Friday, March 16, 2012

Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU?

Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit.

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP.

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.

Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. -PahangDaily.



37 comments:
Write comments
  1. Lebih 50 tahun UMNO memerintah apa yang telah dilakukan untuk rakyat? sama juga dengan sudah berapa penggal UMNO memerintah Sabah apa yang UMNo telah lakukan untuk rakyat sabah. UMNO boleh berbangga dengan ledakan penduduk Sabah yang entah datang dari mana. Bandar dan kampung penuh dengan PATI!

    ReplyDelete
  2. bulan jun ke.bulan disember ke.esok ke PRU gua dah tak sabar nak pangkah selain dari dacing...gua nak ABU kan penimbang penipu nih..yeeehhaaaa kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. akan bermula la lakonan terbaik dpd Rosmah n Najib serta kuncu2nya....
    sanggup meredah sawah padi...melawat nelayan di tepi pantai....adegan naik motor...naik basikal...naik beca...ramai2 angkat rumah pindah rumah....salam peluk cium wanita tua yg uzur....bagi bantuan beras...gula...
    rakyak dah muak dgn lakonan tipu pemimpin BN menjelang PRU....
    habis PRU...depa lesap...duit rakyat pun depa rembat....habuk pun depa kutip....yang tinggal kat rakyat hanya hama je.....

    sakit otak sakit otak sakit otak sakit otak sakit otak sakit otak sakit otak..
    pinjam kata2 nazri aziz yg akan sakit otak lps PRU 13.....

    ReplyDelete
  4. unelected PM ini x layak utk menjadi ketua pembangkang sekali pun sbb UMNgOk sendiri akan menyingkirkannya, spt mana nasib pak lah...

    ReplyDelete
  5. Najib fikir isu NFC sudah settle, 500rm boleh beli undi , Lynas no problem ... kua kua kua
    OOOI ... Najib kau siapkan diri untuk PRU 13
    Rakyat juga siapkan diri tunggu masa runtuhkan umno
    Lepas itu kau elok siapkan diri selepas pru13 cabut keluar malaysia

    ReplyDelete
  6. buat le apa2 pun yg penting tukar kerajaan korup dgn kerajaan yg bersih pada PRU 13 akan datang...bravooo RAKYAT HAKIM NEGARA

    ReplyDelete
  7. PRU13 akan menentukan sama ada kerajaan tukar atau tidak, rasanya masih ramai lagi yang menyokong umno dan dengan pembangkang Sabah yang masih tidak menentu, BN Sabah pasti menang lagi pada PRU13.

    ReplyDelete
  8. Tidak perlu la bising2, pembangkang akan bising2 untuk cari undi.

    ReplyDelete
  9. Lepas PRU13 baru dapat tahu loh..

    ReplyDelete
  10. Pakatan cuma akan menjadi kerajaan jika berjaya menawan Putrajaya, tapi kenalah lihat dulu sama ada rakyat sanggup memberi sokongan kepada mereka ataupun tidak?

    ReplyDelete
  11. Karutlah Najib akan menjadi Ketua Pembangkang selepas PRU.

    ReplyDelete
  12. kita tgklah keputusan PRU nnti.

    ReplyDelete
  13. Najib akan menjadi Pembangkang?? Atau Pembangkang risau dan saja senangkan hati dengan mengatakan sedemikian. Kita sudah sedar yang mana sokongan rakyat semakin meningkat dari masa kesemasa terhadap Datuk Najib.

    ReplyDelete
  14. boleh pula dia tanya kenapa orang melayu terpinggir selepas 50 tahun BN memerintah.. nanti kalau orang melayu di utamakan, dia tanya pula kenapa kaum lain terpinggir selepas 50 tahun memerintah..

    ReplyDelete
  15. "Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah."

    ini bukti kedua bahawa demokrasi di negara ini akan dihapuska jika Pakatan memerintah.. bukti pertama ialah pemecatan Hassan Ali.. maknanya tidak ada siapa pun yang dibenarkan mengkritik pemimpin2 Pakatan jika parti berjaya merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  16. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) government would continue to make it a priority to fulfill its promises to the people and attend to their problems.

    ReplyDelete
  17. He said the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, was a clear example of this as he continuously meets the grassroots during walkabouts.

    ReplyDelete
  18. “The leaders of the country are confident in meeting the people face-to-face because they can fulfill the promises made to the rakyat. In this way, the people can air their problems directly so that the leaders can solve them immediately,” he said this when launching the Libaran Umno branch cluster meeting here yesterday.

    ReplyDelete
  19. Musa said it was different from the opposition leaders who often made empty promises because they could not honour them. He said they were more interested in getting the power to rule and not in defending the interests of the people as shown by what has happened in states controlled by the opposition.

    ReplyDelete
  20. Meanwhile, Musa who is also the Sabah Umno chief, reminded party members in the state not to be excessively concerned by the choice of candidates in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  21. He said they should focus all their efforts in updating the BN party machinery in order to ensure the people returned the mandate to the ruling government.

    ReplyDelete
  22. Furthermore, he said if they were caught up with the issue of candidates, they would not be able to focus on serving the people.

    ReplyDelete
  23. “The choice of candidates in BN is determined by the leadership so let us all wait. What is important is for us to work harder to make sure the party remains strong and our party machinery is regularly updated.

    ReplyDelete
  24. “I believe the BN candidates who will be chosen are winnable candidates. So don’t think of personal interests but think of the party and serving the people,” he said.

    ReplyDelete
  25. He reminded members to always stay united especially at the grassroots level and to avoid trivial issues that can destroy the party’s strength.

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. “If there are problems, we should solve them amicably bearing in mind that we must not destroy party unity by exaggerating small issues.

    ReplyDelete
  28. Musa also stressed that Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah.

    ReplyDelete
  29. He said Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes. Musa expressed his confidence that Sabah will continue to grow especially in the rural areas due to the commitment of the government led by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak. He said the BN government ensured development for all irrespective of their faith and political ideologies.

    ReplyDelete
  30. “That is the BN concept of serving the people. The elected representatives of BN will always work hard to serve the people because they know they have been voted by the people and so it is their responsibility to serve them,” he added.

    ReplyDelete
  31. Efforts to deliver promises to the public and hear out their problems continue to be a priority of the Barisan Nasional (BN) government, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  32. He said such efforts will be led by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who will go down to the field and meet the community through concepts such as the Walkabout and the recent ‘Jelajah Janji Ditepati’ (Promises Kept Tour).

    ReplyDelete
  33. “Our country’s leaders are confident when facing the people because they are able to keep the promises which have been made.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. “This will allow the people’s problems to be heard and resolved immediately,” he said

    ReplyDelete
  36. Musa said this differed from opposition coalition leaders who only made empty promises to the public, failing to champion the welfare of residents in the states they governed.

    ReplyDelete
  37. He added that the opposition was unable to manage their states well following power struggles among their leaders which left more to be desired in terms of administration.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.