Saturday, October 1, 2011

MCA Sabah Jangan Jadi Penyebok?

PAS Negeri Sabah membidas Pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo, yang terlalu celupar dan menjadi penyibuk dengan mencampuri hal ehwal umat Islam melalui kenyataan beliau yang tersiar dalam akhbar tempatan pada 29 September 2011; berhubung penentangan MCA Sabah ke atas perlaksanaan undang-undang hudud yang telah ditegaskan hanya melibatkan umat Islam di negeri Kelantan sahaja.

PAS Negeri Sabah juga mengambil maklum satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi MCA Sabah, Chew Kok Wah, pada 21 September, yang bukan sahaja menghentam peribadi pemimpin tertinggi PAS Pusat, tetapi terbabas sehingga ke peringkat melemparkan tuduhan-tuduhan liar yang boleh menjejaskan integriti dan kredibiliti mereka.

Dalam memberikan reaksinya di atas keceluparan kedua-dua pemimpin MCA Sabah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah, menegaskan bahawa, dalam pada umat Islam memperakui kewujudan masyarakat majmuk berbilang agama dan kepercayaan dalam sebuah negara seperti Malaysia, memperakui juga hak setiap penganut pelbagai agama untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3, maka kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA Sabah yang menentang kebebasan umat Islam untuk mengamalkan ajaran-ajaran Islam adalah bersifat menyanggah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 3.

Hj Hamzah selanjutnya berkata bahawa undang-undang hudud adalah khusus untuk umat Islam dan oleh sebab itu MCA tiada hak untuk mencampuri urusan umat Islam negara ini!

Undang-undang hudud ciptaan Allah adalah bermatlamat sebagai ‘kawalan’ dan ‘pencegahan’ yakni berfungsi mencegah orang ramai dari melakukan jenayah dan perlakuan-perlakuan yang diharam dan dicegah oleh Islam.

Ini bererti hanya mereka yang mempunyai perangai suka merompak, mencuri, merogol dan membunuh sahaja yang takut kepada undang-undang hudud. Rakyat yang cintakan kepada keamanan dan kerukunan hidup tanpa jenayah tidak akan bimbang terhadap perlaksanaan hukum hudud.

PAS Sabah menasihatkan MCA supaya menerima realiti bahawa semakin ramai rakyat Malaysia keturunan Cina yang telah memahami prinsip keadilan undang-undang hudud. Ini disebabkan mereka sering mendengar ceramah dan penjelasan daripada pemimpin-pemimpin PAS dan mereka berkawan dengan ahli-ahli PAS.

Oleh sebab itu, keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggotai oleh masyarakat non-Muslim semakin meningkat dari sehari ke sehari. Masalah dengan MCA Sabah ini ialah mereka berkawan dengan UMNO, yang tiada minat untuk menjelaskan matlamat perlaksanaan hudud.

Malah, kalau dilihat dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO dalam media arus perdana, UMNO turut menjuarai penentangan perlaksanaan undang-undang hudud. Pelbagai alasan direka-cipta oleh UMNO untuk menentang perlaksanaan hudud di Kelantan.

PAS Sabah menyeru semua pihak supaya memberi peluang undang-undang hudud terlaksana di Kelantan. Biar rakyat yang menilainya sama ada benar atau tidak bahawa undang-undang ciptaan Allah ini mampu mengurangkan jenayah yang peratusannya semakin meningkat saban tahun.

Oleh: MEDIA PAS SABAH

32 comments:
Write comments
  1. klu di malaya, MCA sudah kena reject. slps GE13, ia juga akan hanyut di sg kinabatangan [sama2 BN]...

    ReplyDelete
  2. Tidakkah pernah terlintas dalam fikiran anda yang hukum ini kejam.

    ReplyDelete
  3. Biarkan la mereka, tapi pastikan hanya yang beragama Islam sahaja yang menjalani hukuman ini.

    ReplyDelete
  4. Rakyat sendiri akan membuat penilaian. Undilah dengan bijak nanti.

    ReplyDelete
  5. Setiap pemimpinseharus menjaga tinkah laku supaya tidak mengungkit isu sensitif terutama berkaitan dengan bangsa & agama. Seharus saling menghormati antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  6. "PAS Sabah menyeru semua pihak supaya memberi peluang undang-undang hudud terlaksana di Kelantan. "

    Pelaksanaan undang-undang hudud seharus dirancang dengan baik. Seharus lebih terbuka untuk menerima kritikan dan pandangan sebab is merupakan satu perubahan yang amat besar dan membawa kesan sampingan juga. Memandangkan kedaan di Kelantan, adakah ia menjadi satu keperluan untuk berubah?

    ReplyDelete
  7. We are a democracy country, we should freely to talk and comment as long as it is not a personal attack. We should open minded to accept critism that good for better improvement.

    ReplyDelete
  8. Its not about religion but is about whether it is a great idea to apply "undang-undang hudud" in Malaysia. What are the pro and con? Any bad impact?

