Tuesday, August 21, 2012

Isu Hudud: Mahathir Tidak Ikhlas, Kata Presiden ABIM

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya,” katanya. -SH

25 comments:
Write comments
  1. Hududkah? Saya takut nanti banyak YB2 UMNO teda tangan ohhh...

    ReplyDelete
  2. Saya pula takut ramai lidah lidah pemimpin umno dan bn d potong sbb bnyak janji janji mereka tidak di tunaikan pada rakyat masa mereka kempin nak pru lalu. Hanya mereka2 yg bersalah saja yg takut pada perlaksanaan hukum tuhan tersebut. C

    ReplyDelete
  3. DAP tentang hudud sebab DAP bukan parti berasaskan parti islam, tu memang kita faham. Tetapi yang kita tak boleh faham, umno tentang hudud.

    ReplyDelete
  4. Sudah terang lagi disuluh, siapa sbnarnya yg menentang hudud terang2an. Siapa lagi klau x mca. Abg besarnya (umno) langsung x ada bunyi mulut parti komponennya mca menentang hudud & anti hudud. Dgr statement ini, 'menentang keras undang2 hudud'. Bukan setakat ttg, tapi ttg keras. DAP w'laupun menentang, masih ada ruang perbincangan. Inilah yg dikatakan taktik memburuk2kan DAP telah mula memakan diri umno/bn balik. Nak dgr apa 'abg besar' nak komen. Perkasa ke, jati ker atau lain2 ngo Islam pro pemerintah. LU SUDAH KENA BEB!...

    ReplyDelete
  5. hudud bkn nak mendera dan menyeksa kaum cina dan kaum2 lain......apa yg mca takut sangat?hudud utk mendidik umat Islam dan manusia menjadi baik.umat Islam tidak pernah menyentuh sensiviti agama bangsa lain.....pergi lingkuplah umno dan bn.

    ReplyDelete
  6. Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno

    "..Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN TIDAK AKAN melaksanakan hukum hudud."

    ReplyDelete
  7. Tak reti-reti lagi ke, Allah nak tunjuk tu..yang kuat menentang Islam sekarang bukan DAP, tapi MCA. UMNO lagi lah jahanam, tolak hudud terus.

    ReplyDelete
  8. Isu Hudud ni sampai sekarang pun masih dipolitikkan.

    ReplyDelete
  9. Dr.M sudah banyak lupa. Tak boleh pakai sangat dah..

    ReplyDelete
  10. Kalau mahu hudud di jalankan di Malaysia, pastikan orang yang beragama bukan islam tidak terlibat dengan hukum ini.

    ReplyDelete
  11. Kalau inginkan Hudud dipraktiskan di sini ianya hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja.

    ReplyDelete
  12. zaman nabi kt madinah pn berbilang kaum n agama.boleh je jalan hudud.empayar uthmaniah lg besar n rmai lg kaum brbdning malaysia,boleh je jlan hudud.ke malaysia ni lg besar lg empayar uthmaniah???

    ReplyDelete
  13. najib jamin BN tidak akn laksana hudud

    ReplyDelete
  14. Betul ka hudud untuk mengwujudkan negara yang aman damai atau hanya umpan politik saja.

    ReplyDelete
  15. Tak percaya. Selagi boleh membawa keuntungan segala isu pasti akan dipolitikan.

    ReplyDelete
  16. kalau mahu laksanakan hudud biarlah mendapat sokongan majoriti rakyat.

    ReplyDelete
  17. Perlulah tanya semua rakyat sama ada majoriti menyokong pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia atuapun tidak, pandangan rakyat perlulah dipertimabangkan.

    ReplyDelete
  18. PAS dikatakan akan bergabung dengan DAP yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan PAS dalam isu Hudud. PAS menyokong Hudud tapi DAP tidak, bolehkah mereka bekerjasama dengan baik kalau mimpi berlainan. Kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  19. Sembang sembang dengan Rakan Rakan Pkr Jimmy Puah dan Danny Tan..di Permas semalam apa yang menarik baju yang di pakai oleh Danny Tan..beliau sebut saya tak takut Hudud,habis siapa sebenarnya yang takut dengan Hudud ?
    *** Fenomena di atas menunjukkan masyarakat cina melalui DAP dah faham apa itu hudud, mungkin hanya Karpal Singh shj tapi harus diingat beliau seorg peguam jadi beliau melihat dari sudut perundangan dan bukan menolak secara total. JADI KALAU SIAPA YG KATA PAS SOKONG HUDUD TAPI DAP TOLAK, ITU HANYA MNGGAMBARKAN YG IA SEBENARNYA TRTINGGAL KERETAPI.

    ReplyDelete
  20. Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam. ( Baca ini Mahathir! jangan tipu rakyat saja dulu engkau buat pecah tanah highway Tenom Beaufort melalui sungai Padas sampai sekarang habuk pun tak ada. )

    ReplyDelete
  21. Berjuang untuk Umno samalah seperti berjuang untuk TIDAK mengendahkan pengajaran Al-Qur'an...

    Allah SWT. Berfirman:
    (وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
    Yang maksudnya:
    ”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
    [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1307-1308].

    ReplyDelete
  22. sombongnya, hinggakan tidak mahu mendengar pandangan dari pihak yang bergelar "bekas" pemimpin negara..

    ReplyDelete
  23. bagi saya, tidak perlulah umno bergabung dengan PAS.. nanti bertambah lagi beban umno..

    ReplyDelete
  24. Hukum Hudud ini sebenarnya memang baik untuk MAlaysia. Tapi masalah kita perlu mengkajinya terlebih dahulu. Kerana Negara kita ini bukan hanya didiami oleh orang islam saja tapi pelbagai agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  25. kita kena faham hukum hudud dgn baik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.