Monday, July 16, 2012

PM jemput rakyat kemuka idea Bajet 2013



Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.

Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.

Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk 'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

NONE"Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak kerajaan persekutuan selaku menteri kewangan. Pada saya, adalah penting agar rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baharu yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia," kata Najib dalam blog beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata platform itu akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik iaitu kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat.

"Pada masa ini, kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita," katanya.

Untuk mencapai matlamat ini, beliau berkata kerajaan perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi.

"Kita sudah pun membuat permulaan yang kukuh di mana LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil, dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat
seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan baucar buku.

"Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini," katanya.

- Bernama

42 comments:
Write comments
  1. haji logiut najib; knp negara membeli perahu scorpene dgn harga yg jauh lebih tinggi drpd harga sebenar???

    ReplyDelete
  2. Ini semua cerita lawak jer! Buat camni kononnya nak ambil hati rakyat & nak tunjukkan bahawa kerajaan perihatin. Klau kerajaan benar2 perihatin, x la berlaku inflasi teruk sejak 2 menjak ni. & x la ekonomi kita semakin teruk & peluang pekerjaan semakin x ada. Ini semua kembali pd sikap kerajaan itu sendiri, samada mereka telus menguruskan harta & kewangan negara ataupun x. Kerajaan yg telus & amanah, akan menjadikan rakyat sejahtera & terpelihara kebajikannya. Smentara kerajaan yg x telus & amanah, timbullah sgala mcm yg berlaku hari ini, dari kenaikan harga barangan, hutang negara semakin meninggi, peluang pekerjaan menyusut dll lagi episod yg buat rakyat sengsara. Ini blom nak dikira gst yg bakal dilaksanakan sekiranya bn masih menerajui negara lepas pru13. Sudah2 la episod drama nak ambil hati rakyat. Serahkan sj kerajaan pd PR (melalui PRU13) dgn aman, maka PR akan perbaiki sgala kebejatan & kerosakan yg telah dilakukan oleh bn...

    ReplyDelete
  3. EH EH,, banyak cantikkkkk??? hari2 tekan rakyat yang bawah2 ni dgn kenaikan harga barang, skandal berbilion2 rasuah bagai, tiba2 nak suruh kita plak pikir idea camana nak bentangkan bajet, abis tu apa peranan kamu sebgi kerajaan sbnya??duduk makan berak cangkung saja kaa???kahkah

    rakyat marhaen yg lain banyk lagi nak pikir hal keluarga hal anak hal barang keperluan dan lain2..yang kamu pula ada x idea camana nk tolong rakyat yg susah2 ni??ingat iklan dekat tv tiap2 malam bagi rm500 terus selesai masalh hidup??kahkah,,

    ReplyDelete
  4. Dalam bajet 2013 ini Kak Rosmah ada suruh masukkan bajet seluar dalam baju dalam semua pakaian dalam dan kelambu lagikah Ajibgor

    ReplyDelete
  5. mmng cilaka pon bn ni..gst mmng sudah dlaksanakan..cek bil maintenance keta n lain2 semua dh ada gov tax 6%..kemahiran pekerja kedai yg melakukan kerja,yg di cas pulak pada kita ni sbgai penguna..tauke2 untung..yg kaya makin kaya yg miskin dtekan utk bayar kemahiran mereka yg melakukan kerja..ni apa punya dasar bangang ni?aduhai najib...RAKYAT TAK SABAR2 NAK PECAT KO N UMNO!!!

    ReplyDelete
  6. kurang 10% rakyat bayar cukai.negara sering mengalami defisit buget dan sekarang tahap susah diurus oleh bapak menteri.asyik2 perbekalan tambahan dlm sidang dewan rakyat di parlimen.tambah2 dekat PRU.ayat di atas macam nak kenakan cukai pada rakyat je.habis lah rakyat malaysia kalau BN menang lagi.nak cover balik defisit yang dah rentung.ABU

    ReplyDelete
  7. Saya cadangkan turunkan harga barang, turunkan kos sara hidup dan naikkan pendapatan rakyat. Turunkan dan Kurangkan cukai , Hapuskan rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang awam. Jangan beri kontrak dan tender kepada kronisme dan berdasarkan nepotisme. Jangan boros belanja perjalanan ke luar negara.

    ReplyDelete
  8. ksian LHDN mcm burger trsepit tngah2 dari atas ditekan oleh krajan kena kutip cukai 120B dlm waktu yg sama para pmbayar cukai marah LHDN balik krna wang mereka disalah gunakan...

