Thursday, August 23, 2012

Sabah: BN Tumbang Di Kerusi Majoriti KDM & Cina

Pilihanraya Umum Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.

Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Berbalik pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke tangan pembangkang.

Kesungguhan pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.

Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi harapan rakyat Sabah kali ini.

Rakyat Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.

Jika kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah di bawah 2,900 undi.

Sementara itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya mempunyai 55 % pengundi Cina.

Jika trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.

Jika di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.

Jika 18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru Sabah dengan 'simple majoriti'.

Mari kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.

Kawasan tersebut ialah;

N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037

Kesemua lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN kali ini.

Kita sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ABDULLAH

108 comments:
Write comments
  1. Reformasi, Ini Kali La, Tukaaaaar,,,,,

    ReplyDelete
  2. Refobasi,Jangan Mimpi La,Kekal....

    ReplyDelete
  3. Pada mulanya mimpi (matlamat, perancangan+tindakan)...berjaya tukar (semuanya di tangan rakyat/pengundi)

    ReplyDelete
  4. Grand promises are easy for PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to make because the opposition need not have to fulfil them to the people. Anwar is just a “master promise maker”.

    ReplyDelete
  5. The BN was a government whose objective was to safeguard the interest of the people. The opposition not to waste time coming to Sabah to make empty promises and hurl accusations against BN leaders.

    ReplyDelete
  6. Apa salah cuba kerajaan baru. Think out of box sikit. Sama jugak kalu kita asyik makan kari jer jgn segan utk cuba soto pulak. Memang kari tu sedap tapi mana tau soto lg sedap.

    ReplyDelete
  7. Musa Aman tak boleh pakai sekejap cakap lain esok cakap lain. Hari ini kata minta naik 20% royalti minyak tidak logik sekarang bila Ketua Menteri Sarawak kata minta kenaikan royalti 20 peratus baru Musa kata boleh bincang dengan Federal. Apa KM macam ini tiada pendirian dan takut pada Federal!

    ReplyDelete
  8. Reformasi...Ini Kali La...Tuuuukar...
    Tapi musykilnya kenapa pembangkang sesama pembangkang khususnya di kawsan KDM asyik hentam menghentam, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh...jatuh-menjatuh... masing2 mau melobi untuk bertanding dlm PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  9. Betul itu, nanti selepas PRU-13 nanti, nyesal tidak keruan...kedua-dua gigit jari... masa tu baru terfikir bersatu dan bekerjasama tu penting...akhirnya sudah terlambat...tu la tidak berfikir panjang (guna kebijaksanaan). Renung2kan la.

    ReplyDelete
  10. KDM jangan mimpi wilfred bumburing tetap kalah di kawasan tuaran.dia adalah orang kanan dalam BN sehingga sampai ke jawatan sebagai Tim.Ketua Menteri Sabah, tanya orang Tamparuli apa dia buat?

    ReplyDelete
  11. So,apa penyelesaiannya?. Di semenanjung PR(PKR+DAP+PAS) sudah kuat. Apa salahnya di Sabah dan Sarawak, kuhusnya di Sabah PR bantu la UBA (STAR+SAPP+x-USNO+parti2 tempatan yang lain). Tapi PR jangan letak calon2(kecuali beberapa tempat sahaja). Biarkan parti2 tempatan meletakkan calon2 mereka di kebanyakan tempat.

    ReplyDelete
  12. Semua akan terjawab dalam PRU13 ini. Sesiapa pun boleh buat andaian tapi bukan fakta atau kenyataan.

    ReplyDelete
  13. SPR dan JPN kena bekerjasama untuk pastikan hanya mereka yang layak saja berhak untuk mengundi.

    ReplyDelete
  14. Diharap semua parti bertanding dengan bersih, bebas daripada taktik kotor yang menjengkelkan.

    ReplyDelete
  15. What makes the opposition think that they can win when they cannot form a strong coalition/cooperation among them?

