Tuesday, March 12, 2013

Video Rakaman Pejuang UMNO Serang Pejabat PKR

Telor, kayu, batu dan kon plastik berterbangan ke arah bangunan ibu pejabat PKR petang ini, dipercayai dibuat oleh macai pro-Umno.

Ekoran itu, beberapa bahagian bangunan itu pecah dan telor bertaburan di depan pintu masuk pejabat PKR itu.

Serangan ini dipercayai untuk mengukuhkan dakwaan kononnya Tian Chua menghina pasukan keselamatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembelot negara ekoran tragedi Lahad Datu.

Setiausaha Kerja Wanita PKR Pusat, Maisuri Zainal, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu sekumpulan 40 orang berbaju merah berhimpun di hadapan pejabat parti itu, di Tropicana.

Difahamkan, kumpulan tersebut diketuai Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah.

"Kumpulan itu mula berhimpun dengan beberapa sepanduk yang dibawa oleh sekumpulan mat motor yang mengatakan 'Anwar pengkhianat' dan mengecam Tian Chua.

"Ia berkaitan krisis Lahad Datu, kononnya.

Selepas itu, mereka mula membaling telur dan memecahkan papan tanda pejabat kami," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan kerana tiada sebarang tindakan dilakukan pihak polis yang turut berada di situ, biarpun sedar insiden tersebut.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis berhampiran.

JMM, sebuah NGO yang menyokong Umno sebelum ini juga yang bertindak menghantar kek najis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.-HD







22 comments:
Write comments
  1. Orang bantah pemberian ic percuma keluaran Umngok/BeEnd atau Berjaya kpd kaum Sulu yg dah berjuta org di Sabah tu sampai berani mereka ceroboh kedaultan negara. Jug bantah kerana LAMBAT arahan PM ( tiada pun arahan ) utk tembakan tentera penceroboh di LDatu tu. Ini kau dgr TV3suku kata Tian Chua hina angg keselamatan,kau pun tunjuk kePONDANan kau serang pejabat tu. Bila yg kau dgr Tian Chua kata ,tak tau le aku hanya dgr TV 3suku kata Tian Chua yg kata..kah kah kahh.Bahalol yg amat lembu2 UMngok ni. Ntah2 ni yg lembu fidlot Kak Ijat punya kot!!

    ReplyDelete
  2. Tia Chua enggan minta maaf atas kenyataannya

    ReplyDelete
  3. "The meeting is seen as a positive step and the sultan will be briefed about this," Idjirani was quoted by the Philippine Inquirer as saying yesterday.

    ReplyDelete
  4. Roxas said the meeting was a continuation of the preliminary "exploratory talks" held in Zamboanga last week.

    ReplyDelete
  5. The Philippine Inquirer also reported that its Department of Foreign Affairs (DFA) would relay to Malaysian Prime Minister Najib Razak several questions raised by Jamalul's brother.

    ReplyDelete
  6. "I think that the questions are related to Najib's pronouncements and they wanted some clarifications.

    ReplyDelete
  7. "I said I would convey this to the president, which I did, and the president authorised DFA Secretary Albert del Rosario to convey these questions to the Malaysians as well."

    ReplyDelete
  8. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

    ReplyDelete
  9. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas isu kekecohan yang berlaku di Gombak menyifatkan kejadian tersebut sebagai bukti adanya pihak yang akan menimbulkan kekecohan sekiranya PRU 13 dimenangi oleh Pakatan Rakyat(PR).

    ReplyDelete
  10. Maksud Nik Aziz, sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 maka pihak lawan seperti UMNO dan BN akan menimbulkan huru hara.

    Nampak sangat Menteri Besar Kelantan itu tidak memahami hujung pangkal isu yang timbul di Gombak semasa siri Jelajah Merdeka Rakyat yang disertai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim beberapa malam lepas.

    ReplyDelete
  11. Jika Nik Aziz yang terkenal dengan gelaran Mulut Berus itu tahu bahawa punca kekalutan dimulakan oleh puak penyokong PR yang membaling batu, botol air dan lain-lain objek keras ke arah penyokong UMNO dan orang ramai, tentunya dia akan malu sendiri dengan kenyataan gopohnya itu.

    ReplyDelete
  12. Seandainya Nik Aziz tahu kedatangan Anwar dibantah oleh ramai penduduk tempatan kerana majlis anjuran PKR itu diadakan berhampiran kediaman mereka pastinya Nik Aziz tidak berani buka mulut mempertahankan budaya samseng yang dirintis oleh gerombolan penyangak PR.

    ReplyDelete
  13. Namun kita faham, salah satu kelebihan utama Nik Aziz terletak pada keupayaan lidahnya yang pandai memutar belitkan cerita dan memusingkan fakta supaya yang jahat dari PR dapat ditukar supaya kelihatan baik manakala kebaikan dari UMNO pula digambarkan sebagai buruk dan jahat.

    ReplyDelete
  14. Hakikatnya sejarah tidak boleh dibohongi, sudah terlampau banyak peristiwa genting dan kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam seringkali dimulakan oleh penyangak-penyangkak dari pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Lihat sajalah kejadian di Memali, Baling yang pernah kecoh suatu ketika dulu. Disebabkan sikap taksub penyokong Pas berpegang pada hasutan pemimpinnya, mereka sanggup melancarkan kempen keganasan dengan menentang pihak berkuasa konon atas alasan untuk menegakkan negara Islam ala Pas.

    ReplyDelete
  16. Berbulan-bulan sebelum itu telah berlaku peristiwa tragis Lubuk Merbau yang menyaksikan keganasan penyokong-penyokong Pas yang datang dari luar kawasan atas nama Pemuda Jihad dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang sengaja memulakan kekecohan sehingga akhirnya beberapa nyawa melayang.

    ReplyDelete
  17. Yang meroyan sakan termasuklah baring atas jalan sewaktu kejatuhan Kerajaan DAP Pas di Perak bukannya orang UMNO, tapi orang Pas yang akalnya terencat. Yang sibuk menghasut penyokong berhimpun di tengah bandaraya KL bukannya penyokong BN tapi penyokong PKR, DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  18. Hatta yang memulakan kekecohan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat semasa pilihanraya kecil di Bagan Pinang kemudian berlakon cedera parah ditetak dengan pedang samurai pun bukan penyokong BN sebaliknya adalah penyokong PR.

    ReplyDelete
  19. Namun seperti mana biasa, bila kekecohan berlaku dan ada yang cedera atau jiwa melayang, maka pihak Pas akan segera menuding jari mengatakan semua itu salah UMNO atau Kerajaan.

    ReplyDelete
  20. PR Bakal hancurkan Negaraku..

    ReplyDelete
  21. Seperti biasa, ini hanya ingin menjatuhkan nama baik kerajaan.

    ReplyDelete
  22. Sesiapa pun akan marah dengan keyataan Tian Chua.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.