    ReplyDelete
  9. ramai orang2 sabah ni x bersyukur & kurang ajar pada pemimpin??!! mcm ni la, korang kempen la sabah kuar dari malaysia. aku syorkan kita semua pakat baik2! staf2 dari malaya balik semula ke malaya! bangunan2 pusat otomatik negeri amik tanpa bayar apa2.

    jika malu, sabah masuk la brunei..atau filipina..atau singapura...atau indonesia..atau jepun.. atau amerika (mcm hawaii)! xplu lah malaya belanja besar setiap tahun ke sabah lg.

    pastu korang up lagi harga sawit kpd rm1500 satu tan! ok? air free. x cukai pintu, brgn bebas cukai, bagi gaji tinggi2. lantik pairin @ Jeffri jadi ketua negara. BI & agama bebas!

    malaya xplu sabahan yg berhati busuk, individualistik & kurang ajar! PR pula mmg putar alam. tengokla selangor- kes air, cukai pintu, harga rumah, pengurusan IPT, jalan2 berlubang, sampah2..negeri yg mewah dah kotor dan jatuh prestasi ekonomi!

    so, sabah keluar la dari malaysia!! aku makin benci sabah! di sabah juga ramai org2 jahat

    ReplyDelete
  10. Rakyat patut mengambil peluang ini untuk mengemukakan idea-idea yang berguna untuk bajet 2013 ini.

    ReplyDelete
  11. Ini cara yang baik untuk mendapatkan pendapat dan cadangan daripada rakyat untuk kebaikan negara.

    ReplyDelete
  12. siapa ada idea.. sumbangkanlah idea anda.

    ReplyDelete
  13. masuk Sabah kena pakai passport yoopp. Mcm nak pi Indon lak yer..

    ReplyDelete
  14. mcm2 pok jib nih..dah buang tabiat ke? Tak pernah Msia ada PM senakal nih.

    ReplyDelete
  15. Peluang keemasan untuk rakyat memberikan pandangan.Rakyat didahulukan!

    ReplyDelete
  16. Baguslah beri peluang kepada semua untuk kemukakan cadangan @ pendapat.

    ReplyDelete
  17. Digunapakai @tidak, yang penting ada kemukakan pandangan.

    ReplyDelete
  18. org malaya dah brlambak di sabah telah menutup pluang pkrjaan kpd muda mudi sabahan...ditambah pulak dg kmasukan pti dan pti wrgangara...

    ReplyDelete
  19. saya trtarik dg komen di atas yg berbunyi "ramai orang2 sabah ni x bersyukur & kurang ajar pada pemimpin??!!" - sbenarnya org2 sabah mmang mnghormati dan mnghargai pmimpin tapi skiranya pmimpin telah mrompak khazanah, hak rkyt sabah dinafikan, pluang2 pkrjaan muda-mudi dirampas oleh org malaya...kalau sudah mmijak kpala kami jgnkan hormat pmimpin..kalau skadar org malaya biasa jak kami ludah baa muka kau ramai2...ptuii..

    ReplyDelete
  20. di smnjung rasa xpuashati mereka dijelmakan melalui demontrasi...suatu ktika kelak pabila rasa xpuashati sabahan hnya dipandang ringan oleh KL tindakan melebihi brdemo pasti mnjelma...

    ReplyDelete
  21. org2 sabah memang tidak bagus! aku org malaya bawahan ni di sabah tau sangat. nak cemerlang pun KJ sabahan tak bagi walau kerja excellent & setengah mampus! atas alasan ikut turn, bha. kami cari org2 sabah dulu, pas tu baru kamu dpt! jadi, kendurlah semangat aku. nak pindah, asyik xdapat2. padahal yg dapat cemerlang boleh diragukan i.c. nya! bangsa filipin lagi..anti BN juga. biar x buat kj, yg penting dokumentasi cantik.

    guru2 sabah biar pelajaran amat tidak logik..anti kerajaan sj. terutama org2 bugis. jika di malaya, sudah kena tukar sekolah! tp di sini BN diam sj. terbuka dgn org2 sabah lah konon!

    ReplyDelete
  22. Harap2 bajet 2013 lebih baik daripada bajet 2012 dan Sabah mendapat manfaat yang banyak

    ReplyDelete
  23. PKR pun banyak seleweng duit..Beli 4 plot tanah tapi 82% adalah kawasan air tapi bayar mahal2.

    ReplyDelete
  24. Tok Jib dalam bajet 2013 masukkan sekali bajet Perempuan Rakyat 1Malaysia (PRIM) untuk lelaki bujang dan lelaki tak cukup isteri ya. Mana-mana lelaki yang nak tambah bini atau lelaki yang belum kahwinn kerajaan kasih kahwin dalam program PRIM. Amacam siapa setuju?

    ReplyDelete
  25. BN makin tolol saban waktu tapi mereka tak perassan punn..

    ReplyDelete
  26. Ada pihak mencadangkan Minyak 1 Malaysia. bagaimana Datuk? Cadangan ini rasanya baik juga untuk rakyat.

