Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.
Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.
"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.
"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.
Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.
"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.
"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.
Nafi beli undi
Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.
Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.
"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.
"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh. -HD
Friday, March 16, 2012
Kadir Pelik Media UMNO Menyerangnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ahli UMNO sendiri kalau menegur UMNO kena serang habis-habisan. Kalau nak jadi ahli UMNO mesti pak Yes Man sahaja. Tidak boleh menegur macam lembu di cucuk hidung!
ReplyDeleteHai, begitulah. Politik wang dlm umno ni dah lama. Sekalung tahniah patut diberikan pd tan sri ab kadir krn tampil menjelaskan kepincangan yg berlaku. Bnda ni dah lama berlaku, cuma baru ini pendedahan dilakukan oleh bekas pemimpin umno sendiri. Klau pendedahan ni oleh pihak pembbangkang, mungkin depa kata ini tuduhan liar. Tapi klau bekas org kuat umno sendiri yg dedahkan, depa nak kata apa lagi. Demikianlah, satu demi satu penyelewengan umno/bn ditelanjangkan pd rakyat satu demi satu. Umno x akan terlepas kali ini, rakyat tgh saksikan satu demi satu salah laku mereka. Yg dok menang cara tipu selama ni pun depa dok makan duit haram tiap2 hari, camne nak berkat? What u give u get back, it's payback time!...
ReplyDeleteJika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan.
ReplyDelete*** Nak hukum LEMBU pun payah, ada hati nak hukum Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Menghukum Abdul Kadir Sheikh Fadzir bermaksud menghukum AMANAH.. Tunggu dan lihat sebesar mana telur lembaga disiplin BN bertindak. Ku Li (AMANAH)- keluar parti beramai2 selain org kanan u kena..
Tu diaaaaaaa....tak payah Rafizi PKR pi check....orang umno seniri bocoq resia....umno, kerusi Kulim/BB tak payah bertanding la PRU 13 nanti...buat abeh duit rakyat jaaaa....
ReplyDeleteKalau memang sudah tidak suka apa pun tetap tidak suka juga. Si Kadir tu sudah tidak mahu umno sebab tu dia mulai memburuk-burukkan Umno.
ReplyDeleteKemungkinan besar PAS akan lantik Kadir jadi ahli tertinggi PAS.
ReplyDeleteSyabas Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Semoga anda bersama Rakyat Malaysia memperjuangkan HAK RAKYAT!!
ReplyDeleteSelagi ada UMNO, selagi itulah Melayu akan merempat!!! Kalau tak merempat pun HIDUP SENANG melalui TIKET RASUAH!!! Lagi jijik dari ULAT SAMPAH!!!
TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!!!
Syed Kadir sudah letak jawatan..mungkin lepas ni akan sertai pembangkang??
ReplyDeleteKadir sudah lama memegang jawatan ini, sudah 56 tahun. Lebih baik bagilah peluang untuk orang baru mengambil alih.
ReplyDeleteSudah tiba masa untuk bersara dan biar anak muda yang meneruskan perjuangan.
ReplyDeleteKadir mengaku sahaja kerana tak diberi jawatan kau berpaling tadah. begitulah orang gila kuasa.
ReplyDeleteTerpulang dengan Kadir untuk memberikan pelbagai kenyataan. Apa pun yang pasti Kerajaan BN tetap akan memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeletebukan main lama lagi dia duduk dalam umno.. entah berapa $$$ yang dia perolehi sepanjang bersama2 dengan umno.. sudah masuk umur pencen baru bersuara..
ReplyDelete