Thursday, August 23, 2012

Minit mesyuarat bocor: DAP vs PKR?

DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".

Beliau turut menafikan dakwaan pemimpin PKR tersebut, seperti yang dipetik dalam dokumen berkenaan, bahawa DAP ingin bertanding di lebih banyak kerusi di Pulau Pinang serta kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru dengan parti dalam Pakatan Rakyat.

"Segala komen berhubung susunan kerusi di Pulau Pinang yang dilaporkan dalam portal berita itu hanya dibuat dalam konteks perbincangan pilihan raya dalaman PKR dan tidak mencerminkan realiti sama sekali," kata Chow yang juga anggota majlis kerajaan negeri.

Chow mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.

Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu.

Menurut dokumen tersebut, beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP.

Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan. -MK

14 comments:
Write comments
  1. PEMBACA SEKALIAN, MINIT MESYUARAT HANYA BUTIRAN APA YG DIBINCANGKAN DLM MEETING...SEMUA MESYUARAT ADA PRO DAN KONTRA,,,,, MESYUARAT UMNO 2008 PUN TERKANDUNG USAHA-USAHA NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA UNTUK REBAHKAN PAKLAH.......MINIT MESYUARAT PR YG BOCOR TIDAK MENGANDUNGI KEHILANGAN WANG RAKYAT 250JUTA...................​.........................m​ari kita bandingkan minit mesyuarat NFC yang melesapkan wang lembu sebanyak 250juta dlm sekelip mata..........mana lebih parah tuan-tuan?? melesapkan wang rakyat ataupun perbalahan pendapat??? jawap2

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat pembangkang tidak sehaluan. pembahagian kerusi pun mau berebut2.

    ReplyDelete
  3. Tidak lama lagi LGE akan 'turun pangkat' kalau makin ramai yang tidak menyukai beliau.

    ReplyDelete
  4. Lim Guan Eng tu sebenar lebih baik dr semua YB2 dlm UMNO tu. Cuma masalah brlaku dlm minit mesyuarat tu ,tak tau ler citernya. Harus diingat, PKR tu asalnya dr uniform merah ( umno ) nun. Setakat ni, orang yg tahan diuji dr kalangan PKR hanya sorang dua jer dr beratus2 YB atau bekas calon YB. Yg lain tu...dah melingkup ntah kemana. Jadi kalau minit mesyuarat tu 'pecah' tiada lain dr PKR tu jugak rasanya. Kan Timb Ketua Menteri yg sebelum ni pun kantoi oleh parmainan umno.

    ReplyDelete
  5. Akhirnya DAP dan PKR bimbang dengan apa yang berlaku. Kebocoran minit menyebabkan mereka ini runsing.

    ReplyDelete
  6. DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

    Bagaimana minit mesyuarat itu terbocor, saya pun nak tahu juga. Harap DAP boleh mendapat penjelasan daripada PKR. Mungkin PKR sengaja sabotaj DAP.

    ReplyDelete
  7. Mungkin berlakunya perlawanan 3 penjuru pada PRU-13 di Pulau Pinang, mesti menarik kalau begitu. Kita tunggulah dan lihat nanti.

    ReplyDelete
  8. Encik Mansor, kalo setakat sedaq mulut, tak ngapa...biasala tu...masing2 ada pandangan diri sendiri terhadap seseorang yang dikenalinya...tapi ingat kalo pandangan "negatif" Encik Mansor tu terhadap saudara LGE menjurus kepada kepentingan dan kesejahterahaan Rakyat secara keseluruhannya, maka ako secara peribadinya melihat hal sebagai masalah remeh....penting lagi sasaran utama PR iaitu Road To Putrajaya....tumbangkan umgnkok-beend di PRU13.....

    ReplyDelete
  9. Ini episod retak menanti belah ke?

    ReplyDelete
  10. Orang tamak selalu rugi. Sama juga halnya bila terlalu tamakkan kuasa.

    ReplyDelete
  11. dari luar nampak baik saja konon.. dari dalam penuh dengan konflik..

    ReplyDelete
  12. memang betullah LGE angkuh.. makin lama dia jadi KM Pulau Pinang, makin tinggi keangkuhannya.. boleh pula dia mahu tuntut kemerdekaan untuk pulau pinang...

    ReplyDelete
  13. Pasti orang dalam PR sendiri yang membocorkan minit mesyuarat.

    ReplyDelete
  14. Ada duri dalam daging dalam PR.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.