    ReplyDelete
  16. May the election runs smoothly and free from manipulation.

    ReplyDelete
  17. Ada betulnya juga, sebab isu yang dibualkan oleh rakyat Sabah ialah pada asalnya sistem kepartian politik bahawa di Sabah, di Sarawak dan di Semananjung(Malaya), masing2 dengan parti tempatannya untuk mengurus pentadbiran masing2. (cth. Kemasukan UMNO ke Sabah telah merosakkan sistem kepartian di Sabah). Isunya, Malaya menjajah Sabah. Sama2 kita kaji dan analisis.

    ReplyDelete
  18. saja2 untuk sedapkan hati. setakat ramalan tidak akan menjanjikan kemenangan sebenar PRU nanti.

    ReplyDelete
  19. Tanya dengan kaum KDM dan Cina sendiri. majoriti sokong PR atau BN??

    ReplyDelete
  20. analisa yang tidak rasional...sedangkan sekarang pembangkang masih berebut-rebut untuk menjadi calon...macamana mahu menang?

    ReplyDelete
  21. si MOHD DANIAL ABDULLAH siok sendiri saja ni kan...

    ReplyDelete
  22. pembangkang di sabah masih bermasalah...SAPP mahu jadi hero, Star mahu jadi hero, PR mahu jadi hero...undi pembangkang pada pru13 pasti akan pecah..

    ReplyDelete
  23. manakala undi untuk BN sabah tetap kekal atau meningkat...ini menjadikan peluang kemenangan BN sabah adalah lebih besar..

    ReplyDelete
  24. pembangkang boleh tunggu lain kali lah...

    ReplyDelete
  25. BN akan tumbang di kerusi KDM dan Cina? itu hanya ramalan atau spekulasi atau mungkin juga propaganda pembangkang...kita tunggu dan lihat pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  26. Tak salah Sabah cuba kerajaan baru dibawah PR. Barulah kita tahu manafaatnya. Bagi Sarawak kita dpat kerajaan baru di Putrajaya dibawah PR.Ayuh ubah !!

    ReplyDelete
  27. Minggu lalu rakan rakan dari PKR yang mengagihkan bubur lambuk sekitar Kuantan telah diganggu pemuda Umno yang tidak senang melihat aktiviti kebajikan itu berjalan.Tak taulah pulak kalau bubur lambuk itu mengancam keselamatan negara.

    Di Masjid Jengka 15 pula,usaha PAS untuk mengadakan tahlil perdana sebelum berbuka puasa yang dihadiri Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah diberia amaran oleh Pengerusi Masjid supaya dibatalkan kerana mendapat tekanan daripada juak juak Umno yang baru nak kenal tangga masjid di bulan Ramadhan ini.Walhal golongan songkok hitam ini tak pernah hayatpun mengimarahkan masjid Jengka 15.

    ReplyDelete
  28. PRU 13, TUKARRRR............

    ReplyDelete
  29. Bagus kita tunggu dan lihat selepas PRU-13 bagaimana rakyat membuat pengundian.

    ReplyDelete
  30. Kalau PR yang tumbang, Anwar Ibrahim perlulah bersedia untuk turun.

    ReplyDelete
  31. BN tumbang, Najib dan Musa perlulah bersedia untuk turun.