    ReplyDelete
  9. Kes pelaksanaan "undang-undang hudud" telah lama diketepikan, kenapa pula hari ini kes ini dibawa ke atas meja lagi? Adakah lebih baik jika kami mengamalkan undang-undang yang sedia ada dimana ia tidak merugikan mana-mana satu bangsa dan agama?

    ReplyDelete
  10. undang2 hudud mgkin diaggap kejam,tapi ia tak sebenarnya kejam, ia adalah undang2 Allah. tapi ia jika dilaksanakan boleh membawa kepada pengurangan jenayah kerana orang ramai akan takut untuk melakukan jenayah.

    ReplyDelete
  11. pelbagai reaksi yang timbul berikutan isu hudud ini..

    ReplyDelete
  12. apa pun, harap isu ini tidak akan disensasikan oleh mana-mana pihak pun.

    ReplyDelete
  13. PAS yang memerintah Kelantan. Jika mereka mahu melaksanakan hukum Hudud ini, adakah mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan persekutuan lagi?

    ReplyDelete
  14. Majoriti rakyat Kelantan setuju kah jika hukum ini dilaksanakan?

    ReplyDelete
  15. Jelaskan apa sebenarnya hukum Hudud agar orang ramai faham.

    ReplyDelete
  16. kalau PAS nak juga laksanakan hukum ni, laksanakanlah di Kelantan dulu. kita lihat bagaimana rupanya hukum hudud itu.

    ReplyDelete
  17. Rasanya rakyat bukan Muslim tidak begitu faham tentang hukum hudud. mungkin PAS perlu perjelaskan dulu.

    ReplyDelete
  18. "Chew Kok Wah, pada 21 September, yang bukan sahaja menghentam peribadi pemimpin tertinggi PAS Pusat, tetapi terbabas sehingga ke peringkat melemparkan tuduhan-tuduhan liar yang boleh menjejaskan integriti dan kredibiliti mereka."

    Berkemungkinan ada salah faham diantaranya. Rasa Datuk Chew bukan sengaja dan bertujuan membuat tuduhan peribadi tetapi bersuara terhadap pandangannya. Walaupun berlainan parti, harap isu ini ditanggani dengan hati yang tenang. Rakyat perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  19. Apakah kebaikan dan keburukan hukum hudud tersebut? Adakah hukum ini berfungsi lebih baik untuk semua masyarakat ataupun umat islam sahaja? Adakah ini menjadi satu keperluan untuk dilaksanakan berbanding hukum2 terkini?

    ReplyDelete
  20. May be PAS have misinterpret Chew meaning and take it personally. PAS has to accept all kind of critic and comment about "undang-undang hudud". It's may ba a great impact to go ahead with hukum hudud, would be great to study well.

    ReplyDelete
  21. Everyone is doing great and gets better with the current, may not be a goo didea to go with new hukum hudud that affect all the people especially to non-muslim. PAS needed to understand there are still 40% non-muslim that needed to take care.

    ReplyDelete
  22. Pemimpin seharus berEQ tinggi untuk menerima semua cadangan dan kritikan walaupun kritikan yang negatif. Isu yang berkaitan dengan agama memang sensitif, seharus menguruskannya dengan berhati-hati.

    ReplyDelete
  23. Kelantan menjadi experiment pelaksanaan hukum hudud, sekiranya berjaya mengurangkan jenayah dan masalah sosial rasanya akan dilaksanakan ke negeri jiran yang lain. Cuma pendapat saja. Lagi pun kena ikut perintah kerajaan juga.

    ReplyDelete
  24. Janganlah risau semua untuk yg Islam saja.

    ReplyDelete
  25. Better to not take comment personally. Just take it as a constructive criticism.

    ReplyDelete
  26. "PAS Sabah menyeru semua pihak supaya memberi peluang undang-undang hudud terlaksana di Kelantan. Biar rakyat yang menilainya sama ada benar atau tidak bahawa undang-undang ciptaan Allah ini mampu mengurangkan jenayah yang peratusannya semakin meningkat saban tahun."

    Somehow, i agree to this statement. Let the people decide!

    ReplyDelete
  27. sebelum membidas pihak lain yang membantah pelaksanaan undang2 hudud, sampaikan dahulu kritikan dan nasihat itu kepada DAP dan PKR..

    ReplyDelete
  28. nampaknya neji takut brhadapan dengan hukum hudud bila dilaksanakan.tinggal la pesan-pesan

    ReplyDelete
  29. itu cuma pendapat chew sahaja... terima dengan hati terbuka...

    ReplyDelete
  30. Tidak ada salahnya kalau MCA bersuara. PAS tidak ada kuasa melarang mereka ini. PAS sendiri bersuara disana sini tapi tidak pernah pun dihalang dan dilarang oleh parti BN.

    ReplyDelete
  31. Sedangkan DAP dan PKR sendiri pun masih tidak dapat menerima hukum hudud yang diidamkan oleh PAS. DAP sendiri membantah hukum ini, PKR cakap pula belum sedia lagi tapi sebenarnya PKR takut Anwar kena hukum hudud.

    ReplyDelete
  32. Hahahaa :D PKR parti yang kebanyakkan orang ISLAM sendiri menolak inikan pula MCA. PAS fikir dulu sebelum cakap.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.