Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.
Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.
"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.
"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.
Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
''Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.
''Ada tiga. Pertama, bagi orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama. Bagi orang yang menentang penafsiran tidak semestinya mereka menentang hudud tetapi mereka hanya menentang penafsiran (hukuman) hudud.
"Dan ketiga, apabila seseorang mengatakan, hukuman itu tidak dapat dilaksanakan pada zaman ini kerana tidak cukup syarat atau suasana tidak sesuai, tidak boleh dikatakan mereka sebagai menentang hudud," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Asri berkata, hukum hudud yang termaktub di dalam al-Quran boleh memberi lebih daripada satu penafsiran.
Katanya, mereka yang memberi penafsiran mengenai hukuman itu pula tidak semestinya menentang Islam. Sebaliknya, hanya melontarkan pandangan mengenai hukuman tersebut.
"Umpamanya (bila ada yang bertanya) apa syarat tangan untuk dipotong, apa kesan jika tangan dipotong. Serta beberapa pandangan sarjana mengenai hukuman ini. Jika beberapa pandangan terhadap penafsiran itu yang berlaku sekarang, itu bukan menentang hudud.
"Kalau tolak penafsiran, sebagai contoh, PAS- mengenai enakmen liwat atau kes zina dan empat orang saksi. Itu bukan menentang al-quran tetapi (menentang) penafsiran," jelasnya.
Sehubungan itu, Mohd Asri berpendapat, situasi yang berlaku sekarang bukan mengenai seseorang yang menentang hukum Allah itu tetapi hanya memberikan pendapat mengenai kesesuaian melaksanakan hukuman berkenaan.
"Saya rasa kini mereka bukan menentang hukum tuhan tetapi memberi pendapat dengan mengatakan suasana sama ada sesuai atau tidak untuk melaksanakan hudud. Bukan hudud itu tidak sesuai tetapi suasana.
"Kita kena tahu sama ada orang itu pertikaikan hudud itu sendiri atau mengatakan hukuman itu sesuai atau tidak sesuai. kalau pertikai hudud itu sendiri, dia telah keluar agama tetapi kalau menentang penafsiran hudud itu, tidak sampai hingga terkeluar daripada agama," katanya lagi.
Kelantan promosi hudud
Dalam tulisan di blognya itu, beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.
Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.
"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.
"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.
"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.
BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.
-MK
DAP sendiri ada mengatakan untuk keluar dari PR jika PAS laksanakan hudud.
ReplyDeleteEnakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990. Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri Kelantan.
ReplyDeleteMengenai hukum hudud ini rasanya perlulah dikaji sebaiknya.
ReplyDeleteMana2 orang atau organisasi yg meminta hudud diKAJISEMULA ,itu suda jelas spt apa yg Dr MAZA ( bekas mufti perlis kata ). Ada pula kita berani kata hukum Tuhan kena kaji sebaiknya utk dilaksana. Cerdik kita drp Allah subhanahu wata'ala.
ReplyDeleteMampukah PAS terus bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain seperti DAP dan PKR sedangkan pendirian mereka terhadap isu hudud ini tidak sehaluan. Nik Aziz ada meminta Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk menyatakan pendirian mereka tentang hudud selepas Kapal Singh menolak hudud.
ReplyDeleteJikalau Pakatan Rakyat menang PRU-13, tapi tidak bermakna PAS boleh melaksanakan hukum hudud jika pemimpin PKR dan DAP tidak bersetuju. Baik PAS mengenal pasti pendirian mereka dulu. Mungkin terpaksa mereka keluar dari Pakatan seperti apa yang digesa oleh Nasharuddin.
ReplyDeleteLebih baik lagi PAS mendapatkan pandangan daripada orang ramai mengenai keputusan melaksanakan hudud ini sebelum mengambil tindakan. Mereka perlu mendapat persetujuan majoriti rakyat barulah boleh melaksanakan hudud.
ReplyDeleteKini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
ReplyDeleteJusteru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Terima kasih.
JIKA KELANTAN LAKSANA JUGA HUDUD PD WAKTU ITU ( 1993 ), BN AKAN MERAMPAS KUASA DKELANTAN MELALUI KONSEP ALA-MAGERAN SPT MANA JATUHNYA PAS THN 1970AN DULU. ITU AMARAN JELAS BN KPD PAS DKELANTAN.
