Wednesday, August 29, 2012

Isu Bapa Kafir: Mahkamah Tolak Permohonan Rahim Noor

Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.

Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.

Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'

Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.

Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"

Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.

Para peguam TG Nik Aziz yang diketuai Hanipa Maiden [tengah], Hisham Fauzi [kiri sekali] dan lain-lain

Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.

Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.

Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.

Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.

Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.

Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.

Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."


Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah. -HD

19 comments:
Write comments
  1. politik Negara sekarang ini semakin membingungkan rakyat. Pelbagai isu dimainkan untuk memburukkan pihak lain. Ini yang berlaku sekarang oleh pembangkang yang mengunakan isu seperti ini untuk menjatuhkan pihak musuh.

    ReplyDelete
  2. Star agak keterlaluan mengeluarkan kenyataan 'Nik Aziz is father of kafir' Harap mereka akan memastikan perkara yang sama tidak diulangi lagi.

    ReplyDelete
  3. Kebebasan bersuara juga ada batasnya, editor The Star patut tahu apa yang boleh dipaparkan dan apa yang mengundang kontroversi.

    ReplyDelete
  4. Kita memang ada kebebasan bersuara tapi sebaiknya ada batasannya juga. Bukan ikut sedah sendiri saja cakap bukan-bukan.

    ReplyDelete
  5. jgn mudah menggelar seseorang mcm tu

    ReplyDelete
  6. betul apa!!

    nik aziz memang kaki mengarut & menjatuhkan agama islam! setelah menguar2kan hudud, hukum ini dibiarkan macam tu aje..disuruh pula BN selesaikan, padahal BN amalkan kesederhanaan & maqasid syariah! kemudian dituduh BN kafir sebab x buat hudud di Malaysia.

    dah diberi peluang buat di Kelantan serta negeri2 Pakatan Raayat, ditentang oleh sekutu PR2! bising2 pula nak buat di seluruh Malaysia! keluarkan kenyataan bahawa hudud adalah usaha bersama org2 islam! Sapa yg engkar, kafir!! Perkara agama nih siapa islam yg tentang???! padahal hanya modal politik aje. penganut PAS dihukumkan - jangan baca media utama, padahal kemerapuannya terserlah dlm media2 utama. samanlah media2 ni jika menipu kau!!?

    skrg, hampir semua org di Malaysia dakwa syaitan pun manusia boleh berkawan. ini sebab kenyataan berani kau lah!

    ada sapa2 berani nak berbincang dgn aku bahawa nik aziz ni pro syiah & pro wahhabi! sapa yang tak cukup bukti jangan nak merapu menyokong membabi buta mahaguru kau orang tuh. ini mmg contoh ajaran sesat sebab penganut syiah bukan muslim!

    banyak kes yang menyebabkan nik digelar macam tu..tapi dia ni dah sakit2 & masuk wad di HUSM skrg! Rumah2 mewah, kereta2 mewah. Ceramah2 mewah! Maki Hamun mewah!! negeri kelantan je tak mewah! emas, balak & bijih besi buat tak tau aje! petroleum yg dijana secara kemas dan telus oleh Krj BNnak pula. MAKLUMLAH GOYANG KAKI!! padahal negeri kelantan penuh rasuah! didakwa RASUAH & TAWARAN HAJI/ UMRAH halal diambil wp oleh Tamrin / kroni Husam. raayat kelantan buat tak tau aje sebab pemikiran mereka pun tak sampai ke situ. semua perkara didakwa halal bagi pihaknya &b kafir bagi umno/BN!

    sejak dulu, sentiasa doakan Najib pecah perut & mati cepat darinya! Sekarang.. nak naik tangga pun payahh.. alahai mahagurumuuu

    paling sadis, statement Nik Aziz - Muhammad berhubung terus dgn Allah (nak tunjuk orang macam dia ulama yg hebat). mana malaikat jibril? allah di manusiakan! (duduk bersila di arasy)

    hudud x terlaksanapun, kita masih islam! Tapi ini janji2 PAS! aku nak tengok batang tubuh nik aziz bila dia meninggal dunia!??!

    ReplyDelete
  7. Ketua Polis yg lagak cam ketua gengstar...tak pernh kita dengar ngajor agama...bole pula kata bapa kafir kpd tok guru. Aduh dunia umno nih.

