Thursday, March 15, 2012

Telco Kenakan Caj 6% Untuk Prabayar Julai Ini!

Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.

"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu.

"Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA

20 comments:
Write comments
  1. Tahniah BN kerana tak habis-habis menyusahkan rakyat. Selepas PRU13 rakyat akan dihadiahkan dengan cukat GST, kenaikan harga minyak, gula, beras dan sebagainya untuk mengembalikan wang BR1M. Ini yang neji suka sangat tu!

    ReplyDelete
  2. When will these taxes be officially implemented?

    ReplyDelete
  3. The Telecommunication companies should explain to the public the reason behind charging these extra taxes for the users?

    ReplyDelete
  4. cukai Telco sudah wujud tetapi cuma dikenakan kepada pengguna postpaid.. untuk prepaid, juga sudah dikenakan cukai tetapi sebelum ini ditanggung sendiri oleh pihak Telco.. kira adil la, pengguna postpaid kena bayar cukai, dan pengguna prepaid juga perlu bayar cukai.. cukai 60 sen tu jauh lebih murah berbanding dengan cukai rokok yang mencecah rm5 - rm6..

    siapa pun yang menjadi kerajaan di Malaysia ini pasti akan menghadapi dilema yang sama – bagaimana mahu mengekal harga barang pada kadar yang sentiasa murah dikala kos diserata dunia semakin meningkat?? cuba Anon di atas senaraikan mana parti politik di Malaysia yang mampu mengekalkan semua harga barang dan perkhidmatan diparas terendah dan kekal tidak berubah sampai kiamat..

    ReplyDelete
  5. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 1:39 PM

    neji made a very strong point on regarding the telco tax.

    ReplyDelete
  6. Anonymous II ver 2.0March 16, 2012 at 1:39 PM

    So far none of the opposition provide a solution for the increase of price. Yes the manage to make an issue about it, but no proper solution to address this matter.

    ReplyDelete
  7. Kredit tidak mahu isu pun boleh, tapi merokok tu macam tiap2 hari.

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan pengguna prepaid adalah pelajar-pelajar sekolah, ipta, ipts dan postpaid pula kebanyakan orang pegawai kerajaan, swasta peniaga dan sebagainya. Ertinya kerajaan ini minta derma daripada budak-budak sekolah atau ertikata yang lain mereka yang belum bekerja!

    ReplyDelete
  9. telekomunikasi adalah keperluan ttp rokok adalah suatu pilihan. lagi pun, adalah wajar utk menaikkan cukai arak n rokok. knowledge n wisdom adalah 2 perkara yg sgt berbeza...

    ReplyDelete
  10. Ala..Macam tak tahu..dah lama dah Syarikat telekomunikasi seperti Telekom, Celcom, Maxis dan lain2 melaksanakan charge 6% ke atas pelanggannya. Rasanya dah hampir 2 tahun. Sebelum itu mrk charge 5%...Kami rakyat Malaysia dah serik dgn cakap putar belit kerajaan UMNO(BN) ni..

    ReplyDelete
  11. Off topik... kenapa pulak ASTRO, setengah setengah rangkaian Fast food dan hotel hotel berani mengenakan cukai perkhidmatan 6% sedangkan kerajaan belum meluluskan lagi...
    Mereka telah mula mengenakan cukai perkhidmatan tersebut setahun yang lalu... apakah kerajaan dah buta mata atau buat buat tak nampak jer....? Kalau betul lah kerajaan belum melaksanakan lagi GST 6% tersebut bermakna semua syarikat syarikat yang mengenakan GST 6% sekarang ini adalah perompak berdaftar dengan kerajaan.. emmm... tak gitu ?

    ReplyDelete
  12. buka kedai jual reload la ni

    ReplyDelete
  13. bijak ye kau kerajaan UMNO aka BN
    sekarang waktu untuk colect semula duit RM500 yang baru depa kasi kat korang semua lepas PRU nanti

    apa pon mesti cukai ini lebih murah dari negara jiran!!
    terbaik !!!!…cukai lagi…dan lagi ..dan lagi..I LIKE

    ReplyDelete
  14. realitinya, budak2 sekolah juga yang paling banyak menyumbang kepada keuntungan syarikat2 Telco.. ketika musim AF, golongan mana yang paling banyak membazir?? dalam program Astro dan lain2 tv juga terdapat pengguna prabayar dikalangan pelajar2 yang menggunakan program ini untuk chatting dengan sms mereka dalam tv. sedangkan mereka ini telah diingatkan setiap sms itu dicaj 50 sen..

    ReplyDelete
  15. saya juga sebenarnya tidak bersetuju sangat dengan cukai 6% ini. namun saya lebih suka menuding jari terhadap pihak TELCO berbanding dengan kerajaan.

    cukai tersebut dikenakan oleh Kerajaan mengikut akta yang dipinda pada tahun 1998 bagi membolehkan Kerajaan meraih pulangan cukai perkhidmatan yang dikenakan terhadap TELCO dan operasi perniagaan mereka. salahkan Kerajaan kenakan cukai pada TELCO yang mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun?

    perlu diingat, cukai juga merupakan pendapatan kerajaan yang mana ianya akan digunakan untuk membangunkan negara ini.. oleh itu, sebelum ada pihak yang membantah cukai ini, baik tanya dulu pemimpin2 pembangkang adakah mereka akan memansuhkan semua cukai2 di Malaysia jika berjaya merampas kerajaan??

    justeru itu, pada saya, memandangkan TELCO tidak pernah rugi dalam perniagaan mereka, maka tidak perlulah mereka mengenakan caj tersebut kepada pelanggan. lagipun, sebelum ini, walaupun mereka tidak mengenakan caj tersebut kepada pelanggan dan terpaksa membayar cukai tersebut kepada Kerajaan, mereka masih untung berbilion selepas cukai..

    ReplyDelete
  16. dgn kenaikan cukai ini, kenalah berjmat dalam menggunakan kredit.

    ReplyDelete
  17. Kalau dikenakan cukai, apa lagi yang boleh dibuat? terpaksa jugalah bayarkan..

    ReplyDelete
  18. kita harus akur akan cadangan kerajaan, untuk kebaikan rakyat juga...

    ReplyDelete
  19. Nampaknya mengenai caj ini tidak dapat dielakkan lagi. Setelah perbincangan dibuat.

    ReplyDelete
  20. mengapakah cukai rokok dan alkohol terlalu tinggi? ada sesiapa boleh tolong jelaskan pada saya?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.