    ReplyDelete
  27. Pertimbangkan idea bajet yang relevan dan sesuai untuk negara

    ReplyDelete
  28. PR sumbangkanlah idea kamu

    ReplyDelete
  29. ON Sept 28, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will table the budget for 2013, which is his fourth budget since he took the helm in April 2009. The 2010 Budget was his first with the theme "1Malaysia, Together We Prosper", followed by 2011 Budget ("Transformation Towards a Developed and High-Income Nation") and 2012 Budget ("National Transformation Policy: Welfare for the Rakyat, Well-being of the Nation").



    ReplyDelete
  30. The 2013 Budget, which is Malaysia's short-term development plan, must be seen in the context of Malaysia's five-year economic blueprint -- the 10th Malaysia Plan (10MP) -- which covers the years from 2011 till 2015. The 10MP incorporates both the "way of thinking" of the Government Transformation Programme , which outlined the six (now seven) National Key Result Areas and the New Economic Model (NEM). Under 10MP, 12 National Key Economic Areas have been identified and are now being put under the Economic Transformation Programme.

    ReplyDelete
  31. The 10MP, on the other hand, must be viewed in light of the long-term development plan of the National Transformation Policy (NTP), which spans the period from 2011 until 2020 and the fourth National Outline Perspective Plan (NOPP). The NTP, which was announced during the 2012 Budget, will supersede the National Vision Policy, which began in 2001 and ended in 2010, whereas the NOPP will replace the Third Outline Perspective Plan, which covered the period from 2001 to 2010.

    ReplyDelete
  32. Acronyms aside, there are essentially two crucial aims that the past three budgets were trying to achieve, that is, to manage the increasing cost of living and to transform the economy to become a developed and high-income country in 2020. Therefore, I would expect strategies, programmes, and initiatives crafted in the 2013 Budget to again be directed towards achieving these two aims.

    ReplyDelete
  33. As for the aim of managing the soaring cost of living, it is important that the strategies and programmes formulated for this coming budget be less of a temporary, quick-fix and one-off aid basis. Instead, the government should find ways to increase the purchasing power of the people and stimulate domestic consumption in such a way that can reap the highest multiplier effect in the economy. Examples of these measures are: reducing personal income tax and increasing the real property gains tax.

    ReplyDelete
  34. The other strategy is to create a more competitive environment in the market. The non-competitive market structure, such as monopoly and oligopoly, are still prevalent in certain industries and has caused unnecessary hikes in goods and services. The recent increase of cement prices on Aug 1 by RM1 per bag of 50kg or RM20 per tonne is a case in point, where the cement market has an oligopoly market structure.

    ReplyDelete
  35. By promoting competition in the market, like imposing regulations and doing away with protectionist measures, firms are forced to compete, and this would eventually increase the level of productivity and efficiency. As a result, not only would prices go down, but wage rates would go up.

    ReplyDelete
  36. With regard to the second aim, that is, in an effort to transform the economy to become a developed and high-income country, first of all, a very fundamental question needs to be asked: is becoming a high-income economy equivalent to transforming the economy? Well, it may be, but it certainly is not identical. This is just a transitional process and not exactly transforming the economy.

    ReplyDelete
  37. Transforming the economy must mean that the following issues are being addressed convincingly: money politics, corruption, cronyism, nepotism, favouri-tism, leakages, abuse of power, market inefficiency and unequal distribution of wealth. To transform the economy, it requires more than just achieving the numbers and statistics targeted.

    ReplyDelete

  38. Therefore, measures and strategies on structural and institutional reforms are needed in the 2013 Budget to really transform the economy. Towards this end, it is timely for the government to reconsider again the setting up of the Equal Opportunities Commission that was proposed in the New Economic Model Part I blueprint. This commission can promote inclusiveness in the economy, eventually enhancing Malaysia's global competitiveness.

    ReplyDelete

  39. In addition, the 2013 Budget needs to further detail the six strategic reform initiatives introduced with a specific objective of enhancing Malaysia's competitiveness level. Besides this, other initiatives need to be introduced such as strengthening the regulatory framework, advocating transparency and accountability, introducing an open tender system, reducing barriers of market entry and democratising the access of information.

    ReplyDelete
  40. The other issue is about tax reforms. The 2013 Budget cannot be silent when it comes to the Goods and Services Tax (GST), a broad-based tax system which can enhance government revenue in future. I am not expecting the government to introduce the GST next year, but the government should at least give a clear time-frame on when it is going to be put in place to substitute the current Sales and Services Tax (or SST) system.

    ReplyDelete
  41. In transforming the economy to become a developed and high-income country, the 2013 Budget must reflect the spirit and aspirations of Vision 2020, as outlined by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad in February 1992, which is to make Malaysia "a united nation, with a confident Malaysian society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic, robust and resilient".

    ReplyDelete
  42. In analysing the budget, it is impossible to detach its relationship with the timing of the 13th general election which must be called before April next year.Therefore, It can would predict the budget to be an election budget, but hope that the measures will be less populist.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.