    ReplyDelete
  32. u bagi la sokongan setinggi gunung pun pru 13 semua calun PBS pasti akan tumbang...kau jgn la byk sangat nak kelentong...ko tengok dulu disabah diatas pemerintahan umno BN/PBS...ADA KE YG MEMBANGAKAN SANGAT UTK RAKYAT....? TAPI DUIT RAKYAT JUGA YG KENA SAPU...KAYU BALAK MANA SUDAH...? INI KA KEMERDEKAAN 54 TAHUN YG KAMU PBS BANGGAKAN....TAI KUTU LA...RAKYAT BUKAN LAGI SEPERTI KATAK BAYA TEMPURUNG....JANGANLAH CKP MERAPU SANGAT YG KONON HANYA PBS DAN UMNO SAJA YG TAHU MENGERUS RAKYAT....KAMI RAKYAT SABAH AKAN PENCENKAN KAMU PRU 13.....INI KALI LA....SATU LAGI....YG KAMU NAK TANYA JANJI ANWAR 100 HARI NAK MAJUKAN SABAH APA HAL PULAK...ANWAR BELUM LAGI MEMERINTAH U DAH NAK TAGIH....YG BN DAN 55 TAHUN MEMERINTAH...MANA SATU YG U BANGGAKAN....KAMU TAK CKP PUN YG PM TU MAKAN DUIT...NFC/TONGKAH HOLDING/MAS TAJUDIN SONGLAP/ KORONI BN SEMUA.....INI KA 55 TAHUN YG U BANGGAKAN SANGAT.....SEKALI LAGI SAYA INGATKAN KAU PRU 13 ...INI KALI LA KEDAMAIAN JATUH DITANGAN PAKATAN RAKYAT....SAYA PERCAYA CALON PBS YG BOLEH MENANG MUNGKIN TINGAL 2 KERUSI SAJA LAGI....ADA LAGI LUGUON LA....INI KALI LA.....

    ReplyDelete
  33. DULU U BOLEH LA CKP PBS KUAT....SEKARANG JANGAN KO MIMPI LA LAGADAN....HUGUAN SIOU KALAU NAK UNDI PUN SKRG SAYA TERUS TERANG SAYA TAK AKAN UNDI PAIRIN....DULU MUSIM LAWAN HARIS....KITA SANJUNG...TP BILA SKRG DAH MASUK BN...MULUT DAH TERKUNCI...MULUT DAH TERSEMBAT KE...?INI LA POWER DO IT....TUNGGU LA RAKYAT PKR KACI KAMU POWER RENGER PRU 13....SAYA RASA PRU 13 INI AKAN MENUNJUKKAN JALAN KERUNTUHAN/KEJATUHAN PBS.....TIADA LAGI YG BOLEH DIBANGGAKAN DLM PBS.....SEMUA CALUN PBS MATI KUTU SEMUA....TERUS TERANG SAYA KATAKAN KEKUATAN PAKATAN RAKYAT DISABAH SKRG SAMA SEPERTI KEKUATAN PBS MENUMBANGKAN BERJAYA DULU......INI KALI LA....

    ReplyDelete
  34. Lanskap politik Sabah telah berubah, masing-masing mendakwa menjadi pilihan rakyat Sabah, PBS tidak segah dahulu, janji hanya boleh dikotakan jika PR beroleh kemenangan.. jadi terpulang utk rakyat Sabah samada utk kekal dgn UMNO atau memilih alternatif baru, idea dan pendekatan baru utk memajukan Sabah mengikut acuan penduduk tempatan..

    **tangki biru**

    ReplyDelete
  35. mesti mau tukarr..

    ReplyDelete
  36. Pepatah mengatakan sudah jatuh ditimpa tangga, apa yg berlaku di pulau pinang sekarang? lim guan eng terlalu angkuh seperti yg dinyatakan oleh orang anwar ibrahim iaitu timbalan ketua menteri (1) Mansor. Karpal juga sedang hebat cari pasal dgn PAS,di sabah kita tengok apa jeffery dan yong teck lee perjuangkan, konon mau perjuangkan sabah for sabahan seperti terkandung dalam 20 perkara, pendek kata kedua-dua mereka ini tidak lain tujuannya mau rebut kerusi KM sekarang.Wahai para penentang kerajaan jangan mimpi lah...yang kerajaan BN dapat di kalahkan, ini kali lah BN menang lebih banyak kerusi berbanding PRU 2008. Anwar pula minta kesian katanya jika tidak menang PRU 13 dia undur diri, apa punya prinsip manusia ini dia punya target mau jadi PM saja,janji Anwar itu semua umpan supaya rakyat Malaysia angkat dia jadi PM.(JANGAN TERPERANGKAP DENGAN JANJI ANWAR.)

