Komuniti online, termasuk blogger tempatan, menimbulkan beberapa persoalan misteri mengenai penahanan oleh polis terhadap blogger uncleseekers.blogspot.com.
Semua persoalan berkenaan menyentuh secara langsung soal ketelusan undang-undang di negara ini dalam konteks menangani isu rakyat dan mereka yang berkuasa.
Blog itu dipercayai dikendalikan Syed Abdullah Hussein Al-Attas, anak kepada penulis buku politik popular, Syed Hussein Alattas.
Blogger itu ditahan polis pada 5 Julai 2012 dipercayai ada kaitan dengan entri di blognya yang menyentuh kerabat diraja Johor.
Tinjauan inimajalah.com.my di Internet mendapati, antara persoalan yang dilontarkan ramai komuniti online sama ada menerusi blog, forum atau laman sosial, termasuk Facebook dan Twitter ialah:
1. Apa jadi dengan semua dakwaan yang disenaraikan blogger uncleseeker.blogspot.com?
Ini kerana blogger itu kini ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan komuniti online beranggapan ia akan menyebabkan ada kemungkinan semua dakwaan terbabit ‘terpadam’ begitu sahaja.
2. Apakah polis akan membuat siasatan dan tuduhan di mahkamah berhubung semua dakwaan di dalam semua entri berkaitan di uncleseeker.blogspot.com?
Ini kerana, komuniti online beranggapan, jika siasatan dan dakwaan dibuat membabitkan secara langsung semua dakwaan sebagaimana di dalam entri berkaitan di blog itu, sudah tentu lebih banyak ‘fakta’ (jika benar wujud) akan terbongkar.
3. Mengapa tiba-tiba blogger uncleseekers.blogspot.com dikaitkan dengan kesalahan mengambil dadah jenis morfin? Mengapa media perdana lebih berminat menguar-uarkan perkara ini berbanding pelbagai dakwaan blogger itu sebagaimana di dalam blognya?
Ini kerana, sesetengah komuniti online beranggapan, ia mungkin bertujuan memburukkan imej blogger itu.
4. Mengapa pihak yang dituduh tidak tampil membuat penjelasan atau membela diri?
Ini kerana, berbanding kes nota Twitter oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan plat kenderaan WWW1, baru-baru ini, komuniti online menilai pihak yang kena tuduh oleh blogger uncleseeker.blogspot.com gagal membuat penjelasan atau membela diri.
5. Mengapa seorang wanita lain, dilaporkan sebagai teman wanita bloggger terbabit, turut ditahan polis? Adakah menjadi amalan polis menahan sesiapa sahaja yang ada bersama ketika seseorang yang disyaki, ditahan?
Ini kerana, rata-rata komuniti online tidak jelas apakah tuduhan atau kesalahan yang mahu dikaitkan dengan wanita berkenaan.
Sebahagian persoalan misteri yang dilontar komuniti online itu dapat dibaca di sini dan di forum ini, manakala sebahagian lain boleh ditemui di pelbagai pos dan komen di Facebook serta Twitter.
Tidak semestinya semua dakwaan blogger uncleseekers.blogspot.com adalah benar dan tepat. Namun, rakyat sedang memerhati dengan amat rapat dan penuh minat untuk menilai satu lagi ‘episod berantakan rakyat dan penguasa’!
Rakyat mungkin akan memberikan markah berdasarkan pemerhatian itu pada pilihanraya umum ke-13 (PRU) kelak.
– inimajalah.com.my"
Sunday, July 8, 2012
Penahanan Uncleseekers: Komuniti online timbulkan persoalan misteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap tidak ada apa2 yang berlaku terhadap beliau. Mungkin amaran lisan yang akan diberikan.
ReplyDeleteJika berlaku apa2 yang boleh membahayakan nyawa saya rasa beliau patut dihukum tetapi jika tidak, berikan saja nasihat atau amaran lisan.
ReplyDeletesebelum tangkap beliau..apa kes sebenarnya? Oo,dia mengata kpd sultan tapi mana repot polis yg sultan buat dan kenapa sultan cam tiada apa2 pun. Ini kes lebih sudu dari kuah.
ReplyDeleteKes uncle seekers tu samar2. Lebih baik ada siasatan dengan teliti.
ReplyDeletekepada semua bloger perlu lebih berhati-hati,kebebasan di M'sia masih tertakluk dalam undang2.
ReplyDeleteDulu bukan ada gosip dengan bekas permaisuri Aishah ke?
ReplyDeleteSesiapa yang membuat kenyataan pasal kerabat diraja perlulah berhati-hati kerana silap sikit akan dikenakan hukuman.
ReplyDeleteMengkiritik Raja-raja Malaysia boleh dikenakan hukuman penjara.
ReplyDeletebiarkan ia disiasat.. kta tgk keputusannya.
ReplyDeletekebebasan bersuara ada batasnya juga. jgn sampai melanggar undang2.
ReplyDeleteApa yang menyebabkan uncle ini ditangkap oleh polis. Sedangkan cuma seorang pengiat paranormal.
ReplyDeletepolis buat tangkapan itu bukan ikut suka hati.. ada 7 laporan polis dibuat sebelum tangkapan dibuat..
ReplyDelete