Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mendedahkan mengenai kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) untuk membayar sewa ruang kedai komersil – pasaraya yang dimiliki di Singapura, dan mahu keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanggungjawab di atas hal tersebut.
Menurut Pua, Syarikat Farmhouse Supermarkets dengan menggunakan konsep ‘supermarket’ milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu didakwa gagal membayar sewa seperti yang dijanjikan.
Merujuk akhbar Singapura hari ini melaporkan, pemilik Rochester Mall di Buona Vista telah menamatkan pajakan sewa oleh Farmhouse Supermarket ekoran syarikat dari Malaysia itu gagal mematuhi syarat tertentu yang dimeterai.
Merujuk kepada laporan berkenaan, Pua turut mempersoalkan nilai pelaburan untuk menubuhkan pasaraya berkenaan.
“Ikut maklumat daripada akhbar Singapura hari ini, Farmhouse tidak tunai syarat tertentu dan gagal membayar sewa yang dikenakan ke atas tempat itu dan perjanjian sewaan itu dibatalkan.
“Sekarang tak dapat laksanakan supermarket ini. Maka saya mahu tanya berapa jumlah pelaburan yang hilang? Siapa nak tanggung pembiayaan? Adakah keluarga Shahrizat ataupun NFCorp?
“NFCorp datang daripada pembayar cukai. Adakah NFCorp yang perlu tanggung kerugian pasaraya ini?,” soal beliau.
Syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd didakwa memiliki Pasaraya Mewah di Singapura dengan kadar sewaan sebanyak SGD900,000 atau RM2.2 juta sebulan. -FMT
Friday, March 16, 2012
Pelaburan NFC Di Singapura Hangus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
projek NFC slps ini: kilang bikin gincu sapi di mongolia!!!
ReplyDeleteKes tu semakin mendapat perhatian ramai sehingga ke luar negara.
ReplyDeletePembangkang paling suka keadaan seperti ni, pasti akan dimainkan sehingga panas.
ReplyDeleteMacam2 betul lah NFC ni.
ReplyDeletepembangkang tak perlulah nak masuk campur dalam kes ini, biarlah ia disiasat pihak berkuasa.
ReplyDeleteHarap kes NFC ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan semua kesilapan lampau akan dibetulkan.
ReplyDeleteKeluarga Sharizat perlulah membayar balik pampasan disebabkan salah guna dana kerajaan sebelum ini.
ReplyDeleteNampaknya NFC ini perlu disiasat dengan lebih mendalam lagi.
ReplyDeleteapa buktinya Syarikat Farmhouse Supermarkets ini milih keluarga sharizat dan telah menggunakan dana NFC??
ReplyDelete