    ReplyDelete
  37. ""Kesemua isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta 40% orang Islam sejati Sabah.""

    see.. mereka sendiri berterus terang bahawa pembangkang menggunakan isu 20 perkara, oil royalty, dan PATI untuk mengelirukan rakyat bagi meracuni fikiran mereka supaya mengalihkan sokongan kepada pembangkang..

    ReplyDelete
  38. cuba tengok gambar diatas.. Cina untuk DAP, Campuran untuk PKR, dan Melayu untuk PAS.. mana STAR dengan SAPP?? tembirang sangat la Pakatan ni..

    ReplyDelete
  39. kalau ikutkan PRN Sarawak, PAS dapat "telur", PKR masih ditolak oleh majoriti rakyat Sarawak.. hanya DAP saja yang menonjol.. di Sabah, jumlah pengundi Cina tidak sebanyak jumlah pengundi Cina di sarawak.. PKR sudah tewas di Batu Sapi(isyarat awal).. manakala PAS Sabah pula masih dalam keadaan tenggelam timbul..

    ReplyDelete
  40. sebaik2nya, jangan la mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. pembangkang Sabah patut sedar, mereka sebanrnya sudah kalah sebelum bertanding.. lihat saja, situasa pebangkang di negeri ini yang masih belum mencapai kata sepakat untuk mengadakan satu lawan satu dengan BN..

    ReplyDelete
  41. APA PUN KAMI MAU PERUBAHAN,PERUBAHAN,FAHAM KAH?KAMU MEMANG PENYOKONG BN LAH SEBAB KAU BANYAK DAPAT PROJEK,JADI KALAU BN KALAH HABIS LA KAU KAN.KAN.KAN.SETAHU SAYA HANYA KETUA2,BAHAGIAN,CAWANGAN,AJK UMNO JE YANG TIDAK MAU PERUBAHAN SEBAB MEREKA ADA KEPENTINGAN.

    ReplyDelete
  42. BN janji nk bela rakyat, tp yh di bela adalah kroni..yg tambah kaya kroni..yg tambah miskin rakyat. Janji capati kuah kari..

    ReplyDelete
  43. PBS x temberang lah pada raayat sabah lagi no orang2 sabah sudah mwerasa pahit maung selama lima puluh tahun lebeh d bawah pemerintahan NMNO/PBS/. BN. kini bersukurlah PR datang ka sabah memberi tahu berbagai penipuan dan salah guna kuasa kpd raayat sabah sewkarang terbuka mata apa yg d kata ANwar dan janjinya tumbangkan BN di sabah, ...Jangan terpedaya dgn janji-janji BN...5 tahun sekali hanya mampu bgi tangki air dgn Sabahan...

    ReplyDelete
  44. saya tetap sokong PBS tapi saya tidak akan undi PBS...kerana sokongan BODOH tentang RCI...Royalti...yang mereka sendiri pun sedia maklum bahawa BN tidak pernah jujur didalam memperjuangkan dan memajukan negeri sabah....mereka meminjam perancangan HUGUAN SIOU PAIRIN untuk mereka menarah kemajuan negeri sabah....yang pastinya...PAIRIN tidak mendapat manfaat daripadanya...BN melantik orang islam menjadi Ketua menteri setelah mereka berjaya menjadikan ORANG PERANTAU RAJA diSABAH.....BN menjadikan kaum kadazan dusun sebagai MINORITI....semua ini adalah perancangan TUN MAHATHIR sejak dari TENGKU RETHAUDDIN jadi menteri lagi bagi menyelamatkan bumi MINDANAO dengan sokongan PADU kepada MILF untuk mendapat autonomi islam di filipina......dan BODOHLAH PEMIMPIN YANG TIDAK MENGETAHUI SEMUA INI.......