ReplyDeleteDr Mohd Asri, Dr. tak usah lah sangat membuang masa menasihati mereka. mereka mempunyai MUFTI yang terbilang.
ReplyDeletePerihal Hudud Ini apakata Semua dan Mana Mufti-mufti yang di Lantik sebagai Penasihat SULTAN RAJA-RAJA MELAYU Yang BerAgama ISLAM....bukan nak bertegang Urat denagan Bukan ISLAM lepas itu Kita Dakwah kepada semua berkebaikan berpelajran dan berilmu dalam ROH KEBAIKAN....Mana cerdik pandia dalam Ilmu Al-Quran, ekonomi, politik Islam, Pendidikan , Doktor Islam, Hakim Islam dan banyak lagi ....jangan jadi bahan ketawa .....sikit punya hal politik......fikir2kan
ReplyDeletesusah betul mau cr ulama yg boleh mnytakan pndapatnya secara terus. ~susah betul hati bila hudud ini dipersendakan akhir2 ini. kalau xtau, diam2 la..jangan berckp ssuatu yg kita tak sure, jangan main2kan agama
ReplyDeleteumno peduli hapa terkeluar islam ke apa ker...yg penting umno main isu hudud utk pancing undi bangsa lain spy takut hudud...umno ni syaitan bertopeng maknusia...hampehhhh!
ReplyDeleteSampai sekarang tiada penyelesaian tentang Hudud?
ReplyDeleteBila agama terlalu dipolitikkan, apa sebenarnya pegangan umat?
ReplyDeleteJika umat barkata ugama dan politik ndak boleh barsatu..KUFFUR lah umat tu.
ReplyDeletekalau tidak alif tentang hukum hudud yanglah memandai-mandai untuk membuat kenyataan apalagi mempelekehkan hukum Allah. Disebabkan lidah kita akan jatuh murtad. terbaik baik adalah diam dan sokong saja kerana ini undang-undang Allah untuk semua.. bagi yg tidak menerima jangan buat kenyataan yg boleh menyinggung perasaan org lain.
ReplyDeletekalau mati untuk bangsa mungkin orang atau pemimpin akan memperingati kamu di dunia ini sampai bila-bila tapi belum bagi Allah untuk merestui....Tapi kalau Mati kerana ikhlas memperjuangkan Hukum2 Allah dari dunia sampai akhirat Allah merestusi....! FIKIR2 KAN LAH mati ke sana jua bukan ke planet!
ReplyDeletePas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak. ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang2 Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab2 berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang2 kekeluargaan.
ReplyDeletePendirian PAS tentang sikap DAP menolak hudud dapat diterima, tetapi penolakan Umno yang terdiri daripada orang Islam terhadap hudud tidak dapat diterima.
ReplyDeletePAS boleh membuat perjanjian dan bekerjasama dengan DAP yang tidak dapat menerima hudud tetapi tidak boleh bersetuju dengan Umno yang tidak menerima hudud.
kalau org bukan islam tidak terima hukum hudud kita fahamlah anggaphlah mereka tidak tahu sama sekali tgt perjalanan hukum islam atau apa2 tgt islam.apa namanya bukan islam biar mereka dgn Tuhan ..TAPI..!kalau orang islam sendiri tidak faham atau buat2 tidak faham dan tidak terima hukum hudud ,hukum Allah sendiri itu bererti Allah membutakan mata, buta hati untuk menerima cahaya islam..org ini bagus di tanam hidup2 kerana manusia inilah perosak agama menjauhkan org memahami tgt islam dan mengelirukan umat islam itu sendiri...
ReplyDeletecarilah mana2 kitab di dunia ini yang dapat mengatasi Al quran yang complet mengatur hidup manusia dari sekecil kuman hingga sebesar dunia dan seisinya. Allah menyatakan tgt hukum hakam dosa pahala dan peringatan kepada umat manusia,jin dan iblis sebelum menghadapNYA..
ReplyDeleteasal PAS mesti isunya agama.. boring
ReplyDeleteDlm umno tu sendiri ada gesaan utk Hudud dilaksanakan?apakah selama umno memerintah malaysia 55 tahun ni masih x mampu?dimanakan keseriusan umno didalam hal ni?umno Islam ka?Umno ada ke menganjurkan apa-apa seminar atau persidangan atau bengkel pasal Hudud ni?
ReplyDelete