Saturday, August 25, 2012

DAP terima ahli Umno lompat parti

MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan BN.

"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown, hari ini.

Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota PKR adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

"Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.

- Bernama

21 comments:
Write comments
  1. Apa la punya benggon MCA ni (opss kalau tak benggong tak kan dia MCA)
    Bekas wakil rakyat dengan masih wakil rakyat pun dia tak reti nak beza...

    ReplyDelete
  2. yg di bincang adalah pasal MP / ADUN yg lompat parti. Kalau ahli bawahan nk lompat tak boleh, umno akan perintah negara smpi kiamat laa sbb ahli umno paling ramai. Lau Chiek Tuan, lain org bincang, lain yg ko ulas..atau ko ni tak faham ckp melayu???

    ReplyDelete
  3. UMNO,MCA,MIC ni semua parti2 yg tua & dah ketinggalan zaman,bukan prejudis terhadap mereka,kr ni semua parti politik berasaskan kaum saja,tak seperti PAS ,PKR dan DAP yg terbuka kepada semua kaum,ni ala zaman sekarang,buat bisneskah,politikkah,perubatankah,perfilemankah,semua dah globalisasi,dicampur adukkan kaum baru boleh maju,kembang dan hidup.....BN harus bertukar haluan seperti PR baru boleh diterima Rakyat khususnya golongan pengundi muda-mudi

    ReplyDelete
  4. haha.. anwar lompat parti? bio betul mca ni.. tau lah mca dah tak relevan jangan buat statement melalut. anwat dipecat dan dia sekarang adalah ketua umum PKR.
    ABU!

    ReplyDelete
  5. Yg dimaksudkan ADUN atau MP lopat parti (belot) setelah mendapat mandat rakyat. Lu tak paham atau buat2 tak paham? Kalau ADUN lompat parti, kerajaan negeri boleh tumbang maa. Tengok apa jadi kepada negeri Perak? Lompat parti punya hal la... Kalau ahli biasa nak lompat parti, berapa ramai pun rakyat tak peduli. Bodoh punya MCA.

    ReplyDelete
  6. Lemahnya hujah MCA ni. Biar saya pecahkan mitos MCA ini.
    1. Adakah seseorang yg telah memasuki sebuah parti ertinya dia telah jualkan diri kepada parti, ertinya tidak boleh keluar lagi? Mana MP yg jual diri jadi hamba kepada parti sila angkat tangan?
    2. Bekas UMNO yg masuk DAP tu tidak menjual diri kepada UMNO, mereka adalah bekas ADUN, tidak memegang kerusi. Jadi isu mereka masuk DAP bukan masalah.
    3. Di Perak, mangsa adalah Pakatan.Bagi kes Sabah, mangsa ialah UMNO-BN jadi patut sokong undang anti hopping ini tapi peliknya mereka tidak bertindak demikian. Undang tidak mengatakan lompat parti bawah kerusi adalah salah, jadi ini patut diperbetulkan.
    Bagi isu di Sabah, isunya ialah ETIKA kerana ada yg masih memegang kerusi yg dimenangi dibawah BN. Jika mereka mengosongkan kerusi sekarang, tiada pilihanraya akan diadakan keran
    a telah melebihi tempoh pilihanraya patut diadakan jika dikosongkan.Sekiranya MP ini meletak jawatan, mengikut undang, mereka tidak boleh bertanding untuk 1penggal. Ini adalah suatu masalah yg perlu dibetulkan jika ada anti hopping law. (Perhatian: Kalau saya tidak silap, jika kosongkan sekarang, tiada p/raya jadi tiada MP di kawasan itu. Sehingga undang anti hopping dapat dibentuk, adalah lebih baik mereka kekal sebagai MP kerana tiada perbezaan.)
    Isu lompat parti bawa kerusi parlimen dapat berlaku pada mana-mana pihak, oleh itu ia patut diwujudkan. Pendapat saya ialah anti hopping law patut mewajibkan pilihanraya kecil diadakan jika seseorang MP melompat parti dan MP ini patut dibenarkan untuk bertanding, ini baru adil. Mengapa MP patut dibenarkan bertanding? Ini kerana rakyat patut diberikan kuasa mengadili dan memiilih MP atau parti. Setiap orang ada hak memilih nak masuk parti mana, tapi bawa kerusi parlimen adalah sesuatu yg tidak beretika kerana ia bagaikan merompak mandat yg diberikan rakyat. Bayangkanlah jika parti buat salah, patutkah MP ikut kehendak parti atau mempertahankan kepentingan rakyat?

    MCA berkata DAP buat sandiwara, kerana nak burukkan BN, jadi sekarang saya cabar MCA mengemukakan anti hopping law berdasarkan kebebasan berpersatuan dan pengadilan rakyat adalah kuasa tertinggi memilih wakil rakyat.( Siapa makan cili dia rasa pedas)
    Oleh itu siapa yg tidak sokong anti hopping law ni, tahulah anda siapa mereka.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang ni memang sinonoim dengan pemimpin yang lompat parti. semua katak2 dari parti lain mereka akan terima.

    ReplyDelete
  8. Tidak perlulah undang2 lompat parti tu lagipun negara ni mengamalkan kebebasan. keluar dan masuk parti, itu hak masing2.

    ReplyDelete
  9. DAP tidak dapat menerima ahli UMNO lompat PR. Ini kerana risau akan menjejaskan PR sendiri nanti.

    ReplyDelete
  10. Banyak betul yang double standard dalam politik ni.

    ReplyDelete
  11. Bebas untuk pilih parti tapi lepaskan kerusi yang dimenangi.

    ReplyDelete
  12. Anon.10:34 25 Ogos Yang UMNO terima katak2 lompat dari PKR itu apa?

    ReplyDelete
  13. Patuta adakan pilihanraya kecil. Macam Singapura, jika dipecat parti, diadakan pilihanraya kecil.
    Katakanlah jika parti buat salah, patutkah MP berdiam diri atau lawan arahan parti. Kalau kerusi ikat kepada parti, ni dah salah.

    ReplyDelete
  14. aku ingat Umno saja bodo macam lembu...MCA pun sama bodo!! Bile mase Nuar Berahim lompat parti?

    ReplyDelete
  15. MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.
    **petikan ayat2 di atas oleh MCA.

    Aku bengong dgn MCA nih. Kan DAP nak bentang undang2 antilompat parti, dia dok pi kata DAP terima ahli umno lompat parti. Patut le org cina dah kuburkan MCA pun.

    ReplyDelete
  16. itu tandanya komponen Pakatan tidak mengamalkan demokrasi.. memang dari awal2 lagi mereka menentang demokrasi..

    ReplyDelete
  17. ketika DAP membentangkan undang2 anti lompat parti, Anwar sibuk kehulu kehilir mencari mana2 katak yang masih boleh melompat..

    ReplyDelete
  18. DAP kata mereka menolak perbuatan lompat parti tapi mereka pula menerima katak daripada UMNo ke dalam parti mereka. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  19. DAP juga mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai parti mereka.

    ReplyDelete
  20. PR tentu saja akan terima katak

    ReplyDelete
  21. jgn pilih kaki lompat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.