Sebuah bas membawa pulang pelajar Belgium dari pusat percutian ski terbabas dan melanggar dinding terowong di lebuh raya Switzerland, mengakibatkan 22 pelajar berusia 12 tahun dan 6 orang dewasa terbunuh, kata polis, semalam.
Seramai 24 lagi pelajar dikejarkan ke hospital kerana kecederaan, kata jurucakap polis negeri Valais, Jean-Marie Bornet memberitahu agensi berita.
Bas yang membawa 52 orang termasuk pelajar berusia 12 tahun dari dua sekolah berbeza terbabit dalam pelanggaran jam 9 malam waktu tempatan kelmarin di terowong di Sierre, Switzerland, berdekatan kawasan ski popular di Banjaran Alps.
Polis berkata, bas itu terbabas dan melanggar selekoh sebelum menghentam dinding konkrit terowong.
Bahagian depan bas rosak teruk dan menyukarkan penumpang keluar dari kenderaan itu. Punca kemalangan belum diketahui.
Ketua Polis Valais, Christian Varone, memberitahu anggota penyelamat yang tiba menyifatkan tempat kejadian seperti keadaan perang.
“Kemalangan di Valais memang ada yang teruk sebelum ini tetapi tidaklah sehingga membabitkan begitu ramai mangsa kanak-kanak,” katanya.
Lebuh raya ditutup di kedua-dua arah bagi operasi menyelamat. Sebanyak lapan helikopter dan puluhan ambulans dikejarkan untuk membantu menghantar mangsa ke hospital.
Selain itu, berpuluh-puluh anggota bomba, polis, 15 doktor dan tiga pakar psikologi turut berada di tempat kejadian.
Jurucakap kerajaan berkata, pusat krisis ditubuhkan dan nombor kecemasan disediakan untuk keluarga.
Polis berkata, semua mangsa dipercayai warga Belgium yang tinggal di Flanders. Media Belgium melaporkan tiga kanak-kanak itu dari dua pekan iaitu Lommel, timur Antwerp dan Heverlee, berdekatan Leuven.
Duta Belgium, Jan Luykx turut bergegas ke tempat kejadian. Menteri Luar Belgium, Didier Reynders, berkata pihak berkuasa masih mengenal pasti mangsa.
“Ada tiga bas dan hanya satu yang terbabit dalam kemalangan ngeri itu.
“Ia melanggar dinding di terowong,” katanya yang dipetik dalam laman web, La Capitale.
Tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan bas berkenaan di terowong menetapkan had kelajuan 100 kilometer sejam.
“Kami akan teliti apa yang berlaku,” kata pendakwa raya Valais, Olivier Elsig. – AP
Thursday, March 15, 2012
28 Maut, 24 Cedera Bas Langgar Terowong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Condolence to the family of the deceased victims in this accident.
ReplyDeleteMalang tidak berbau...ho ho ho
ReplyDeleteTeruknya kemalangan tu. Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tu.
ReplyDeletekemalangan yang amat dashyat.
ReplyDeleteCondolence to the family victim.
ReplyDeleteKecuaian sebegini yang kita tidak mahukan terhadap pengangkutan awam. Ini akan menyebabkan penguna taku menaikkinya selepas ini.
ReplyDelete