    ReplyDelete
  45. DSAI bukan PENGUASA PENUH zaman beliau kempen OMNO di Sabah 10 tahun lalu. Orang yang bawa omno ke Sabah, BUKAN ANUAR...! Orang yang bawa omno ke Sabah ialah Mantan PM Mahathir Kutty...!!! Rakyat Sabah diperbodohkan oleh Mahathir. Apa yang penting, RAKYAT Malaysia BERI PELUANG ANUAR IBRAHIM menerajui negara kita. DSAI BELUM PERNAH menerajui kepimpinan negara. Rakyat Malaysia sudah beri peluang omno 55 tahun menarajui kepimpinan negara. Ternyata omno semakin BUSUK, RASUAH, MENYALAHGUNAKAN KUASA, TUKANG FITNAH, TUKANG VIDEO PORNO, SUKA MENAIBKAN ORANG, MINYAK NAIK, BARANG NAIK....HAA....INI HASIL OMNO MUTAHIR INI. OMNO SUDAH SAMPAI HAULNYA...WAJIB DIGANTI...!!! KITA BERI PELUANG PR MEMERINTAH NEGARA 5 TAHUN. DALAM DEMOKRASI PEMIMPIN DAN PARTI POLITIK DATANG DAN PERGI. KITA SUBURKAN DEMOKRASI DI NEGARA KITA. HIDUP PR...!!!

    **angin perubahan**

    ReplyDelete
  46. segala sesuatu ada waktunya.

    ReplyDelete
  47. Wahai penentang kerajaan jika PKR memerintah Anwar kenal sama kamukah,ini anwar cita-cita dia besar jadi PM saja,mahathir tau apa tujuan anwar semasa jadi DPM dulu, itu sebab mahathir tekan dia sampai anwar jadi ketua pembangkang malaysia, biar dia jadi ketua pembangkang sampai pencen.Tunggu PRU 13 PAKATAN akan hanya tinggal nama saja.

    ReplyDelete
  48. Pakatan Sabah kalu dpt sumbang 10 kerusi Parlimen campur Serawak 10 tambah Semenanjung 100, jadi 120 dibanding BN 104 kerusi, kantoilah UMNO/BN. Ini kalilah! Kejatuhan UMNO ialah 'their own doing'. Sudah kasi 18 tahun di Sabah, apa yg dapat dibanggakan. Macai2 sahaja kaya raya!

    ReplyDelete
  49. Sama2 kita menangkan PKR utk angkat DSAnwar kajawatan PM. Selamat sejahtera utk 1Malaysia. Belajar dgn sejarah politik negara jiran atau negara2 luar. Mereka terus membangun dan membangun setelah brtukar mcm2 parti yg memerintah negara. Malaysia? Ada yg kata negara maju ke masih mmbangun. Ehh,dah berpa lama asyik mmbangun jer. Bila maju nyer? Tapi bg yg tak pernah keluar negara, confirm mereka akan kata Malaysia dah maju.
    ** 888

    ReplyDelete
  50. semua lah mau jadi tok nujum ni..macam2 ramalan sudah saya dengar.

    ReplyDelete
  51. semua parti pun mahu menang di Sabah ni kerana itu Sabah makin jadi tumpuan.

    ReplyDelete
  52. baik tunggu dan lihat sajalah apa yang berlaku nanti.

    ReplyDelete
  53. pembangkang mahu menang, tpi sibuk bercakaran sesama mereka.

    ReplyDelete
  54. sukar untuk melihat formula 1 lawan 1 di Sabah kerana parti2 pembangkang masing2 dengan ego mereka.

    ReplyDelete
  55. PENDEK KATA, SOKONG SAJA MANA-MANA PEMBANGKANG, ASAL BUKAN KERAJAAN..... MAU TANAH KAMU KENA AMBIL? MAU MASA DEPAN KAMU KENA AMBIL? MAU HARGA MINYAK NAIK? MAU HARGA BARANG NAIK? FIKIR-FIKIR LA.....INI KALI LA......

