Thursday, March 15, 2012

Benarkah Kita Anak Negeri Sabah?

SEMINAR Sehari Kefahaman Hak Anak Negeri (NCR) yang buat pertama kalinya akan diadakan di Sandakan pada 24 Mac ini bertempat di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Seminar yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang adalah terbuka kepada belia-belia seluruh daerah Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan juga Beluran dan setakat ini seramai 400 orang sudahpun mendaftar diri untuk menyertai program tersebut.

Beberapa orang penceramah yang terdiri daripada doktor, pensyarah dan peguam akan turut membentangkan beberapa kertas kerja pada seminar tersebut.

Seminar tersebut yang bertemakan 'Definasi Anak Negeri/Sijil Anak Negeri Siapa Berhak Memilikinya' anjuran bersama Angkatan Kesedaran Anak Bumiputera (AKRAB), Sekolah Pengajian Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd dan Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Bhd yang pembukaannya akan disempurnakan oleh ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman.

Osman Nasroh merupakan pengarah kepada seminar ini menjelaskan tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman tentang tanah adat (NCR) di setiap sudut kampung yang diduduki.

“Ramai di kalangan bumiputera sendiri tidak memahami mendalam tentang hak-hak asasi tanah adat kepada masyarakat setempat yang menjurus kepada warisan sejak zaman nenek moyang kita yang dilahirkan di bumi Sabah yang tercinta ini.

“Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri atau menyedari tentang pengertian istilah Bumiputera/Anak Negeri atau apakah selama ini kita hanya mendabik dada merasakan kita adalah anak bumiputera Negeri Sabah tanpa mengetahui apa hak-hak keistimewaan kita sehingga suatu ketika nanti, tanpa disedari kita akan dan bakal menjadi orang asing dan pelarian di bumi dan tanah air sendiri,” ujar Osman.

Kata Osman, segala persoalan di atas hanya akan terjawab di seminar ini dan penyertaan adalah percuma; termasuk makan minum dan sijil penghargaan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Oleh : SHAIMON S JUMADI (SK)

30 comments:
Write comments
  1. Malaysia recognized various statutory rights related to native customary laws ("adat") before its courts acknowledged the independent existence of common law aboriginal title.

    ReplyDelete
  2. Native Customary Rights (NCR) and Native Customary Land (NCL) are provided for under section 4(2) of the National Land Code 1965.

    ReplyDelete
  3. Malaysian court decisions from the 1950s on have held that customary lands were inalienable.

    ReplyDelete
  4. In the 1970s, aboriginal rights were declared to be property rights, as protected by the Federal Constitution. Decisions in the 1970s and 1980s blocked state-sanctioned logging on customary land.

    ReplyDelete
  5. Therefore the Seminar with the theme 'Definasi Anak Negeri/Sijil Anak Negeri Siapa Berhak Memilikinya'which was sponsored by Angkatan Kesedaran Anak Bumiputera (AKRAB), School of Social Scinece, Universiti Malaysia Sabah, Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd and Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Bhd is indeed a positive initiative to educate the people on their rights which they are entitled to as natives.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. seminar seperti ini harus diperluaskan ke seluruh negeri sabah.

    ReplyDelete
  8. rakyat haruslah mengambil kesempatan ini untuk memahami hak dan kepentingan anak negeri.

    ReplyDelete
  9. diharap tiada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan dari program ini.

    ReplyDelete
  10. For now there are only 400 people registered to join this program, more people should be encouraged to join. It is important to know your rights .

    ReplyDelete
  11. 400 tu kira masih sikit. Jadi doronglah juga orang lain utk sertai kerana seminar ini pastinya banyak kebaikan.

    ReplyDelete
  12. Semoga usaha ini membuahkan hasil yang diharapkan ramai.

    ReplyDelete
  13. 'Definasi Anak Negeri/Sijil Anak Negeri Siapa Berhak Memilikinya'. Tema yang bagus dan rasanya jika seminar itu berjalan lancar pasti objective seminar ini tercapai.

