Thursday, March 15, 2012

P3-21A Kereta Global Proton

http://notakosong.com/wp-content/uploads/2011/11/proton-p321A-2012.jpg

Model baharu Proton Holdings Bhd, dengan nama kod P3-21A, merupakan kereta global dalam banyak aspek, kata Pengarah Operasi Kanannya Dr Wolfgang Karl Epple.

Epple berkata ini kerana pakar-pakar dari seluruh dunia terlibat dalam proses membangunkan dan mereka bentuk kereta berkenaan.

"Kami mempunyai proses penanda aras antarabangsa seperti simulasi. Pasukan yang membangunkan kereta itu juga antarabangsa. Kami mempunyai pakar dari Itali, Perancis, Jerman, Korea, (terlibat) dalam pembangunan kereta itu," katanya kepada pemberita pada acara Proton, "Power of 1" di Stadium Bukit Jalil, di sini Khamis.

Komponen untuk P3-21A juga datang dari pelbagai pelosok dunia termasuk Australia, Eropah, Korea dan Jepun, katanya.

"Komponen dan kelengkapan juga global. Jika anda meletakkan kelengkapan global dalam komponen, orang, proses, gaya dan pakej, anda dapat suatu yang global," kata Epple.

P3-21A dibina dengan empat teras iaitu gaya, keselamatan, prestasi dan kemudahan, katanya.

Ketua Bahagian Kejuruteraan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd Azlan Othman berkata P3-21A merupakan hasil daripada kerjasama dengan firma berpangkalan di Itali, Italdesign Giugiaro, yang akan membawa Proton ke tahap baru dalam aspek rekabentuk.

"Ia merupakan kereta global yang akan membawa Proton ke peringkat berikutnya. Ia suatu yang menarik dan menunjukkan imej dan hala tuju korporat baru Proton. Tema P3-21A ialah reka bentuk dan kecantikan yang berkekalan, yang mampu mengatasi masa," katanya kepada pemberita di sini.

Azlan berkata Proton melihat kepada semua perspektif dalam aspek elemen kereta.

"Di bahagian hadapan, terdapat ilustrasi yang jelas dalam penampilan korporat yang baru bagi Proton. Kami panggilnya imej grafik tunggal," katanya.

Menurut Azlan, pasukan beliau mengambil masa hampir setahun di Itali untuk bekerja dengan Italdesign Giugiaro dalam usaha mewujudkan reka bentuk P3-21A.

"Kami mahu mempunyai idea baru, pandangan dan perspektif berbeza," kata beliau.

Azlan yang menyifatkan P3-21A sebagai "arca bergerak" berkata membeli kereta itu seperti membayar untuk "banyak kereta" kerana ia benar-benar sebuah kereta global. - BERNAMA

12 comments:
Write comments
  1. The Proton P3-21A is said to be a global car because the expertise in developing this model comes from all over the globe as well as its components. One question, will all the components be easily available at hand whenever the car owners need it? Or do they need to wait for the parts to be shipped from whichever country of origin the components came from?

    ReplyDelete
  2. This certainly is a new idea and a different perception, but Proton must remember to ensure the ideas are practical not only for the driving performance but the after sales and follow up as well.

    ReplyDelete
  3. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 1:50 PM

    Good point there, Green Sabah. To address this matter we still need to go back to the slogan "beli barangan buatan malaysia". I believe that the tertiary institute as well as any research institute or entiti needs to develop this component locally not only to reduce the import of cost, but also made these parts readily available. This is afterall a local brand.

    ReplyDelete
  4. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 1:53 PM

    apart from that, we need to ensure the quality of these parts are on par with of those being imported from abroad.

    ReplyDelete
  5. Perhaps the import of these spare parts too may have contribute the the losses that was made by proton last year.

    ReplyDelete
  6. Therefore I agree with the points mentioned by both green Sabah and Anonymous II ver 2.0

    ReplyDelete
  7. Hebatnya tapi kena utamakan keselamatan

    ReplyDelete
  8. 1 lg tin sardin jenama proton???

    ReplyDelete
  9. kereta ini nampak hebat, moga ia benar2 berkualiti.

    ReplyDelete
  10. Proton kena keluarkan kereta yang tahan kualitinya. Persaingan sangat kuat.

    ReplyDelete
  11. Harap proton akan meneruskan usaha bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran proton.

    ReplyDelete
  12. macam mana sukar sekalipun untuk mencari part kereta ni, kalau sudah fizikalnya nampak hebat, performance mantap dan harga berpatutan, pasti sambutan tetap menggalakkan.. syabas..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.