Saturday, July 7, 2012

Najib Tangguhkan PRU Kerana Skandal Scorpene?

Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene.

Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai.

Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia.

“Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan.

“Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel.

“Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia.

“Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO,” jelas Manthorpe seperti dipetik.

7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris.

Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. -KD

15 comments:
Write comments
  1. Datuk Najib kata beliau akan meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh lima tahun.

    ReplyDelete
  2. Dr Mahathir juga memberi sokongan kepada keputusan Datuk Najib unuk menangguh PRU-13. Terpulanglah kepada PM bila masa yang sesuai unuk mengadakan PRU.

    ReplyDelete
  3. up to u, dato sri! bila2 pun boleh. *negara, pengurusan + seluruh kekayaan malaysia ini, di bawah kuasa u! i sekeluarga tetap ikhlas dgn dacing! pastii!!!!!

    ReplyDelete
  4. I setuju dato seri kalau u nak sapu licin duit negara utk u,rosmah dan anak2 u tu . I tak suka anwar ibrahim kerana asyik dok dedah tentang u yg hari2 curi negara. I tak suka tau org buat macam tu kat u. I rela negara bangkrap asal bukan u sekeluarga dan kalu u tak cukop duit ..talipon i ye. i sekeluarga tetap ikhlasss dgnnn...zzzz

    ReplyDelete
  5. zzz..zzz. Hai ,dah tidor ke? Sambong le nak dengor nih.

    ReplyDelete
  6. pasti ramai rakyat ternanti-nanti pengumuman PRU13.

    ReplyDelete
  7. PRU13 akan tiba juga tu.. tahun depan mungkin kan...

    ReplyDelete
  8. Alaa... lambat lagilah cukai GST dilaksanakan yang Najib kata akan dilaksanakan selepas PRU13 kalau tidak dilaksanakan negara akan bangkrap kata Idris Jala.

    ReplyDelete
  9. kalu tanya barua umno..dia tak faham apa itu GST. Dahlah bahasa omputih lepas tu indah bunyinya. Tak spt ayat memaksa cuma GOVERMENT SERVICE TAX, itu jer. kalu tanya siapa sokong dan siapa bangkang..confirm yg sokong tu barua umngok le.

    ReplyDelete
  10. tak perlu nak percaya kandungan akhbar tu.. dia bukan tau keadaan politik Malaysia.

    ReplyDelete
  11. Ada-ada saja. Cakap banyak pun tiada guna bila PM sendiri yang akan tentukan bila PRU13 diadakan.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu apa yang PM akan lakukan untuk PRU 13 ini nanti.

    ReplyDelete
  13. macam2lah spekulasi ni..

    ReplyDelete
  14. Najib tangguhkan PRU?? sudah habis ka tempoh 5 tahun hingga terdesak menggunakan perkataan "tangguh"?? inilah bukti2 pembohongan pihak2 ro pembangkang..

    ReplyDelete
  15. ketika ada ura2 pilihanraya mahu diawalkan, pemimpin2 pakatan juga yang tidak setuju.. hinggakan sanggup mengadakan pilihanraya berasingan dengan kerajaan pusat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.