersedia, malah masa depan yang malap.

    ReplyDelete
  26. Sekurang-kurangnya apabila mereka berada di tanah Sabah, mereka mempunyai pekerajaan walaupun sebagai buruh bangunan atau ladang. Bagi mereka, hanya kudrat yang perlu ditanya, disebabkan jumlah kerja yang melambak, sehinggakan mereka tidak perlu berlapar.

    ReplyDelete
  27. Mereka tidak perlu beralaskan tanah dan berbumbungkan langit, sekurang-kurang majikan menyediakan rumah kongsi; kalaupun tidak bernasib baik-misalnya tertangkap, rumah merah tersedia, di mana makanan, minuman, tempat tidur tersedia sepanjang masa.

    ReplyDelete
  28. Keganasan yang berlaku di Lahad Datu, atas tindakan pengganas sulu, sungguh membimbangkan mereka; mereka khuatir, keadaan yang mereka tinggalkan di tanah air mereka sendiri berlaku di sini. Sebahagian besar daripada mereka mengharapkan krisis Lahad Datu secepatnya berakhir, agar mereka tidak merasa diburu, tidak tenteram dan kemungkinan ditangkap kerana disyaki sebagai simpatisan pengganas sulu.

    ReplyDelete
  29. Setakat ini hampir 200 orang telah ditahan, samaada yang disyaki atau mereka yang ditangkap kerana memasuki kawasan larangan. Mereka yang ditahan itu termasuk mereka yang beruniforam dan pemimpin politik tempatan.

    ReplyDelete
  30. Bagi kaum suluk tempatan pula, kerana tindakan keganasan itu, maka timbul persepsi bahawa kaum itu tidak setia kepada negara ini; walaupun pada zahirnya kaum suluk tempatan, berbeza sekali dengan kaum tausog.

    ReplyDelete
  31. Meskipun suluk dan tausog berbahasa sama, namun lingkungan yang dialami kaum suluk sejak tahun 60-an adalah lingkungan aman damai, sehingga sifat memberontak dan dendam pada kaum itu sedikit demi sedikit telah ludes, berlainan dengan kaum tausog di filipina, di mana mereka terdedah kepada lingkungan perang, kekacauan, sehingga mendorong perlakuan mereka kepada pemberontakan dan keganasan.

    ReplyDelete
  32. Sabah sangat berbangga apabila perjanjian antara MILF dan kerjaan Filipina termeterai pada 29 Oktober 2012; ekoran kepada perjanjian damai itu, pihak perniagaan dan usahawan, membayangkan bagai mana kawasan BIMPEAGA akan menjadi kawasan perekonomian yang berkembang pesat. Malah, cadangan membina CIQ di utara Sabah akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  33. Selain itu, keamanan di kawasan itu, akan muncul bentuk perekonomian baru, terutama daripada minyak dan gas. Menurut kajian industri minyak; kawasan selatan Filipina yang dikuasai Bangamoro, kaya dengan minyak dan gas, di mana setakat ini, masih perawan.

    ReplyDelete
  34. Melalui keamanan, dan apabila Kerajaan autonomi Bangsamoro berkuatkuasa pada tahun 2014, maka akan wujud hub islam terbesar di bahagian pantai timur Sabah dan Selatan Filipina; selain itu, kawasan itu akan menjadi kawasan kerajaan Islam terbesar di kawasan ini, malah lebih besar berbanding dengan Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Berasaskan faktor-faktor inilah, ada pihak tertentu, cemburu dan curiga dengan terwujudnya regional ekonomi baru yang dikuasai penganut islam. Atas sebab itu, untuk membendungnya, maka kekacauan perlu diwujudkan. Melalui kekacaun itu, maka akan timbul perasaan dendam, benci, curiga. Dengan adanya kekacauan maka dalang itu akan bertempik.

    ReplyDelete
  36. Kawalan yang baik agar tiada unsur keganasan yang berterusan.

    ReplyDelete
  37. Pencerobohan yang tidak harus berlaku demi kepentingan diri.

    ReplyDelete
  38. Keamaan dan ketenteraman diancam sebab penceroboh yang cuma mementingkan diri.

    ReplyDelete
  39. Teruskan kawalan sehingga penceroboh ini benar keluar dari tanah Sabah.

    ReplyDelete
  40. Terima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan begitu baik demi rakyat.

    ReplyDelete
  41. Diharapkan kawalan akan di perketatkan lagi utuk keselamatan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  42. Jangan terpedaya dengan khabar angin yang di sampaikan oleh pihak tidak bertangungjawab.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.