Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.
Gambar: KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.
Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.
Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.
Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.
Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.
Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.
Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.
Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.
Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.
Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan. -kosmo
Thursday, March 15, 2012
Pencabul Mabuk Dibelasah Teruk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This is one of the problems when people get drunk. Try to limit your drinking.
ReplyDeleteMinum haram memang sentiasa memudaratkan dan menyusakan masyaratkat.
ReplyDeleteNah...ni kali la!
ReplyDelete"they try to make me go to rehab but I say no...no..no...."
Trus kana pukul...tu la...kalo minum diam-diam tiak pa la...ni pi merugul lg...KOTOH!
knp x putung koneknya n dikc makan kuyuk???
ReplyDeleteTu la, Sudah mabuk balik la tidur. Sempat lagi meraba-raba. Palui.
ReplyDeleteitulah akibatnya jika mabuk, hilang kewarasan dan bertindak melulu.
ReplyDeleteDrink like a pro ler..
ReplyDeleteInilah kalau bila sudah mabuk.Macam-macam boleh berlaku.
ReplyDeleteharap2 itu orang insaf selepas ni.. bagus cari tempat tinggal lain la.. bikin malu saja..
ReplyDelete