Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kamu (kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100 hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga)
“Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang?
“Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada emaskah?” kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang menteri beri projek kepada anak mereka?” katanya depan kira-kira 2,000 hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam kelmarin.
Sepanjang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998, Anwar berkata, Malaysia tidak pernah mengalami defisit dalam perbelanjaan negara.
“Sekarang, hutang negara RM538 bilion. Ketua Audit Negara lapor, kebocoran belanja tahunan negara sehingga RM20 bilion.
“Apa beza Pakatan dengan BN? (Umno bila) ada kuasa, hanya hendak cari wang. Saham Bumiputera pun dia(Umno) sapu.
“Macam mana negeri Pakatan kumpul duit? Sebab ada prinsip. Saya sokong orang Cina yang baik dalam kepimpinanan Pakatan. Sebab itu saya pertahankan.
“Bila kita jawab, Umno kata Anwar alat Cina. Politik tak boleh macam itu. Kalau orang Melayu kena pukul, sakit. Kalau orang India kena pukul pun, sakit juga. Negeri ini bukan gangster punya,” katanya. -KD
Wednesday, July 4, 2012
Anwar: Agih Projek Pada Kroni Perbuatan Curi Wang Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
doktrin UMNgOk bah itu...
ReplyDeletependedahan Datuk Seri ni memang panas. Sebab tu BN melalak dan barua umngok tukang meyalak.
ReplyDeleteini lah masalah kerajaan liat nak turun abis harta rakyat disonglap
ReplyDeleteyg bestnya pencacai angkat najis umno akan kata pd DS Anwar..sudahlah peliwat. Kah kah kah..bodoh punya ayat. Panjang lebar DS Anwar dedahkan pembaziran BN, kewajipan pemerintah pd rakyat, jgn curi harta negara dn mcm2 hal lagi penyelewengan UMNO, pencacai hanya jawap..sudahlah peliawt.kah kah kah..bodoh punya melayu. Contoh jelas Ummi tu ler. Anak dara sunti sapa ntah.
ReplyDeleteAnwar sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku. Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah
ReplyDeleteTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong mendakwa transaksi RM1 bilion oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor sebagai amat mencurigakan.
ReplyDeleteAnwar bercakap selolah dia pun tidak ada kroni..
ReplyDeleteAnwar tidak terlibat dalam kejatuhan PBS dulu?
ReplyDeleteJangan hipokrit la. Kalau PR di tempat BN pun akan buat benda yang sama.
ReplyDeletededah DS Anwar. Jgn tak dedah. Kamu lah pejuang sebenarnya. Kesalahan kamu ( kalau ada masa dlm UMNO dulu ) boleh ditebus pada masa sekarang. Kami tau masa kamu Ment.Kewangan dulu, banyak menteri UMNO tak suka trmasuk Tun M kerana kamu brhemah dlm meluluskan perbelnjaan negara sehingga puak2 umno kekeringan fulus. Syabas DS Anwar.
ReplyDeleteTakkan menteri/timb ment. BN nak puji pengurusan kewangan kerajaan PR. Standard le tu. Ingat tak yg Ketua Audit Negara puji kesemua negeri PR dlm cara melakukan tadbirurus kewangan negeri ? Takkan dah 'hilang ingatan' kot.
ReplyDeleteRuj : Onany July 5:12.04 pm
satu lagi, ingat tak teman2 suma. Kes arwah Jalil Ibrahim, seorang pengarah BBMB ( Bank Bumiputra ) yg mati dibunoh diHong Kong oleh juak2 umno. Sebenarnya Jalil tu kesana sebab nak siasat isu penyelewengan wang dlm BMF oleh geng2 umno waktu itu ( PM ialah Tun M dan Tg Razaleigh sbg Menteri Kewangan ). Apa jadi kes pembunohan berprofile tinggi tu? Pendek kata dimana ada UMNo disitu ada SIALnya.
ReplyDeleteada lagi tv3 suku main tajuk..anwar diseru saman ummi jika betul tidak brsalah. Adohh,umngok nih. Tak habih2 bahalolnya. Taktik bodoh tu dah takleh pakai hoii..Kalau anwar takmau saman dia punya pasal le,kalu nak saman pun dia punya hak. Tak perlu ada org lain yg tolong 'peringatkan'.
ReplyDeleteAnwar sedarkah apa yang dicakapkannya ini? Bagimana pula cerita Anwar semasa menjad TPM dulu yang memberikan Azmin kekayaan.
ReplyDeleteBiarkan Anwar dengan diri dia yang tidak tahu arah sudah ini.
ReplyDeleteApa kata Anwar dengan pendedahan RPK tentang projek RM250 juta untuk kroni PKR Selangor??
ReplyDeleteAnwar bercakap seolah2 pemimpin pembangkang tidak pernah memberikan projek kepada kroni mereka.
ReplyDeletemenipu saja la kerja si Anwar ni.. agaknya dia mau highlight yang dia benar2 Anugerah Tuhan..
ReplyDeletebersih sangat ka Pakatan? macam mana boleh berlaku penyelewengan tender rm600 juta di Kedah? macam mana MB selangor boleh menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman adun seri muda??
ReplyDelete