Friday, August 31, 2012

Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula

Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan




20 comments:
Write comments
  1. OOoo..ni ke bas yg dserang oleh balaci2 umngok tuh?

    ReplyDelete
  2. Lepas serang bas nih...DS Anwar kena 'serang' pulak dek Perkosa dAlor Setaq. Maknanya bas yg kena pecah cermin di Kota Bharu tu, confirm angkara Perkosa Kelantan. Haii..Perkosa,Perkosa. Kan DS Anwar tu nak jelajah negra utk sampaikan maklumat trkini kpd rakyat. Ia selaras dgn Perlembagaan Persekutuan. Jika Mahkmah Agung pun tak kacau, apalah pula Perkosa tu nak marah.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  3. Jelajah la 1M'sia, tiada siapa juga yang larang. M'sia negara demokrasi.

    ReplyDelete
  4. PR dah mulai berkampen nampaknya

    ReplyDelete
  5. Malaysia’s younger generation were the toast of the country’s 55th Independence Day (Merdeka) celebrations at Dataran Merdeka Friday evening.

    ReplyDelete

  6. Expressing pride over the enthusiasm shown by Malaysians, particularlythe younger generation, at the celebrations, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said such spirit could boost the country’s image.

    ReplyDelete

  7. “It shows the younger generation’s appreciation of unity despite the diversity among them,” he said when met after the grand ceremony. He also noted that the crowd was much merrier than in past celebrations.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga untuk mendekati para rakyat.

    ReplyDelete
  9. Semoga usaha ini dapat menaikkan semangat orang ramai betapa pentingnya kemerdekaan.

    ReplyDelete
  10. pembangkang mmg dah berkempen sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  11. Tidak tahulah sama ada Pakatan mampu mendapatkan Putrajaya pada PRU-13, kalau tidak, baik Anwar Ibrahim bersedia untuk turun.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggulah dan lihat pada Pilihan Raya ke 13 untuk menentukan kerajaan Malaysia 5 tahun selepas ini.

    ReplyDelete
  13. Bas inikah yang disimbah dengan cat merah tu?

    ReplyDelete
  14. Mana pahlawan PERKASAM tu tatkala masyarakat tmpatan diganggu oleh mat2 negro dkebanyakan apartment atau taman perumahan. Contoh dah brlaku dNeg Sembilan tempohari. Siap brparang lagimahu bunoh rakyat tempatan. Mana pahlawan2 Perkasam tuh. Nak panggil Persatuan Veteran Tentra buat tarian punggung tak boleh. Kena mat negro punya ANU tu, tak tidor malam set2 veteran tuh.
    Tak payah nak serang DS Anwar yg jelajah negara. Itu agneda politik PKR. Kalau UMNO nak buat pun, buat lah. Kita dlm negara demokrasi.


    ** bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  15. Jelajah DS Anwar dcemari lagi oleh adegan serangan puak2 PERKASA Kedah yg mengganggu majlis tazkiran DSAI dsebuah masjid. Siap dgn akak2 sekali tumpng pekik pd DSAI. Tak malu yop. Kalu si ummi hafilda, takpe la survival beliau. Kalu umno yg ganggu jugak kita faham...musuh tradisi dlm pentas politik. Ini PERKASA. Ehh,eh,eh PERKOSA nih. Imam masjid pulak dpt amaran dr ketua depa,ntah dato mana ntah. Eh,eh,eh PERKOSA nih. Banyak lagi isu2 besar yg PERKOSA boleh cabar sebenarnya. Isu2 kezaliman kerajaan trhadap rakyat jelata, bukan dgn tunjukkan keBAGHALan di situ.

    **888

    ReplyDelete
  16. dalam PERKASA @ PERKASAM ada PAKIDA ... mereka ini adalah samseng jalanan yang menjadi pecacai UMNO yang sudah nazak. Mereka ini bukan reti nak buat kerja yang bermanfaat. Kerja mereka jadi jaga pusat-pusat hiburan, kedai2 minum arak, kedai judi tidak berlesen, kaki tarik kereta, kereta sewa sapu, mengambil peluang kenderaan rosak di jalan raya. Inilah kerja mereka selain dari menjadi orang upahan umno. Kalian boleh lihat sendiri cara hidup mereka ini.

    ReplyDelete
  17. pembangkang berkempen dari dulu? govt berkempen secara x rasmi sepanjang masa melalui RTM1-2, TV3, jab penerangan, media prima sdn bhd, etc tanpa sebarang halangan...2x5 laa.

    ReplyDelete
  18. jelajah tu jelajah juga.. nanti kalau kalah PRU jangan lupa bersara k..

    ReplyDelete
  19. dekat2 PRU baru berusaha mau mendekatkan diri dengan rakyat.huhu

    ReplyDelete
  20. semoga jelajah merdeka rakyat ni bukan untuk kepentingan politik semata2.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.