Kumpulan mahasiswa pro-Mahasiswa (pro-M) merancang untuk mengadakan pertemuan dengan timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bagi mendesak supaya pilihan raya kampus diadakan lebih awal.
Bekas setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPUM), Hawari Zakaria berkata kumpulan pelajar itu juga akan menyerahkan satu memorandum kepada Saifuddin untuk tujuan itu.
Hawari berkata, kumpulan pemimpin pelajar pro-M itu bercadang untuk bertemu dengan Saifuddin minggu depan di Parlimen.
Tarikh dan masa pertemuan itu akan diumumkan kemudian, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.
Dalam sidang media sama, seorang lagi pemimpin pelajar pro-M, Mohd Taufik Abdul menjelaskan bahawa pemimpin pelajar berkenaan berdepan masalah apabila pilihan raya kampus lewat diadakan.
Lebih-lebih lagi apabila kampus berkenaan kini menubuhkan jawatankuasa sementara untuk menggantikan MPMUM, berkuatkuasa semalam, kata Mohd Taufik.
Jelasnya, MPMUM terbahagi kepada biro tertentu untuk memudahkan urusan pelajar dan pentadbiran.
"Dengan cadangan HEP untuk menubuhkan jawatankuasa sementara 'executive caretaker' ini hanya dapat membantu sebahagian kecil sahaja ruang lingkup peranan yang telah dimainkan oleh biro dalam organisasi MPMUM," kata pengerusi Pro-M Nasional itu.
Selain itu, Mohd Taufik juga berkata tiada ada pihak yang akan mengendalikan keseluruhan gerak kerja kampus sekiranya pilihan raya itu lewat diadakan.Beliau memberi contoh, program Festival Konvokesyen kendalian MPMUM yang memerlukan persediaan rapi selama beberapa bulan sebelum ianya berlangsung pada bulan Oktober.
"Timbul persoalan andai tiada MPMUM yang mengendalikan festival ini, bagaimanakah ia akan berlangsung? ...Siapa pula yang menjadi penganjurnya?," soal Mohd Taufik.
Dengan itu, beliau mendesak pentadbiran universiti supaya mengambil tindakan segera dan menarik balik penangguhan pilihan raya.
"Saya belajar sains politik. Itu yang saya boleh buat bacaan," kata pelajar tahun akhir Akademi Pengajian Islam itu lagi.
Majlis perwakilan mahasiswa di UM dan juga di Universiti Putra Malaysia telah dibubarkan bulan lalu namun belum ada tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan.
Difahamkan, pilihan raya kampus di semua institut pengajian tinggi awam hanya akan diadakan pada September. -MK
Diharap kebijaksanaan para pelajar digunakan sebaik mungkin untuk masa depan diri dan negara
ReplyDeleteLaksanakan apa yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteSemoga tarikh baru pilihan raya kampus akan ditetapkan setelah pilihan raya lepas dibubarkan.
ReplyDeleteDiharapkan tindakan yang terbaik akan diambil untuk kebaikan mahasiswa.
ReplyDeletetetapkan pilihanraya kampus pada tarikh yang benar2 sesuai.
ReplyDeleteyang penting sekarang bawa berbincang kes ini. Setiap perkara ada jalan penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteseperti biasa akan bermulalah huru hara dalam kampus nanti.. siap adau ugutan culik, baling kerusi, pecahkan pintu/tingkap dan sebagainya..
ReplyDelete