KISAH di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.
Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya, sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.
Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superintendan Ibrahim. Yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.
Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
Dia bernasib baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain.
Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.
Akhirnya dia diselamatkan. Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.
Airmatanya berlinang. Dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.
Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang telah pergi menemui Illahi. Semoga arwah ditempatkan di kalangan para syuhada. (Trengganu Today)
Monday, March 11, 2013
Video : Kisah Tragis Diserang Pengganas Sulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




In the laws of war, intruders or members of the security forces cannot mutilate bodies like ripping off eyes, decapitating heads or cutting up bodies. - Defence Minister
ReplyDeleteThe Sulu intruders should be tried according to Malaysian laws for brutally and inhumanely killing eight policemen, said Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
ReplyDelete"We will ensure that no Filipino terrorist escape from our dragnet and we want them dead or arrested," he told
ReplyDeleteZahid did not rule out that the intruders were under the influence of drugs or were using black magic for resorting to such dastardly act.
ReplyDelete"What they did was unacceptable to Malaysia for this acts showed that the Filipino terrorists have no mercy," he said, adding that the armed forces would leave it to the police to take appropriate actions against the terrorists according to the laws.
ReplyDeleteZahid said no party should question who led the mopping-up operations for the armed forces and the police worked together in defending the country.
ReplyDelete"We want the people to know that when the situation called for it, the police and the armed forces can work together. "That is why the armed forces chief and the inspector-general of police have been holding joint news conferences," he added.
ReplyDeleteOn self-proclaimed Sultan Jamalul Kiram III's call for a ceasefire, Zahid said the government would not compromise for there was no sign of the terrorists letting up.
ReplyDelete"I have been at ground zero, and I could see that they intended to continue to occupy the areas that they had intruded for they had been promised a sum of money and farm land in Sabah by Jamalul Kiram and other leaders," he added.
ReplyDeleteTragegi yang menyesalkan.
ReplyDeleteKezaliman ini harus dikenakan tindakan yang tegas. Jangan membiarkan tragedi ini berulang.
ReplyDeleteKerajaan tidak harus membiarkan unsur keganasan ini berterusan.
ReplyDeleteKeselamatan harus diutamakan. Pantauan dan kawalan harus dipertingkatkan lagi.
ReplyDeleteTindakan ini adalah tidak berkemanusiaan. Harus dikenakan hukuman setimpalnya.
ReplyDeleteSementara itu di Semporna, polis daerah itu menahan empat individu yang merupakan suspek penceroboh. Mereka merupakan sebahagian daripada 33 orang yang ditahan dalam operasi selama dua jam di Kampung Pinggir Bakau kerana dipercayai melindungi dan terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu selain disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada musuh.
ReplyDeleteHari keenam Op Daulat juga menyaksikan sekumpulan wartawan dan jurugambar terserempak dengan anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, kira-kira 20 kilometer dari pusat media di Residental Felda Sahabat.
ReplyDeleteSosok lelaki berpakaian serba hitam sambil memegang senjata itu dilihat berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka. Bagaimanapun kesemua mereka tidak diapa-apakan.
ReplyDeletePenduduk kampung itu juga dilihat tergesa-gesa meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbangkan keselamatan selepas mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kawasan kampung berkenaan.
ReplyDeletePasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan dari Sulu pada 5 Mac. Sepanjang konflik yang bermula 12 Feb itu seramai lapan anggota polis terkorban dan 53 musuh ditembak mati
ReplyDeleteKeadaan di Felda Sahabat adalah terkawal biarpun bunyi beberapa siri letupan bom dilepaskan di kawasan zon merah dalam Op Daulat selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu
ReplyDeleteMalah di bandar Lahad Datu dan bandar Semporna, yang terletak 150 kilometer dari sini, adalah terkawal dan tenang dengan aktiviti masyarakat serta premis perniagaan berjalan seperti biasa.
ReplyDeleteDi Felda Sahabat 16, kedengaran beberapa bunyi dentuman bom yang datang dari kawasan zon merah Op Daulat pada 1 pagi dan 7.30 pagi.
ReplyDeleteSelain itu pada pagi ini turut kedengaran pesawat helikopter berlegaran di ruang udara Felda Sahabat.
ReplyDeleteGerakan Op Daulat yang memasuki hari kelima hari ini mengesahkan 52 penceroboh militan terbunuh.
ReplyDeleteBiro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa.
ReplyDeleteMedia di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera diraja” Sulu di Sabah.
ReplyDeleteJurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.
ReplyDeleteRIP to those warriors.
ReplyDeleteAmat menyayat hati sekali.
ReplyDeleteAnd it is a tragic moment for this.
ReplyDeleteBerdoa la agar roh mereka dicucuri rahmat.
ReplyDeleteIni satu iktibar yang akan menjadi satu nostalgia.
ReplyDeleteVideo ini dpt menyedarkan orang ramai ttg kebenaran.
ReplyDeleteTian Chua should watch this!
ReplyDeleteAt the same time, we could ponder their bravery.
ReplyDeletePasti ada pembalasan.
ReplyDeleteI am sure their family will suffer as well.
ReplyDeleteKeganasan harus diberhentikan segera, jangan mengancam lebih banyak nyawa.
ReplyDeleteVideo yang tidak senang hati.
ReplyDeleteMinta maaf kepada keluarga mangsa yang terkorban.
ReplyDeleteKezaliman ini harus dikenakan hukuman undang dan kuat.
ReplyDeletepenceroboh tersebut mmg patut digelar pengganas
ReplyDeletemereka sungguh ganas dan kejam
ReplyDeletePejuangan Negara yang aka di ingati sampai bila-bila.
ReplyDeleteDiharapkan semua penceroboh itu akan dapat dihapuskan.
ReplyDelete
ReplyDeleteBeliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
ReplyDeleteMynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.
ReplyDeleteZulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
ReplyDeleteSementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.
ReplyDeleteIni bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.
Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.
ReplyDeleteWalaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.
ReplyDeleteKumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.
ReplyDelete
ReplyDeletePada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.