    ReplyDelete
  56. Pemimipin2 umno/BN Sabah yg asik mengampu pemimpin KL seperti kerbau dicucuk hidung kerana penting diri sendiri dan tukang kilat kasut Pemimpin2 KL.TUKAR...TUKAR..TUKAR..Sokong APS PR PRU 13.

    ReplyDelete
  57. umno/bn apa yang dah mereka buat untuk negeri sabah semuanya hancur. rakyat sabah miskin berpunca dari umno/bn. rakyat sabah banyak merempat di negeri sendiri ini berpunca dari pemimpin umno/bn yang merompak harta negeri sabah. mari kita tumbangkan umno/bn pada PRU 13 ini dan kita pilih pakatan rakyat

    ReplyDelete
  58. kami bukan mau peruntukan kami mau hak rakyat SABAH diperjuangankan.undi saja bagi peruntukan zink/tangki air buat apa...itu semua sya buli beli bahh...kami mau hak SABAH diperjuangkan ..ABU...

    ReplyDelete
  59. kami sekeluarga adalah pengundi kuat BN/UMNO selama ini..... tapi apa yg kami dapat skrng?????????? PRI13 ini kami tidak lagi mengundi BN iaitu sebuah parti yg Ahlinya dan Menterinya sombong, angkuh, berlagak mcm parti itu nenek mereka yg punya sdangkan mereka adalah pendatang yg baru sampai di tanah Sabah tapi dah nak menjadi juara d bumi SABAH yg kami cintai ini. INI KALILAH BN/UMNO akan kami kuburkan dari ingatan anak cucu kami. itu janji kami untuk SABAH.

    ReplyDelete
  60. PBS? dulu2 kaw la KING, sekarang? taik tasu la, pemimpin2 PBS semua mcm kerbau suda, UMNO yg tarik hidung dorg.. ikutttttt sja, Ni kali lah

    ReplyDelete
  61. Dah lupa ke cara BN nak berkuasa di Sabah dengan buat projek IC, hingga tumbang kerajaan Negeri dari PBS, kalau nak Anwar tunaikan janji 100 hari untuk memajukan Sabah kena menangkan Pakatan Ralyat dahulu, sedarlah rakyat Sabah projek IC yang dilakukan oleh BN semata mata nak berkuasa dan terus menjadikan mereka gila kuasa, mereka galak mengata Anwar gila kuasa padahal merekalah yang gila hingga sanggup buat projek ic.

    **org kita**

    ReplyDelete
  62. dear terrorist

    dulu masa PBS masih pembangkang, saya paling minat ini parti dan sokong habis2an, tp tyme tu saya belum lagi boleh mengundi dan impian apabila boleh mengundi, saya akan undi calon PBS...tp sekarang, PBS dulu sama PBS sekarang tidak sama lagi..dulu bolehlah PBS Perjuangan Belum Selesai, tp skrg sudah masuk dlm parti komponen BN, PBS sudah jadi Perjuangan Berakhir Sudah. maka ini tandanya PBS akan Be eNd dlm Barisan Nasional! Huguon Siou PBS juga hampir2 tumbang dalam PRU 1999...

    ReplyDelete
  63. Pairin diam saja sebab dia sudah tua, tapi dia bilang sama orang sabah contoh di negara lain katanya makin tua makin dipakai tenaga dan pemikirannya, inilah salah satu keangkuhankah atau kegemilangan pairin?

    ReplyDelete
  64. Janji ditunai benda no. 2... yg penting jatuhkan dulu syaitan yg selalu rompak duit rakyat.. Nilai samaada PR boleh dipercayai atau tidak. Yg terbaik rakyat pilih.

