Kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus Felda menyebabkan pihak pembangkang, yang disifatkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai makhluk perosak berputih mata dalam usaha mereka untuk menyangkal usaha kerajaan dalam mempertingkatkan pencapaian Felda ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut Najib, pelbagai fitnah dan dakyah telah ditabur oleh ‘makhluk perosak’ ini termasuklah membawa isu penyenaraian Felda di dalam bursa saham ke mahkamah untuk menghalang usaha baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
“Hari ini, tidak sampai dua bulan selepas disenaraikan, warga Felda akan menerima dividen mereka tidak lama lagi. Selain itu, Felda sendiri kini mempunyai dana yang bernilai RM 5.99 bilion hasil daripada penyenaraian di dalam bursa saham.
“Sekiranya dicampur dengan dana yang diperolehi oleh FGVH, maka keseluruhannya dana yang ada di dalam akaun Felda kini berjumlah RM 10.5 bilion,” ujar beliau ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Felda yang julung-julung kali diadakan di bangunan baru Felda tersebut.
Tambah beliau lagi, begitu juga ketika kerajaan membuat keputusan untuk membeli bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang terletak di Jalan Stonor, di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan, kononnya pembelian itu merupakan satu pembaziran dan sebagainya.
“Tetapi hari ini, saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Felda bahawa bangunan Felda kini telahpun memperolehi pendatang lebih dari RM 400 ribu hasil dari sewaan dewan dan sebagainya,” tegas beliau.
Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa baki bonus durian runtuh yang diberikan sesebanyak RM 5 ribu kepada anak-anak Felda akan diberikan selewat-lewatnya pada bulan Oktober ini, selepas pembentangan belanjawan.
“InsyaAllah, kita akan berikan baki sebanyak RM 5 000 itu selepas kita bentangkan belanjawan. Sebelum ini kita telah berikan kepada ketua peneroka, isteri peneroka dan pada bulan 10 ini, giliran anak-anak peneroka pula akan mendapat habuan durian runtuh ini,” jelas beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga Felda yang hadir dalam majlis tersebut.
Beliau turut mengumumkan, kerajaan akan mendahulukan bayaran saham berjumlah lebih RM 600 juta untuk mana-mana warga Felda yang masih belum membeli saham-saham tersebut, di mana peneroka hanya perlu membayar sebanyak RM 50 sebulan sehingga habis jumlah pembayaran tersebut.
Majlis tersebut yang dihadiri hampir 5,000 warga Felda dan orang ramai turut dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Noor, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, wakil-wakil NGO dan juga kakitangan Felda. (MediaUMNO)
Thursday, August 30, 2012
Mahluk Perosak Cuba Sabotaj FELDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap Felda akan teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan boleh membantu peneroka tempatan untuk meningkatkan kualiti hidup.
ReplyDeleteFelda sendiri kini mempunyai dana yang bernilai RM 5.99 bilion hasil daripada penyenaraian di dalam bursa saham, Sekiranya dicampur dengan dana yang diperolehi oleh FGVH, maka keseluruhannya dana yang ada di dalam akaun Felda kini berjumlah RM 10.5 bilion.
ReplyDeleteIni satu pencapaian yang amat baik, harap para peneroka akan menerima dividen mereka tidak lama lagi.
Usah bantah benda yang baik hanya kerana kepentingan politik saja.
ReplyDeleteandaikata ada asas untuk pembangkang menegur pengurusan FELDA ada baik diberi perhatian juga..setakat ini selalu dengar durian runtuh, harap2 pokok durian jangan ditebang untuk makan satu kali saja, biarlah ianya berterusan sampai anak,cucu,cicit merasa...
ReplyDeletedalam kerajaan berusaha membantu para peneroka dan pula yang cuba sabotaj
ReplyDeleteharap2 beterusan membela nasib peneroka2 felda.
ReplyDeletemacam ni la.. ada give & take dalam penyertaan peneroka, maupun pekerja2 dlm Felda!
ReplyDeletenow, mereka x payah bekerja, tanah dapat, isteri terbela! anak2 terjaga, kepentingan peneroka ditimbangrasa!!
anggaplah tuan2 suami isteri + anak yg bertenang ini dapat pencen purata rm300 sebulan! banyakkan beribadah. berjalan2 dan membantu keluarga tuan2 yg luar dari felda. elakkan mengata itu, mengata ini. tak berterima kasih & membenci orang lain!
JAGA HATI & BERSYUKURLAH
sebelum ni pun banyak isu yang dikaitkan dengan Felda. harap kerajaan dapat atasinya.
ReplyDeleteMungkinkah FELDA mengalami nasib yang sama seperti Amanah Saham Sabah?
ReplyDeleteUMNO dan BN masih GAGAL meningkatkan harga Amanah Saham Sabah.
Pasti mereka ini akan kecundang juga kerana bersikap jahat.
ReplyDeleteHarap keadaan akan bertambah lebih baik.
ReplyDeletePENEROKA..menang sorak kampung trgadai.
ReplyDeletemakhluk2 perosak ini harus dihapuskan.
ReplyDeleteUMNO dan BN hanya tahu menjahanamkan hidup rakyat! Apa sudah jadi dengan Amanah Saham Sabah sampai sekarang harganya masih begitu. Mahal lagi harga pisang goreng. INilah satu BUKTI kejayaan BN menjahanamkan hidup rakyat! Semasa pelancarannya dulu bukan manis lagi janji mereka konon meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah. Dasar PENIPU! UMNO/BN lah sebenarnya makhluk perosak!
ReplyDeletemakhluk perosak macam ni sukar dihapuskan menggunakan racun2 makhluk perosak yang ada dipasaran.. cara terbaik ialah, tolak mereka masa PRU nanti..
ReplyDeletepembangkang di Malaysia sudah jauh sangat menyimpang.. usaha membangunkan ekonomi rakyat, dia bangkang.. kalau tidak ada usaha langsung, lagi la dia bangkang.. sedangkan jika cadangan mereka dilaksanakan oleh kerajaan pun mereka tetap akan bangkang juga..
ReplyDeleteorang bangkang bersebab bukan suka-suka sepatutnya diberi perhatian agar kita tidak kerugian. beringat-ingat sebelum kena....jgn dibuai dengan kata2 indah dan menguntung saja tapi lama kelamaan rugi serugi-ruginya ingat cerita lembu bukan kobau,perwaja,port klang, Amanah saham sabah dan byk lagi..pengurusan FELDA biarlah diurus oleh org yg benar2 tau tgt ekonomi, bukan dari org yg baru muncul pagi tadi yg kita tau latar belangnya. sama juga mcm sukan, biarlah diurus oleh org berkemahiran sukan dia tau tgt sukan. dripda org politik yang pagi dilantik yg tidak tau tgt sukan, namanya naik, tapi sukan tidak setanding namanya....perlu diberi perhatian!
ReplyDeletepengait kelapa said...
ReplyDeleteSeptember 5, 2012 10:33 AM
sebagai contoh jambatan pulau pinang.. pemimpin2 Pakatan bangkang pembinaannya, tapi bila mereka mengambil alih negeri itu, dia buat juga.. itu tandanya mereka memang suka2 membangkang..