Sungguh mengejutkan apabila PDO dilaporkan ada Blogger UMNO mendapat imbuhan lumayan mencecah puluhan ribu ringgit bagi tujuan menyerang Anwar Ibrahim, memainkan isu agama dan perkauman. Inilah hakikat yang berlaku mutakhir ini. Malah lebih mengejutkan blogger-blogger terbabit juga dapat "aksess" maklumat dari mana-mana agensi kerajaan termasuk juga pihak polis dengan mudah sekali. Justeru, tidak hairanlah dalam beberapa kes kita melihat kenapa mereka begitu cepat mendapat sesuatu berita, walhal ia belum lagi dihebahkan kepada umum oleh media arus perdana itu sendiri.
Inilah yang berlaku dalam isu "kontroversi video seks" yang dikatakan melibatkan Anwar baru-baru ini. Video asal dipercayai telah diserahkan oleh "Trio Datuk T" kepada pihak polis, anehnya ada blogger UMNO yang boleh menaik turun video terbabit ke internet (Youtube).
Begitu juga dalam kes Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad yang mati meninggal dunia ketika Himpunan Bersih 2.0. Keluarga Allahyarham dikatakan terpaksa membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan beliau mempunyai seorang perempuan simpanan.
Malah mengejutkan Blogger UMNO yang membuat kontroversi tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes Allahyarham. Apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan. Kenapa gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada blogger terbabit (Papagomo)?.
Semua ini menunjukkan mereka memang mempunyai akses dengan jabatan terbabit dan ini membimbangkan rakyat Malaysia sebenarnya. Terdapat bukti, pihak polis bekerja sama dengan blogger-blogger UMNO bagi tujuan menyerang Pakatan Rakyat. Senario ini cukup membimbangkan sebenarnya. Terdapat dakwaan dan bukti blogger berkenaan ditaja dan mendapat kerjasama daripada pihak yang sepatutnya berkecuali dalam menjaga keselamatan negara (Polis Di Raja Malaysia) itu sendiri.
UMNO Melabur Ratusan Ribu Ringgit Beli Blogger
Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru (UMB) yang dipimpin oleh Exco Pemudanya iaitu Tun Faisal Ismail Aziz (foto) didapati meningkat dengan berganda sejak dua tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang ‘masyuk’ berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (Ringgit Malaysia).
Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk ‘budak tingkat empat’ dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan diperolehi blogger UMNO mengikut keutamaan berikut ini:-
1) Sumbangan Daripada Tokoh Individu UMNO
Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan ‘pengurusan persepsi’ demi menjatuhkan pihak lawan.
2) Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan (Bekas CEO TV3) yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan ‘value for money’ setiap artikel dan post dikeluarkan. Inilah yang ditakuti mereka.
3) Sumbangan Daripada GLC, Yayasan Dan NGO
Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures.
4) Peruntukkan Daripada Unit Media Baru (UMB)
Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan Khairy Jamaluddin (KJ). Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya.
Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.
Dua Kumpulan Blogger Dapat Habuan Lumayan
Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majoriti blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka.
Bagi Blogger Elitis Penyerang Individu mereka biasanta berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya empat individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. Mereka juga diminta berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Special Branch (SB) dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja.
Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. Mereka juga jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia. Antara blogger terbabit ialah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.
Dua Blogger Pencacai UMNO yang dipercayai turut mendapat tajaan yang
cukup lumayan iaitu seperti Si Papa Gomo (kiri) dan Si Parpukari (kanan)
Sementara itu bagi Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan pula mereka juga berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya dua individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya dua assignment korporat dan politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu. Mereja juga berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan Malaysia, New Strait Times, TV3, Malay Mail dan sebagainya.
Merekalebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dan blogger Rockybru atau Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi maklumat.
Antara kumpulan yang dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup serang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan.
Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu perbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga anggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger-blogger nyamuk.
Sumber Pahang Daily Online
Monday, March 19, 2012
Blogger UMNO' Dapat Puluhan Ribu Serang PR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuhan bulih kc simpan dlm kotak dulu la, yg penting RM masuk...
ReplyDeleteAda orang sanggup buat apa saja asalkan dapat habuan besar.
ReplyDeleteRakyat sendiri perlulah pandai menilai penulisan daripada blogger tidak kira daripada pihak PR ataupun pihak BN. Mestilah masing-masing akan menyokng parti mereka sendiri tidak kira apa cara yang digunakan.
ReplyDeletePandai-pandailah kita memilih media yang neutral supaya tidak terpengaruh kepada penulisan yang bias dan bolehlah kita membuat penilaian kita sendiri terhadap sesuatu isu.
ReplyDeleteBagaimana dengan blogger PR? sudah tentulah dibayar juga untuk menangkis peluru2 Umno.
ReplyDeletedakwaan ini belum tentu benar. ada begitu ramai blogger, takkan smua kena byr?
ReplyDeleteBenar atau tidak kita masih tidak pasti lagi. Tapi saya juga ada mendengar mengenai blogger PR dibayar untuk menjatuhkan Kerajaan. Dikesan masa PRU12 dahulu.
ReplyDeletebagaimana pula pemimpin2 pembangkang boleh mengakses dokumen2 seperti borang milik kerajaan, bil pembayaran, quotation dan sebagainya untuk tujuan menyerang kerajaan??
ReplyDeletekalau bukti sekadar dalam bentuk teori, baik tidak payah didedahkan atau digunakan untuk meyakinan rakyat bahawa blogger itu dibayar ribuan ringgit..
ReplyDelete