Friday, August 31, 2012

Puluhan ribu sambut detik Kemerdekaan

Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

“OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

“Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya. -jalanpulang

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Di Dataran Merdeka)

(Berhampiran Dataran Merdeka)

(Mohamad Sabu di Dataran Merdeka)

(Datuk Samad Said antara yang mendapat tumpuan di Dataran Merdeka)

(Polis membuat sekatan di Dataran Merdeka)

(Tan Sri Khalid berucap di Stadium Shah Alam)



Gambar : Harakahdaily

25 comments:
Write comments
  1. Umporno nih kalau pambangkang nak buat Himpunan Rakyat memang tak bole kecuali himpunan K-POP shj.UMNO suka kalau rakyat jelata lalai. Itu jer dlm agenda trsembunyi mareka. Itu sambutan Hari Kemerdekaan. Dengar kata BN pun seru 1 juta rakyat dBukitJalil utk sambutan tu. Ada ke?

    ReplyDelete
  2. Kan AMAN tu kalau anjing2 BN tak kacau.

    ***888

    ReplyDelete
  3. Takut dengan kebangkitan rakyat maka semunya di HARAMKAN walau baca puisi sekali pun kalau tarian K.POP separuh bogel diHALALKAN oleh UMNO!

    ReplyDelete
  4. ada ke kekacauan barlaku ? Tiada punya. Tapi ini yg menyakitkan hati barua umngok. Mereka takde point nak kutuk PR.

    ReplyDelete
  5. UMNO betul-betul dah nazak. Baca puisi haram pakai baju kuning haram. Sambutan ambang merdeka peringkat negeri Selagor tanpa kehadiran Sultan pun UMNO melalak macam anjing konon ketepikan Sultan tapi sambutan ambang merdeka di Bukit Jalil anjuran BN kenapa tak jemput YDP Agong? Inilah UMNO mentaliti budak tadika!

    ReplyDelete

  6. Semakin meroyanlah Najib dengan Mahadir.
    Nasi dah jadi bubur buat BN.

    Pakatan Rakyat umpama pohon mekar yang sedang berbunga lebat lagi harum. Rakyat sedang bersama-sama berganding bahu dan memacu tenaga memastikan gabungan parti harapan rakyat itu teru dibaja dan disiram.

    Rakyat jelata dari Perlis hinggalah ke Sabah berusaha memastikan pohon Pakatan Rakyat itu selamat daripada diapa-apakan oleh ulat-ulat dan 'haiwan-haiwan' pecacai upahan yang beniat dan sanggup beraksi jahat.

    Kes terbaru Bas wakaf MB Selangor itu disimbah cat dan cerminya dipecahkan semasa menjalankan misinya menyedarkan rakyat jelata di Kelantan beberapa hari lalu. Satu contoh tingkah laku si penakut yang semakin tertekan dan terdesak oleh kehebatan lawanya DSAI.

    bah... ini kali lah. Jika bukan sekarang bila lagi.

    ReplyDelete
  7. perhimpunan bersih yg lepas 'dikecohkan' UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  8. pembangkang dah terdesak nak berkuasa, semakin gila kuasa sehinggakan sanggup berbuat apa saja. Asalkan boleh menarik perhatian rakyat.

    ReplyDelete
  9. Budaya dibawa oleh puak2 pembangkang harus jangan ditiru. Pendatangkan banyak masalah

    ReplyDelete
  10. pembangkang mmg suka buat kecoh.

    ReplyDelete
  11. Kekacauan tidak seharusnya timbul kerana kita ingin meraihkan kemerdekaan kirta bersama.

    ReplyDelete
  12. Jika tidak ada kekacauan maka keadaan akan lebih baik dan akan lebih memberi manfaat kepada semua.

    ReplyDelete
  13. Kalau mahu membangkitkan demokrasi, rakyat patut keluar mengundi semasa PRU-13. Mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi, jangan cakap pasal demokrasi.

    ReplyDelete
  14. Demonstrasi bukanlah caranya untuk mendaptkan demokrasi.

    ReplyDelete
  15. Salah itu Anon September 3, 2012 1:49 PM pembangkang tak buat buat kecoh tapi UMNO yang suruh polis buat kecoh mana ada dalam dunia ini yang haramkan baca puisi tapi perang bikini dan tarian K Pop separuh bogel dihalalkan pula oleh UMNO! Pemimpin-pemimpin UMNO kata Mahathir orang bukan bijak pandai sebab itu tak tahu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk!

    ReplyDelete
  16. Sambutlah kemerdekaan dengan semangat patriotik, bukan politik.

    ReplyDelete
  17. nak tanya sat kat anony sept 3 : 4.31 pm

    Apa makna semangat patriotik tu ? Pejuang Tanah Melayu dmasa lampau bukan brgerak individu, mereka brkumpulan spt PEKEMBAR, PAS,AWAS,PKM dll. Itu lebihkurang gerakan politik. Jadi ,hamba tak nampak apa gerangannya maksud tuan hamba ni.
    Yg hamba tahu semangat patriotik tu harus bersama gerakan politik, baru Tuanku dpt memperhambat Peringgi tu. Atau ada maksud lain yg tersirat tetapi tidak tersurat oleh tuan hamba.

    ***yassir arafat

    ReplyDelete
  18. The state-level Merdeka Day celebrations at Dataran Bandaraya were the grandest yet in Sabah with 172 contingents in smart uniforms giving a splendid marching display much to the delight of a massive crowd.

    ReplyDelete
  19. At 10,000 citizens, many waving Jalur Gemilang, and tourists joined Head of State Tun Juhar Mahiruddin, his wife Toh Puan Norlidah R.M Jasni and other state leaders and dignitaries at the official celebration which began at 7.30am.

    ReplyDelete
  20. The event kicked off with the hoisting of Jalur Gemilang and the singing of Negaraku and Sabah Tanah Airku, followed by patriotic poem recital and choir performance.

    ReplyDelete

  21. As was in the previous years, the highlight of the celebrations was the parade featuring the contingents representing various government departments and agencies, private organizations, schools and associations. The crowd was also entertained with stage performances.

    ReplyDelete
  22. tujuan polis itu adalah untuk memastikan sambutan kemerdekaan berlangsung dengan aman tanpa ada unsur2 provokasi dipihak pembangkang..

    ReplyDelete
  23. kesian betul saya tengok situasi sambutan merdeka di negara ini.. sebelah pihak sambut merdeka, sebelah pihak pula menggunakan sambutan kemerdekaan untuk buat demonstrasi..

    ReplyDelete
  24. susahlah kalau kemerdekaan pun mau dijadikan bahan politik.

    ReplyDelete
  25. Nampak sangat perpecahan yang semakin berlaku di negara ni sebab politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.