Thursday, March 15, 2012

Buku NDI Tidak Bahaya - Merdeka Center

Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan ‘kempen kebencian’ terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau. -SH

10 comments:
Write comments
  1. The people themselves need to know how to judge what they read and what they are told, so that they will not be easily influenced by irresponsible statements.

    ReplyDelete
  2. Just let it be, the KDN does not need to waste time to probe this NDI.

    ReplyDelete
  3. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 2:15 PM

    Now...now...now...before all you UMNO/BN Haters hicks get all riled up, NDI is an institution that provides practical assistance to civic and political leaders advancing democratic values, practices and institutions. NDI works with democrats in every region of the world to build political and civic organizations, safeguard elections, and to promote citizen participation, openness and accountability in government.

    du yu an der steng so fa?

    ReplyDelete
  4. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 2:20 PM

    This is good that the government use this manual in order to ensure that this coming election is clean and fair.

    What I don't understand is all this while all you pro oppo hicks keep on demanding for a fair election, now that the government is taking this approach still facts have been twisted.

    Sheish!

    ReplyDelete
  5. saya percaya rakyat kini semakin matang untuk menilai sesuatu tu.

    ReplyDelete
  6. Panduan tu adakah benar tidak memerbahayakan

    ReplyDelete
  7. baguslah jika tidak bahaya.

    ReplyDelete
  8. Lain orang, lain persepsinya.

    ReplyDelete
  9. Mungkin sebagai rujukan tidak ada masalah rasanya.Yang penting tidak menyalahi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  10. buku itu tidak membahayakan kerana bukan buku itu tidak memiliki kaki dan tangan.. jadi tidak perlulah risau kio..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.