    ReplyDelete
  65. Jarang2 PBS komen tentang PKR..tapi bila angin perubahan mula bertiup maka mereka mulai gementar.. ya, angin perubahn itu sudah datang.. cuma menunggu masa menumbangkan BN Sabah pada PRU 13.. anak muda menyokong perubahan..!

    ReplyDelete
  66. Tunaikan janji kalian. Jangan dek kerana RM + kain pelikat + catuan makanan + gula-gula, kau orang dah jadi gelap mata, tak guna jugak. Jadikan 1janji + 1muafakat + 1tekad, Sabah kita ubahkan.

    ReplyDelete
  67. Bagus anak muda menyokong parubahan. Kita barsatu utk parubahan lanskap politik Sabah bg menjamin hak2 Sabahan terpelihara, tarutama PATI yg ada ic. Saya takut ( bukan heran) bila warga asing ada ic. Mereka akan boleh dlantik kjawatan tinggi negara dan tak mustahil maklumat negara akan terjual scara diam ( suatu masa nti).

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  68. Why must KDM and Chinese?

    ReplyDelete
  69. Adakah kerajaan baru lebih sesuai dan lebih berkemampuan membawa perubahan untuk rakyat di Sabah?

    ReplyDelete
  70. Sabah tidak mungkin masih sebegini berbanding dengan negeri lain. Lihat sumber yang kami ada? Kenapa masih tiada perkembangan yang pesat.

    ReplyDelete
  71. FAKTOR MENGAPA RAKYAT SABAH TOLAK BN:

    1.Perkara 20 Sabah & MA63.
    2.Menuntut Royalti Minyak 5% - 50%.
    3.Isu PTI & IC PROJEK.
    4.Isu Rampasan Tanah NCR.
    5.Permohonan Geran Tanah NCR Tdk Diendahkan.
    6.Melaksanakan Sepenuhnya Dasar Borneosasi.
    7.Memansuhkan Dasar Kabotaj Harga Barangan.(Harga Disabah Lebih Tinggi Berbanding Malaya).
    8.Permohonan Dalam Perkhidamatan Awam.(Rakyat/Graduan Di Malaya Lebih Diutamakan Oleh Persekutuan Menyebapkan Kadar Penganguran Disabah Lebih Tinggi.
    9.Memansuhkan Sistem Kuota Dalam Penjawatan Perkhidamatan Awam Disabah.
    10. Isu Sabah Negeri Termiskin Di Malaysia Walaupun Kaya Dengan Hasil Bumi.

    ReplyDelete
  72. Pembangkang tidak mudah untuk mengambil alih dengan keadaan yang kelam kabut antara pembangkang juga.

    ReplyDelete
  73. Pepecahan pembangkang akan mendorong BN terus menang.

    ReplyDelete
  74. Kami menanti sejauh manakah STAR boleh pergi terutama di PRU akan datang.

    ReplyDelete
  75. pendek serita, ini kali laaaaaaa..

    ReplyDelete
  76. It's really hard to figure this things out so never assume anything.

    ReplyDelete
  77. Apa yang penting ialah tanggungjawab rakyat untuk mengundi di pihak yang benar.

    ReplyDelete
  78. In fact, you can't determine which groups are the best voters after all.

    ReplyDelete
  79. Rakyat jelas siapakah kerajaan yang mereka perlukan.

    ReplyDelete
  80. Sabah akan berlangkah ke depan berbanding negeri lain dengan sumber minyak dan lain yang boleh mendapatkan pendapatan yang mencukupi.

    ReplyDelete
  81. macam lala tu pecacai umno..

    ReplyDelete
  82. Kita tunggu saja setakat mana kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  83. Bab janji tak payah cerita lah... kamu semua kalau nak memikat wanita ke, nak meminjam wang ke semua berjanji jugak... antara dikota atau tidak.

    Jika tiada kuasa mutlak macam mana nak penuhi janji... haprak la korang...

    ReplyDelete
  84. belum tentu lagi, kita tgk keputsannya nnti.

