Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.
Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.
Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.
Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.
"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi.
"Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."
Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."
Bernama pada 10 Mac pula melaporkan, Abdul Kadir didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu supaya mengundi BN pada pilihan raya lalu.
Abdul Kadir dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu dilakukan di sebuah negeri yang enggan dinyatakannya.Mengimbau kembali peristiwa berkenaan yang didakwa berlaku pada 40 tahun lalu, Abdul Kadir yang menjadi exco Pemuda Umno ketika itu berkata beliau membantah amalan tersebut.
Tindakannya itu juga disokong secara "senyap-senyap" oleh mantan perdana menteri Tun Abdul Razak serta Tun Dr Ismail, kata Abdul Kadir lagi.
"Sebab dari awal kita tahu tidak elok... Jadi kita tak perlu panjang cerita ini, tak payah buat apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Kadir berkata, beliau turut berasa sensitif apabila rakyat di kawasannya dikaitkan dengan "sebarang perkara yang tidak baik".
Kadir menyifatkan ahli-ahli Umno termasuk rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik di kawasannya "ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia".
"Kami di Kulim Bandar-Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun semasa pilihan raya umum.
"Ini saya tegaskan bersungguh-sungguh," katanya," katanya sambil menegaskan sepanjang penglibatan beliau dalam tempoh 30 tahun di bahagian itu, tidak pernah menggunakan duit untuk tujuan berkenaan.
"Bukan susah nak jadi popular, kita berkhidmat sepanjang masa, ikhlas dan tak perlu beri (rasuah) duit," katanya. -MK
Hope that any moves to manipulate the votes will be prevented during the next general election.
ReplyDeleteThe people must vote wisely without the influences of any promises.
ReplyDeleteOrang UMNO sendiri pun mengaku UMNO membeli undi!
ReplyDeletesudah terang-terang.
ReplyDeleteBeri duit, kain batik, kain pelikat, tender, projek adalah budaya UMNO untuk memenangi hati pengundi, ini bukan rasuah itulah kata UMNO. Jadi sebagai pengundi jika UMNO bagi ambil, kalau PR beri sapu, pangkah pilih yang terbaik - calon yang benar2 beragama dan bersih dari tipu muslihat
ReplyDeleteduit tu dia bagi kat ketua cawangan suruh edar tapi ketua cawangan sapu semua....sekarang ni kalau nak duit tu kena la pi cari ketua cawangan masing2...betul tak tan sri. ketua cawangan dlm kulim/b.b adalah penyamun besar masa tu.
ReplyDeletePerlulah ada bukti jangan main tuduh2 saja
ReplyDeletedakwaan in belum tentu benar, kita jgnla mudah percaya.
ReplyDeleteKadir..Kadir..sekarang baru mahu cakap. Cari publisitikah? Sudah tiada jawatan baru mahu bersuara..ceh
ReplyDeleteItu sebenarnya terpulang dengan pengundi itu sendiri tergoda atau tidak dengan pemberian duit. Kalau pengundi itu menerima pun dan tetap mengundi yang dipilihnya rasanya itu terpulang dengan mereka itu.
ReplyDeleteowh.. dia juga pernah terlibat rupanya.. lama juga dia stay dalam umno kalau betul dia membantah cara keji itu..
ReplyDelete