Walaupun diisytiharkan haram dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meramalkan tidak ramai yang datang, lautan orang ramai berpakaian kuning membanjiri Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai perhimpunan 'Janji Demokrasi'.
Walaupun Dataran Merdeka sendiri telah ditutup untuk persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.
Malaysiakini menganggarkan 10,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.
Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.
Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Namanya itu sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.
Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.
Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan
berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.
Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak. -MK
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan "menyiasat kemudian" sama ada pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said telah melanggar undang-undang dengan membaca sajak.
ReplyDeleteAduhai Malaysiaku tercinta membaca puisi satu kesalahan? Tarian K Pop separuh bogel tak salah pula. Nanti konsert pun akan disiasatkah?
Pesta Bikini tak siasatkah abang Polis atau pesta itu UMNO larang kacau?
ReplyDeleteBila dkata ANJING UMNO marah. Tapi itulah hakikatnya.
ReplyDeletePesta Bikini dan Tarian K Pop separuh bogel ajaran UMNO macam UMNO mengajar UTUSAN Melaysia miliknya menyebarkan fitnah walau terang-terangan dalam surat Al Baqarah mengatakan Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Tapi itulah ajaran UMNO.
ReplyDeleteKan dah kata, bila takde huru hara dek himpunan tu...SB akan 'karang' satu citer burok jugak. Apa dia? Kan ada kes gambor Kak Ros dgn PM kena kencing. Logik ke peserta himpunan tu nak buat? Elok sapa yg trlihat bnda tuh...segera maklum kpd pihak penganjur tentang maklukh perosak yg kencing berdiri tuh. Senang nak counter attack.
ReplyDeletedeklamasi sajak pun melanggar undang2 negara? mcmana dgn sumpah laknat bohong dlm masjid???
ReplyDeletekalau rakyat Sabah buka mata hati atas kepincangan UMNo/BN yg barlaku saban waktu, insya allah BeEnd cepat trkubor dr persada politik. Ayuh, rakyat sabah yg dah cerdik, kita ganyang BeEnd hingga ke liang lahad. UMNO/APCO kata pambangkang rosakkan nagara, sabanarnya mareka tu yg rosakkan nagara.
ReplyDeleteSudah ada carita yg mangatakan gambar PM dpijak. Parkara itu jelas kerja jahat BN bg mefitnah penganjur program. Carita itu utk dsajikan kapda org umno dan mareka parcaya( kan mantan PM kata yg bodoh masuk umno ). Mareka sanang2 akan parcaya gila ituh. Karja pambangkang katanya.
ReplyDelete** Raja Sulu'
Perhimpunan kuning saja mencabar pemerintah dan pada masa yang sama menarik undi rakyat.
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan segala kata-kata pembangkang
ReplyDeleteKerajaan harus lakukan sesuatu untuk menyelesaikan msalah yang timbul.
ReplyDeleteJika tidak ada perkara yang berlaku tidak akan ada perhimpunan, jadi cari punca kepada perhimpunan mereka ini.
ReplyDeletepembangkang ni hnya tau nak buat kecoh saja.
ReplyDeleteHOOLIGANS! dressed in Bersih's uniform stamping arrogantly on the portrait of the prime minister and his wife at Dataran Merdeka in a video that has gone viral!
ReplyDeleteThe "kurang ajar" idiocy of stamping on portraits or the perfidy of brazenly unfurling a new flag.The insanity, no matter how it is justified or explained, can only originate from that one man still fantasizing about wresting Putrajaya, now of course with the idea that he, knowing that he is losing steam with the electorate, will just about commit any ghoulish act to stay relevant or, in his current survival mode, to stay above water!
ReplyDeleteMerdeka's sanctity is still pure, but not any more for these ruffians. Now, the twisted ideology for them hurtling in the stream of unadulterated hate for the establishment is that they will taint everything that is good about Malaysia to mirror their rage. Nothing will be sacred or respectful any more.
ReplyDeleteJanganlah jadikan demonstrasi sebagai budaya kita. Oh tidak!
ReplyDeleteKita mahukan negara yang aman dan tenteram, bukan negara yang penuh kekecohan.
ReplyDeleteKalau baca puisi haram kalau dalam ucapan panggil orang haramjadah halal. Hairan dengan negaraku Malaysia!
ReplyDeleteSemua la nak diharamkan. Yang sepatutnya haram tak pula diharamkan.
ReplyDeleteDemonstrasi bukan budaya kita. Budaya kita orang UMNO ialah menayang video lucah seperti yang dato 3T lakukan di carcosa sri negara. Faham!
ReplyDeleteSatu aku nak gariskan kat sini. KENAPA BENDERA MALAYSIA ni jalurnya sama dengan BENDERA USA ?
ReplyDeletehantam sajalah labu!
ReplyDeleteorang ahu sambut kemerdekaan pun mahu kacau ka?? meluat betul tengok ngo pro pembangkang ni..
ReplyDeletepatutlah sambutan kemerdekaan menjadi hambar.. rupanya pembangkang buat demonstrasi masa tu..
ReplyDeleteKesilapan paling besar.. bila pejuang dikatakan petualang dan bila pemimpin korup diangkat menjadi pemerintah.. MASA utk BERUBAH!!
ReplyDeletementeri nyanyi lagu JANJI DITEPATI x salah tapi Pak Samad baca puisi JANJI DEMOKRASI kena panggil polis...apa jadah semua ni ???...
ReplyDeleteada yang tidak puas hati mesti buat demonstrasi. inilah budaya yang merosakkan keamanan negara.
ReplyDeleteharap2 tiada macam ni waktu 16 September nanti.
ReplyDelete