Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.
"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama
Wednesday, August 29, 2012
Rumah Pelawak Terkenal, Imuda Dipecah Masuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap-harap pihak polis akan berusaha menjejak pencuri yang pecah masuk rumah Imuda di Taman Datuk Ahmad Razali.
ReplyDeleteJikalau pencuri yang terlibat berjaya ditangkap, mereka boleh dikenakan hukuman selama 5 tahun penjara.
ReplyDeletePihak polis perlu mengambil langkah bijak untuk menyelesaikan kes pecah rumah dikawasan tersebut yang kerap berlaku ini.
ReplyDeleteYang penting sekarang nyawa keluarga selamat.
ReplyDeleteSebenarnya lokasi trbabit memang kekerapan jenayah menggerunkan. Pergaduhan, ragut,pembunuhan dan pecah rumah trmasuk kecurian kenderaan sentiasa barlaku. Lokasi trbabit jugak dhuni oleh pendatang Nyammar serta Indon smada Ampang Permai, Ampang Tasek ke atau mana2 taman brhampiran. Tidak trmasuk dgn kump penjenayah tempatan, pedatang asing jugak memang sinonim dgn kegiatan pecah rumah dan pembunuhan. So, apa motif pihak brkuasa mahu 'sembunyikan' fakta2 jenayah serta indexnya?
ReplyDelete**yassir arafat
Harap2 beliau kuat semangat.
ReplyDeleteKadar jenayah patut dikurangkan
ReplyDeleteKesihan, mengapa ada perkara seperti ini? pasti ada yang dengki dengan beliau.
ReplyDeletePenyenayah harus sedar akan tindakan mereka hanya menyusahkan diri mereka sendiri serta orang yang mereka rompak.
ReplyDeleteJOHOR BARU: A family of five who had foiled a burglary at their home are now alleging daylight robbery by the police. Lim Kok Yong, 58, said police had yet to return some RM200,000 in cash, foreign currencies and jewellery, which were taken as evidence on May 19.
ReplyDeleteLim, from Taman Munshi Inbrahim here, has since lodged two police reports and sought the assistance of Johor Baru MCA Youth chief Kua Song Tuck, after failing to secure the items' return. The family were away when two burglars broke into their house and escaped with the belongings about 8pm on May 19.
When Lim returned home about 11pm, he and his family were shocked to see their neighbours gathered in their compound. Lim said the burglars gained entry into their house via the back door.
After ransacking their house, they loaded the loot, including four mobile phones, jewellery, foreign currencies, piggy banks, bank passbooks and RM23,000, into three bags but a neighbour spotted them and alerted the police.
"The police responded quickly but the burglars managed to escape, abandoning our belongings," Lim said at the South Johor Chinese Press Club yesterday. He said witnesses saw policemen loading the three bags into the boot of a police car.
"The next day, when my son went to the police station to claim our belongings, they only returned three boxes of bird's nest and two piggy banks containing coins." A witness, Ahmad Muslim Abd Rahim, 17, said he and several neighbours had lodged police reports to confirm that they saw three policemen taking the three bags.
Johor police chief Datuk Mokhtar Shariff despatched Johor Baru Utara Criminal Investigation Department chief and a Chinese-speaking senior police officer to the victim's house. "I will not tolerate any misuse of power among my subordinates. At the same time, I will ensure all allegations are investigated thoroughly."
http://www.nst.com.my/nation/general/family-claim-cops-kept-burgled-items-1.135
Insiden di Johor Bharu spt dlm artikel di atas nih, telah dan sedang berlaku dmana2 tempat pun dseluruh negara. Malah dJB tu, sampai brbunohan sesama mereka kes kehilangan dadah trbesar dM'sia beberapa tahun lepas ,juga dBalai Polis. Dadah tu rampasan mereka. Maknanya setelah drampas mereka akan jual balik dpasaran domestik. Sebab apa boleh mereka 'kebas' barang2 tu semua? Sebab barang tu harus dambil sebagai Barang Kes utk Keterangan Mahkamah. Kita tidak tahu barang itu akan hilang kemana sebab atas nama Keterangan Kes...individu trbabit sebagai tuanpunya tetap tidak berani menuntut. Kalau setakat hp tu...boleh dkatakan benda paling kecil mereka ambil dr bebudak yg mereka tahan. Bebudak tu budaklah dan memang mereka takut nak brsuara. Apa lagi matawang dan cara duit itu diambil utk dklasifikasi sbg eksibit dMahkamah, jika drasakan senang utk dimanipulasikan oleh mereka selaku pegawai penguatkuasa undang2 negara, duit itu tetap akan hilang punya. Polis tu manusia bukan malaikat. Kalau 99 % mereka tu brnafsu besar, mana mungkin ikan didepan mahu dlepaskan.
ReplyDeletepenjenayah semakin suka buat jenayah bukan sebab hukuman tidak setimpal, sebaliknya mereka mudah sangat terlepas dari buruan pihak polis..
ReplyDeleteKawasan kejiranan tu tidak buat rondaan keselamatan ka?
ReplyDeleteBila sudah terdesak, apa2 pun sanggup buat temasuklah mencuri.
ReplyDelete