Wednesday, March 13, 2013

Utusan Menipu, UMNO BN Baling Telur, Dituduhnya PAS

PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysia yang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang didakwa dibaling penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang.

"Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan: Kena ADUN Sg Lui


Pihaknya juga berkada ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam tentang kejadian itu.

"Pada hari kejadian, pihak polis dah ada awal dah masa ceramah bermula. Balingan memang pada kita.

"Pihak polis tak buat apa-apa. Jadi semalam, selaku penganjur, kami buat laporan polis," katanya lagi.

Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

Laporan itu juga menyebut, Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ turut terkena balingan telur di bahagian badan.

Sementara itu, di pihak Pakatan, ceramah mereka sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua tetapi dibatalkan dan digantikan dengan Penyelaras JINGGA 13 Fariz Musa setelah mendapat maklumat awal berhubung rancangan "kekacauan" itu.

"Saya dah beritahu Tian Chua awal-awal supaya jangan datang. Sebab kita dapat maklumat mereka akan turun, jadi sebab bimbang keselamatan Tian Chua kita batalkan dia dan ganti dengan Fariz Musa. -mk

57 comments:
Write comments
  1. Yg sebenarnye UMNO suroh UTusex buat citer balingan telur kpd mereka sebab UMNgok dah trperangkap dgn isu serangan pejabat keADILan di Tropicana, Selangor dua tiga hari lepas. Utk cover balik meeka upah BARUA mana ntah baling telur pd mereka. Mcm di TGanu sbelum ni..mereka pasang banner hina Islam atas nama PAS. Buat laporan polis dan tak pasai2 orang PAS kena panggil dan nasib baik polis tu cerdik. Takde kes katanya.

    ReplyDelete
  2. masih ada manusia waras yg mengharapkan kesahihan berita utusex???

    ReplyDelete
  3. Utusan syaitan tulis apa pun tak perlu nafi. Syaitan mana tahu kebenaran. Sah2 bohong.

    ReplyDelete
  4. Itulah kerja editor mereka....

    ReplyDelete
  5. Budaya membaling telur dan batu ke pihak lawan dalam mana-mana parti politik adalah disifatkan tidak bertamadun, kata Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Zaid Ahmad.

    ReplyDelete
  6. Menurut beliau, budaya negatif seperti itu tidak lagi relevan untuk diguna pakai oleh penyokong-penyokong politik pada waktu ini malah ia menggambarkan pemikiran keanak-anakan.

    ReplyDelete
  7. "Jika mahu menyerang pihak lawan dengan lebih bertamadun, adalah lebih baik menggunakan alam maya yang tidak merosakkan harta benda awam.

    ReplyDelete
  8. "Menulis blog, twitter, Facebook kelihatan lebih bertamadun walaupun terdapat penggunaan perkataan-perkataan kasar dan biadap yang mungkin menyinggung perasaan orang lain,’’ katanya

    ReplyDelete
  9. Tidak pasti mana benar atau salah dalam hal ini.

    ReplyDelete
  10. Setakat mana kebenaran dalam hal ini? Atau PAS risau sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. TIDAK MUSTAHIN SEMUA INI DILAKUKAN OLEH AHLI2 PAKATAN SENDIRI.. JIKA PAKATAN BERANI MELAKUKAN HURU HARA DALAM NEGARA, INIKAN PULA MELEMPAR TELUR..

    ReplyDelete
  12. JIKA ANWAR GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA PADA PILIHANRAYA UMUM KALI INI, BOM PUN SANGGUP DIA LEMPAR KE TEMPAT2 AWAM SEMATA2 MAHU MENGGULINGKAN KERAJAAN..

    ReplyDelete
  13. nampaknya isu ini semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  14. Kita tidak juga salahkan utusan dalam hal ini.

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah Utusan ini. Berani kerana benar.haha

    ReplyDelete
  16. Tidak perlulah risau PAS akan tewas teruk pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  17. Jika kita lihat sendiri sekarang ini pun BN telah pun memberikan ynag terbaik.

    ReplyDelete
  18. Teruskan menyokong dan mengundi BN.

    ReplyDelete
  19. Tidak perlulah terpedaya dengan permainan pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan BN adalah kerajaan yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Tidak ada kerajaan yang sehebat kerajaan BN. PR tidak mampu melakukan seperti mereka.

    ReplyDelete
  22. Teruskan menyokong kerajaan BN untuk generasi kita dapat menikmati kehidupan yang baik.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tekad untuk meneruskan rekod memelihara keamanan dan kestabilan negara melalui kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


    ReplyDelete
  24. Beliau berkata, kerjasama itu termasuk perkongsian kuasa politik dan kerjasama dalam bidang ekonomi yang menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara.


    ReplyDelete
  25. Kerajaan BN juga sentiasa komited untuk terus menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengenepikan mana-mana kaum supaya kesejahteraan negara dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.


    ReplyDelete
  26. Buktinya, banyak pandangan daripada masyarakat Cina baik yang berkaitan dengan bidang ekonomi, sosial, kebajikan mahupun pendidikan, diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan, katanya.

    ReplyDelete
  27. “Dengan usaha kerajaan dan rakyat berbilang kaum, negara mencapai satu tahap pembangunan dan kemajuan yang dibanggakan dan dicontohi oleh negara lain.

