Thursday, August 30, 2012

TGNA Pelawa Fathul Bari Bersemuka

Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. -SH




15 comments:
Write comments
  1. Jika Tok guru Nik Aziz enggan menerima pelwaaan Fathul Bari untuk bersemuka membincangkan isu Hudud, tak apalah.

    ReplyDelete
  2. Sudahkah DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang memberi pendirian mereka terhadap isu Hudud ini? Adakah mereka bersetuju untuk melaksanakan hudud ataupun menolak hudud?

    ReplyDelete
  3. perbincangan / muzakarah disertai dengan tindakan amat dialu-alukan, tapi kalau sekadar melepaskan batuk di tangga untuk menunjukan siapa yg betul inda payahlah...

    ReplyDelete
  4. Dalam BN pun menolak hudud apatah lagi UMNO org melayu/islam sendiri para pemimpin tolak hudud, mungkin ada niat mereka melaksanakannya tapi bukan bersumberkan al quran tapi beracuan kitab BN , PAS ibarat nelayan turun ke laut yg akan menghadapi gelombang tapi niat untuk mencari rezeki tetap diteruskan.... kerjasama tetap kerjasama tapi niat untuk melaksanakan hudud tidak akan berubah.!

    ReplyDelete
  5. Semua la mahu jadi yang maha kuasa. Semua mahu tunjuk pintar.

    ReplyDelete
  6. kenapalah nak heboh sangat pasal "HUDUD" hudud tak pernah nak menyusahkan sesiapa d muka bumi ini...faham...bodoh...bahalol.

    ReplyDelete
  7. apa yang susah, jika mereka percaya hukum ini wajib, maka pratiskan saja dikalangan orang2 islam.

    ReplyDelete
  8. Tapi apa yang penting, jangan praktiskan hukum ini kepada rakyat yang bukan beragama islam.

    ReplyDelete
  9. Asyik2 Hudud, bosannya PAS ni.

    ReplyDelete
  10. Undang-undang yang ada sekarang sudah memadai

    ReplyDelete
  11. tidak mungkin hukum hudud ni dilaksanakan di Malaysia. biar PAS laksanakan di Kelantan saja.

    ReplyDelete
  12. baik mereka bincangkan hal ini dgn baik.

    ReplyDelete
  13. eh.. bukan pemimpin2 Pakatan pun suka guna cara yang sama ka?? mana ada jumpa terus.. mesti masuk media dulu..

    ReplyDelete
  14. ust fathul !!.Jgn jadi ulama' usu' sudahlah. Iaitu ulama jahat.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  15. "Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. "

    contoh betapa tingginya keegoan pemimpin2 Pakatan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.