Tuesday, August 21, 2012

Khairy sedia didakwa di bawah 114A



Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.

NONEKhairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng (kiri) yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.

Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.

Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.

Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.

Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.

Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.

-MK

14 comments:
Write comments
  1. Dia buat dahh. Trjejas balik ler nama UMNO. Dulu pegi Kelantan dok jerit.."Pade doh 17 tahon,ambo toksir PAS'. ( Cukop sudah 17 tahun, saya takmahu lagi PAS). Konon2 pak mentua PM ler. Lepas dok laung ,tengok PAS makin mantap selepas PRU ke 12 tu. Haa..pade muko mu.

    **Yassir Arafat

    ReplyDelete
  2. ini namanya "senjata makan tuan". terima kasih.

    p/s - JANGAN ADA DOUBLE STANDARD AAAAA...

    ReplyDelete
  3. KJ pasti tdk di dakwa punya, sebab laman tu bkn dia punya, umno yg punya. Tak kan umno buat undang2 tangkap umno.

    ReplyDelete
  4. Berani buat berani tanggung.

    ReplyDelete
  5. Akta 114A ni adil ka?

    ReplyDelete
  6. Kalau sudah didapati bersalah, hukum sahaja setimpal dengan kesalahan itu.

    ReplyDelete
  7. Harap tidak ada penyelewengan yang berlaku dan yang bersalah tetap bersalah dan harus dihukum.

    ReplyDelete
  8. Kalau tidak puas hati, bawa saja ke mahkamah. Baru boleh tahu siapa salah, siapa betul.

    ReplyDelete
  9. Sabotaj. Si pelaku harus dicari

    ReplyDelete
  10. siasat siapa yang sabotaj tu..

    ReplyDelete
  11. Dikatakan ada pihak lain yang akaun Pemuda Umno untuk membuat posting melampau seperti itu di Facebook. Harap pihak polis akan menyiasat isu ini untuk mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Saya rasa bukan Khairi Jamaluddin yang membuat posting kontroversi seperti itu. Berani kerana benar, kalau bukan beliau yang buat, beliau takkan takut didakwa bawah 114A.

    ReplyDelete
  13. Guan Eng just wants to play politics and accuses Umno Youth of sedition. since Khairy ready to be charged, then just bring it to court. See who is right..

    ReplyDelete
  14. Kita tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya mengenai isu ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.