    ReplyDelete
  14. aku sendiri pernah nmpak org pakistan kc kluar IC msa sekatan jln...polis yg jga msa tu pn hairan mcm mna org2 ini dpt IC... ' ko lg duluan dpt IC KPT daripda aku' kata polis itu...fikir2kan la

    ReplyDelete
  15. Kerajaan sememangnya serius dalam menyelesaikan isu NCR. Semoga penyelesaikan dapat memuaskan hati semua pihak yang terlibat

    ReplyDelete
  16. CM pun sudah mengatakan yang cabinet akan membincangkan isu tu. Win2 situation untuk settle tanah NCR.

    ReplyDelete
  17. Hak & Kepentingan harus dijaga dan dipertahankan.

    ReplyDelete
  18. The people should wake up and realised their own priviledges and rights.

    ReplyDelete
  19. kefahaman tentang tanah adat (NCR) di setiap sudut kampung yang diduduki.

    Masalah NCr harus ditanggani dengan berkesan.

    ReplyDelete
  20. Semoga seminar ini mencapai objektifnya.

    ReplyDelete
  21. Orang Sabahan semakin dipinggiri dan kehilangan identiti tersendiri. Massalah ini harus diambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
  22. seminar ini penting dalam memberi kefahaman mengenai NCR, jadi penduduk tau akan hak2 mereka.

    ReplyDelete
  23. ......mendesak Krajaan Negeri agar mewartakan smua prkampungan bumiputra yg didiami oleh nenekmoyang brpuluh thn dan menghalau pti

    ReplyDelete
  24. status krakyataan kpd ketua2 jabatan sangat penting. contoh; skiranya pengarah jabatan tanah dan ukur trdiri drpd anak2 pti filipina maka kaum kerabatnya sudah pasti dg mudah memiliki tanah2 di negeri sabah..dicadangkan agar status krakyatan ketua2 jabatan prsekutuan dan negeri di sabah hndaklah ditentukan dg kelahiran nenek moyang mereka berasal drpd negeri sabah.

    ReplyDelete
  25. kalau status krakyatan dpt digadai kpd pti 20-40 thn lepas maka anak2 pti telah berakar umbi dlm mnjawat jawatan2 pnting di negeri sabah (peniaga, guru, kakitangan prsekutuan dan negeri)malah telah menjawat jawatan2 pnting sperti YB dll. Skiranya status kerakyatan dapat digadai maka status tanah ncr dll pun telah,sedang dan akan tergadai. Isu pokok ialah status kerakyatan yg menjadi cabang2 permasalah kpd bumiputra asal negeri sabah tetapi isu asal ini menjadi cabang sumber kekayaan kpd anak2 pti berstatus warganegara.

    ReplyDelete
  26. Seminar seperti ini amat baik untuk menyedarkan rakyat akan hak mereka sebagai Anak Negeri. Mungkin kerajaan boleh ambil pendekatan yang sama dalam menyampaikan meklumat kepada rakyat apa itu Anak Negeri dan hak2 mereka supaya mereka tidak tertipu dengan isu tanah NCR.

    ReplyDelete
  27. Seminar sebegini hanya cuba membantu menyedarkan hak sebagai bumiputera/Anak Negeri. Maka kita harap setiap hak yang patut diberikan kepada Anak Negeri akan diberikan sebaiknya.

    ReplyDelete
  28. Diharapkan seminar ini boleh membantu rakyat memahami hak dan status mereka dalam NCR. Diharapkan seminar ini boleh mendapat sokongan daripada orang ramai.

    ReplyDelete
  29. Semoga kerajaan akan mempertahankan hak dan kebajikan rakyat terutamanya anak negeri tulen dalam isu seperti hak tanah.

    ReplyDelete
  30. sepatutnya seminar ini dibuat di seluruh daerah Sabah.. biar semua rakyat Sabah tahu hak mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.