Thursday, March 15, 2012

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. -MK

12 comments:
Write comments
  1. The Election Commission must explain why is the voting area changed without the knowledge or agreement of the Selangor MB?

    ReplyDelete
  2. Can the voting area be changed if requested by the voter themselves even though without the change of address on their IC?

    ReplyDelete
  3. Aiya...system glitch ma...

    ReplyDelete
  4. Go ask SPR and JPN why like that lo...明白吗?

    ReplyDelete
  5. Lebih baik SPR memberi penjelasan mengenai tu sebelum pembangkang menggunakan tu sebagai permianan politik

    ReplyDelete
  6. Persempanan semula kena la check semula tempat mengundi

    ReplyDelete
  7. Ini semua kje UMNO..pemimpin mereka akan buat ape sje asalkan selangor mereka dpt...WAHAI PEMIMPIN2 UMNO.... DUNIA WI KORANG BOLEH LEPAS TPI DIDUNIA BELUM TENTU...Allah maha mengetahuiii....???

    ReplyDelete
  8. adussss betapa bee end begitu lapar kpd kuasa hinggakan sanggup ambik tindakan bodoh bangang seperti ni... jom PRU13 ni kita hapuskan bodoh bangang-bodoh bangang ni...

    ReplyDelete
  9. SPR perlu perjelaskan hal ini.

    ReplyDelete
  10. SPR sama ada berlaku kesilapan teknikal atau disengajakan? Jika benda ini boleh terjadi, adakah sangat mudah untuk menukar tempat mengundi tanpa pengetahuan si pengundi?

    ReplyDelete
  11. Mungkin kesilapan dibuat oleh SPR. Maka kita harap SPR akan membetulkan kesilapan yang berlaku ini.

    ReplyDelete
  12. menurut spr, beliau tidak dipindahkan. beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.