Thursday, August 23, 2012

Norish Karman Mengaku Lahirkan Anak?

Selepas menafikan cerita yang tersebar mengatakan dia melahirkan seorang anak lelaki, pelakon wanita, Norish Karman akhirnya mengesahkan cerita itu adalah benar.

Selama ini, Norish atau lebih dikenali sebagai NK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tentang kesahihan gambar dia bersama seorang bayi adalah anaknya sebagai fitnah untuk mengaibkan dirinya.

Namun, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, NK mendedahkan kebenaran selepas berdiam diri.

Anak lelaki NK yang bongsu itu diberi nama Haq Lutfie Alexander dilahir pada 24 September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang.

“Awalnya saya runsing, bagaimana hendak saya memberitahu tentang kelahiran Haq kepada peminat dan media, tetapi selepas tersebar di internet, saya lega,” kata NK.

Bagaimanapun, NK masih lagi enggan mendedahkan status sebenar Haq dari pengetahuan umum.

Kata NK, bagaimana kehadiran Haq, biarlah menjadi rahsia antara dia dan Tuhan.

Sebelum melahirkan Haq, NK pernah dinasihatkan untuk menggugurkan kandungannya.

Tetapi, bila memikirkan dia sudah pun bergelar ibu dan tahu bagaimana perasaannya untuk melahirkan anak, NK nekad untuk menjaga dan membesarkan anaknya.

“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang lepas.

“Saya seorang anak, wanita & ibu, saya tidak akan membuat perkara tidak elok. Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat. Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan susah kerana akan menjaganya seorang diri,” katanya.

Sumber: Mynewshub

10 comments:
Write comments
  1. Sokong Norish Karman kerana mempertahankan kandungannya, hentikan perbuatan menggugurkan anak ataupun membuang anak. Harap Norish akan sabar menghadapi cabaran.

    ReplyDelete
  2. Harap pihak media jangan membesar-besarkan isu ini kerana ini adalah urusan antara Norish sendiri, keluarga dan Allah. Ini keputusan beliau, kita haruslah menghormati pendirian beliau.

    ReplyDelete
  3. Ooo..ini gambar trbaru selepas dkatakan 'lari' brsembunyi di P.Bali kerana mengandung. Tapi kenapa harus brsembunyi ? Track record pelakon nih 1Malaysia tau pun. Pernah kahwin dgn dato' tua bangka dulu kerana tangkap basah. Lepas tu curang dgn lelaki muda/tampan dan tiada orang lain juga selain dr adik beradik knkawan beliau jugak pun. Ehh,mengandung dan terus 'lari' ke P.Bali. Haaii,dunia artis. Artis lain ramai dah brhijrah ke 'jln benar', ada jugak yg masih terlena dek mimpi indah dunia.
    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  4. Biarlah NK dengan hidupnya sendiri. nanti ini pun ada yang mau politikkan juga.huhu

    ReplyDelete
  5. NK mengiyakan bahawa itu adalah anak hasil daripada hubungan yang tidak sah?

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya silap jika kita mengesyorkan jangan ganggu khidupan NK dan biarlah dia dgn Tuhan atau seumpamanya. Kita mesti brusaha agar dia atau sesiapa yg sewaktu dgnnyer SEDAR akan tipu muslihat dunia artis/ nafsu syaithan. Baru lah sesiapa yg trbuat DOSA BESAR akan ingin kembali kepangkal jln atau sekurang2nya dpt BRHIJRAH dr kegelapan maya kpd cahaya islam. Biasanya kalau org yg nasihat agar jgn gangu NK dan biar dgn khidupn sendiri adalah org sama2 dlm KEGELAPAN MAYA spt mana NK itu jua.
    ** 888

    ReplyDelete
  7. biar la dia dan janggan ganggu dia.. apa2 kesan dari tindakan dia, dia juga yang tanggung, bukannya orang lain..

    ReplyDelete
  8. ada aku kisah ....

    ReplyDelete
  9. Sebaiknya jagalah anugerah tuhan kepada kita itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.