    ReplyDelete
  28. “Tidak banyak negara berbilang kaum lain di dunia yang berjaya mencapai apa yang dicapai oleh Malaysia dalam hal ini,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Muhyiddin berkata dengan adanya persefahaman, sikap toleransi, kerjasama dan rasa saling hormat-menghormati antara kaum, Malaysia berjaya muncul sebagai sebuah negara berbilang kaum yang makmur dan sejahtera.

    ReplyDelete
  30. Pertelingkahan dalaman, perbezaan idealogi dan pertentangan pendapat dalam negara juga perlu dikawal agar ia tidak melarat sehingga mampu mencetuskan huru-hara dan menjejaskan keharmonian perpaduan yang berlaku.

    ReplyDelete
  31. Kejayaan Malaysia perlu diteruskan kerana pergolakan yang berlaku akan mengundang musibah dan merencatkan perancangan kemajuan yang telah digariskan apatah lagi untuk mencapai Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  32. Negara kita sendiri sudah pernah mengalami situasi huru hara ni.perlu untuk kita terus bersama-sama mengekalkan perpaduan dan persefahaman serta apa yang telah berlaku itu menjadi pengajaran.

    ReplyDelete
  33. Gabungan pilihan raya DAP, PKR dan PAS telah membuktikan kemujarabannya pada pilihan raya umum 2008 dan dalam beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Bagaimanapun, sejak itu nampak yang tiga parti berkenaan seolah-olah hangat-hangat tahi ayam atau semakin tidak yakin yang pakatan mereka perlu atau boleh disahkan sebagai pakatan rasmi.

    ReplyDelete
  34. Petunjuk terbaru yang tiga parti itu terus tidak yakin atau kurang berani untuk diijabkabulkan secara sah ialah pengumuman yang mereka akan bertanding PRU akan datang dengan menggunakan lambang parti masing-masing.

    ReplyDelete
  35. Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang aka Tian Chua dipetik oleh Sin Chew Daily sebagai berkata parti-parti PR akan menggunakan simbol masing-masing hatta jika Pendaftar Pertubuhan memberi pengiktirafan rasmi esok.

    ReplyDelete
  36. Kenyataan Tian Chua itu senada dengan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, akhir tahun kalu.

    ReplyDelete
  37. pembangkang tidak pernah berhasrat menukar lambang pada pilihan raya nanti, sebaliknya Pas, PKR dan DAP akan menggunakan lambang masing-masing pada kertas undi.

    ReplyDelete
  38. Tidak kira apa pun kedudukan sebenar, alasan kesuntukan masa untuk mendaftarkan PR sebagai sebuah parti politik campuran tidak boleh diterima lagi kerana keputusan merasmikan PR dibuat hampir empat tahun lalu iaitu beberapa hari selepas ia menang besar dalam PRU 2008.

    ReplyDelete
  39. Bukan itu saja, pada tahun 2009, PR telah melantik bekas menteri BN, peguam Mohd Zaid Ibrahim, yang ketika itu ahli majlis tertinggi PKR, sebagai penyelaras dan pengerusi jawatan kuasa sementara (protem committee) “parti” Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) dengan tugas mendaftarkannya secara rasmi.

    ReplyDelete
  40. Nampaknya, bukan saja parti-parti PR kurang yakin dengan kelangsungan jangka panjang pakatan mereka, tetapi aspek sentimental masih kuat mempengaruhi tindak-tanduk mereka, khasnya Pas dan DAP yang berupa parti tua politik Malaysia.

    ReplyDelete
  41. Ahli dan penyokong kedua-dua buah parti itu mungkin akan tawar hati dengan pertubuhan masing-masing kalau lambang mereka yang ikonik lesap dari kertas undi dan digantikan dengan lambang baru yang asing.

    ReplyDelete
  42. selain daripada kesepakatan untuk menjatuhkan BN, parti-parti PR tidak mempunyai banyak persamaan dan kata sepakat.

    ReplyDelete
  43. kehadiran ramai “free operator” yang kerap cakap celopar dan merapu dalam parti-parti itu memudaratkan satu sama lain, khasnya antara Pas dan DAP yang umpama langit dengan bumi.

    ReplyDelete
  44. Laporan harus dikenal pasti. Jangan mempercayainya sepenuh.

    ReplyDelete
  45. Perpaduan harus dipeliharakan. Jangan membiarkan unsur negatif ini menjejas keamanan dan keharmonian.

    ReplyDelete
  46. BN berusaha dan membuktikan kebolehan untuk terus memimpin.

    ReplyDelete
  47. Isu ini sengaja dimainkan untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  48. Utusan Online semalam melaporkan, kira-kira 15 penyokong PAS membaling telur ke arah penceramah BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad sehingga terkena lengan.

    Benar atau tidak, terpulanglah masing-masing menilaikannya.

    ReplyDelete
  49. Buatlah siasatan jika perlu.

    ReplyDelete
  50. Mungkin ada pihak yang membuat fitnah.

    ReplyDelete
  51. Unsur yang merosakkan keamaan dan keharmonian negara harus dihentikan.

    ReplyDelete
  52. Serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang berpatutan.

    ReplyDelete
  53. Perkara remeh temeh ini tidak perlu mengambil berat.

    ReplyDelete
  54. Sepatutnya perkara begini tidak terjadi.

    ReplyDelete
  55. Kepimpinan Bn boeh di percayai.

    ReplyDelete
  56. Tidak perlu bertindak sendiri, serahkan kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.