    ReplyDelete
  8. Nik Aziz mnyifatkan Allah sbg manusia!
    Nik Aziz mempengaruhi manusia berkawan/ berhubung dgn syaitan!

    Nik Aziz mendakwa Nabi Muhammad berhubung terus dgn Allah. tiada Jibril!
    Nik Aziz menggelar Nabi Muhammad sebagai Mamat/ Mat!

    Nik Aziz mengguna agama bagi menguasai minda,perasaan & zahiriah org2 Melayu hingga berpecah belah!
    Nik Aziz menyokong penuh usaha DSAI dlm meletakkan nama Allah bg tuhan2 org bukan Islam.

    *semua kenyataan adalah tanpa berbincang dgn para ulama terlebih dahulu..

    aku mmg rasa Nik Aziz perlu beristighfar & banyak berbincang dgn para alim ulama bukan BELIAU terus mencerca, menghina & nak bergaduh dgn para alim ulama. Fahami juga kenyataan2 Nik Aziz dibawah.


    1. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
    - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

    2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
    - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    3. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


    4. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
    – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

    AQIDAH MANUSIA DIPERSENDATEMEH DEMI MEMULIAKAN PAS! Padahal, PAS pun bergelumang dgn n,ajis! murtad, arak, babi, rumah2 urut, disko2 buat tak tau aje. Bila UMNO bersuara bimbang untuk ini, sinis & menyindir2 UMNO. menyokong penuh apa yg dibuat oleh PR! Padahal, isu2 tersebut bukan dinasihat/ dakwahkan! APA YG DIKENDONG BERCICIRAN, BRG YG DIPIKUL BERTERABUR ENTAH KE MANA??!!

    Nik Aziz ini hanya senyum & baik jika manusia mengikut telunjuk dia aje.

    aku pun nak tengok batang tubuh Nik Aziz bila dia mati..insya allah

    *Rakyat Hakim Negara 2

    ReplyDelete
  9. Suka-suka hati saja mengelarkan orang kafir

    ReplyDelete
  10. Semoga kes tu diadili dengan bijaksana.

    ReplyDelete
  11. bila kita suka mencerca & x puas hati dgn orang lain..

    orang lain pun akan berperangai yg sepatutnya pula pada kita..

    nik abdul aziz nik mat adalah salah satiu contoh. laila ha illa anta subhanaka inni kumtum minadzzolimin

    ReplyDelete
  12. wal finatul asyaddu minal khotr.." Jgn kita brsama UMngok menyebar fitnah keji"

    ReplyDelete
  13. Bagaimana cara mereka menyembah Tuhan biarkan mereka dengan cara mereka sendiri.

    ReplyDelete
  14. Setiap cara tidak ada betul dan tidak ada salah.

    ReplyDelete
  15. Nik Aziz tu insan biasa. Nabi Muhammad SAW dulu org kafir quraisy cop sebagai giler,ahli sihir dan pmecahbelah masyarakat...tak heran kalu Nik aziz pun dcop sebegitu. hasil dr tohmahan masyarakat yahudi waktu itu, Islam yg dbawa oleh Nabi SAW telah menakluki 1/3 dunia malah menyaksikan empayar islam brdiri megah dEropah serta Turki. hanya jatuh setelah ramai org islam waktu itu saling tak tumpah saparti umno sakarang. Bukan setakat merugikan umat islam tapi membantu musuh islam menghancurkan islam. Lihat perangai org islam 1Malaysia skrang. Tok guru dcerca tapi 'perompak negara' dsanjung. Perangai UMNO skrang tdak banyak barubah spt yahudi zaman Nabi SAW dulu. Tak pelik kan ?

    ReplyDelete
  16. teruskan saja saman rm10juta.. baru dia tau gara2 mulut, terpaksa tanggung hutang sampai ke anak cucu..

    ReplyDelete
  17. Think before you talk.

    ReplyDelete
  18. Nobody is perfect, stop saying bad things about others. Fix yourself first.

    ReplyDelete
  19. Nik Aziz perlu bertanggungjawap. inilah bala bila Nik Aziz ini keluar statement tanpa berbincang dgn alim ulama muktabar!! LA ILAHAILLA ANTA, SUBHANAKALA INNI, KUMTUM MINADZZOLIMIN.

    Nik Aziz salah, Rahim Noor tak betul..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.