Keputusan kerajaan persekutuan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).
Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, PEMANDU, sebuah badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, berkata langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.
Sebelum ini, PEMANDU mendesak Putrajaya melaksanakan "rasionalisasi subsidi" dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.
Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.
Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik.
Ketua pegawai eksekutif (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala pada 2010 memberi amaran erhujah bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis dalam tempoh sembilan tahun, dalam cara yang sama seperti Greece.
Beliau walau bagaimanapun tahun lalu, menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Ini kerana katanya, usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP) pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghasilkan hasil yang positif.
Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.
Sejak sembilan bulan lalu ketika Najib bersiap sedia untuk pilihan raya umum ke-13, tiada sebarang penarikan subsidi diumumkan. Sebaliknya, lebih banyak wang diagihkan kepada rakyat. -MK
Monday, March 19, 2012
PEMANDU: Pemotongan subsidi ditangguhkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kewangan negara perlu diuruskan dengan bijak. Tiada erti jika negara maju tapi rakyat menderita.
ReplyDeleteDiharapkan pemotongan subsidi ini akan dipertimbangkan semula supaya keputusan yang terbaik untuk rakyat akan dibuat untuk mengelakkan menambah beban ke atas bahu rakyat.
ReplyDeleteHarap kerajaan pusat akan mengawal pembelanjaan wang negara dengan baik supaya perbelanjaan akan dibuat ke atas perkara yang diperlukan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
ReplyDeletepenangguhan utk pancing undi dlm GE13...tunggu la selepas menang, UMNgOk pasti akan 'menyembelih' rakyat dgn pelbagai tax n kenaikan harga/bil!!!
ReplyDeleteSelepas PRU13 maka bersedialah kita dengan cukai GST, pemotongan subsidi, kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga minyak dan sebagainya sebagai membalas jasa rakyat mengundi BN
ReplyDeletediharap pemotongan subsidi tidak diterus, kajian harus untuk mengkaji taraf hidup M'sian untuk memastikan rakyat benar2 memerlukan subsidi.
ReplyDeleteSegala usaha kerajaan harus disokong
ReplyDeletepemotongan subsidi dilakukan untuk mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan, tap jika ia dilakukan rakyat akan terbeban.
ReplyDeleteHarap kerajaan perlu memikirkan bagaimana untuk memastikan rakyat tidak terbeban.
ReplyDeletebaik fikir berkali2 sebelum kurangkan subsidi..
ReplyDelete