    ReplyDelete
  85. Betulkah pengundi hantu tidak digunakan olih BN kali ini tunggulah apabila datang berbus2 besar pada hari mengundi maka itu lah pengundi hantu.

    ReplyDelete
  86. Aku BANGGA dengan BN/UMNO yang menjadikan negeri Sabah negeri TERMISKIN walaupun kaya dengan hasil sumber buminya! Mana semua hasil bumi Sabah itu kena makan HANTU JEMBELANG yang bunuh Altantuyakah!

    ReplyDelete
  87. Anon 6.54 HANTU JEMBELANG itu suruh bunuh Altantuya. Bagus adakan reward bagi sesiapa yang boleh cari siapa yang suruh bunuh perempuan itu!

    ReplyDelete
  88. dulu saya pengundi BN. Masa tu kira BODOH lah.. Kini saya pengundi BIJAK sebab itu saya undi pembangkang. Mengapa? Kampung saya belum dapat bekalan air bersih..Belum ada jalan raya bertar, belum ada elektrik.

    Adakah Pembangkang boleh bagi?

    Jawapan saya belum pasti tetapi yang pasti kerajaan BN tidak mampu memberikannya walaupun sudah 55 tahun memerintah.

    Saya harap pengundi tidak termakan dengan pemberian tong gas, zink,pam ,tangki biru dan segala janji manis BN kerana mereka memang tidak mampu melakukannya..terbukti sudah 55 tahun memerintah.

    ReplyDelete
  89. Tak perlu bising begini. Tunggu saja hari mengundi. Ini kewajipan sebagai warganegara. Mari tunaikan hak kita dan pilih secara sihat. SPR juga perlu sihat dan tidak kotor dengan pengundi hantu dan pengundi pos yang 'dipimpin'. Mari mengundi apabila masa itu tiba.

    ReplyDelete
  90. The key for Umno to achieve a resounding victory in the next general election, especially in securing the confidence of the voters, is the unity among party members.

    ReplyDelete

  91. Kelantan Umno liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said party members must not get involved in activities that could sabotage the party.

    ReplyDelete
  92. Mustapa said Umno members must take note of the warning by deputy party president Tan Sri Muhyiddin Yasssin that those who worked against the Barisan Nasional would be sacked.

    ReplyDelete
  93. The decision was made by our leaders and they have their own 'method' of identifying those involved in acts of sabotage.

    ReplyDelete
  94. "We, as Umno party members, must listen to their advice and not cause any problems to the party," said Mustapa, who is also the International Trade and Industry Minister, at the Tanah Merah Umno division delegates' conference.

    ReplyDelete

  95. About 3,500 party members attended the meeting, held at SM Belimbing. Present was Tanah Merah Umno division chief Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  96. Mustapa said all party members must place the party's interest above all else.

    ReplyDelete
  97. "The time is short as we only have about five or six months before the election is held.

    ReplyDelete

  98. "We must work as a family so that Umno will emerge strong in facing challenges. So, forget your enmities and focus on beefing up the team."

    ReplyDelete

  99. Mustapa also reminded Umno members to enlighten the people about the dubious promises that had been made by Pakatan Rakyat leaders during the 2008 general election, which they had yet to fulfil.

    ReplyDelete

  100. Meanwhile, Ikmal Hisham said the Tanah Merah Umno division would go all out to ensure victory for the party and Kelantan Barisan Nasional in the next general election.

    ReplyDelete
  101. He said division leaders were working hard to win the three state seats (currently held by Pas) and the Tanah Merah parlia mentary seat (held by Parti Keadilan Rakyat).

    ReplyDelete
  102. "We will do whatever is necessary to gain back the confidence of the voters towards Umno and BN.

    ReplyDelete
  103. "The support from the people towards Umno and BN is increasing and they are in high spirits with regard to our Gelombang Merah programmes."

    ReplyDelete
  104. Undi PR, SABAH HANCUR,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.