Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.
"Saya akan cuba yang terbaik. Saya yakin kita akan menang. Tetapi jika tidak, saya akan letak jawatan," kata Anwar malam tadi dalam lepak Google yang disiar secara langsung di YouTube.
AFP melaporkan Anwar, yang telah mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown di Washington, berkata beliau akan kembali kepada kehidupan akademik jika kalah.
"Jika kita tidak mendapat mandat, maka kita harus beri ruang untuk barisan pelapis dalam kepimpinan," katanya semasa program sejam soalan-jawab yang sebelum ini menampilkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu, tetapi telah berkempen menentang gabungan itu sejak penyingkiran mengejutnya pada tahun 1998.
-MK
Monday, August 20, 2012
Anwar bersara jika kalah dalam PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Elok le tu DS Anwar. Andai rakyat 1Malaysia gagal brsama PR dlm menghadapi kezaliman BN....serahkan kpd mereka utk BN menghancurkan negara. Orang melayu sebenar sudah LAYU dan andaikata meeka masih setia brsama kezaliman UMNO/Bn, apakan daya kita. Bagaimana pun, pemimpin pelapis tentunya ada,cuma aura mungkin tidak spt DS.
ReplyDeleteToday or never! Ini kalilah!
ReplyDeleteKami tak kisah jika Anwar bersara awal pun ASALKAN UMNO tidak lagi memerintah Malaysia...Namun peranan Anwar utk memastikan UMNO tidak lagi memerintah Malaysia amat penting.
ReplyDeleteDSAI tidak akan rugi apa2 jika dia tidak dapat menjadi PM. tetapi yg rugi ialah generasi baru Malaysia kerana mereka bakal akan mewarisi sebuah negara yg sangat korup dan akan menuju kpd kebangkrapan yg pasti.....
ReplyDeleteAdakah orang Sabah memerlukan UMNO?
ReplyDeleteMemang UMNO sangat kuat di Sabah dibanding Semenanjung. Sabah satu2nya negeri pembangkang selepas PRU yg diperintah UMNO. Kalu tepat ramalan saya, dimanakah kesetiaan YB2 UMNO ini? Apakah mrk mau stay atau lompat? Saya jamin, 100% akan lompat dan jilat2 itu PKR yg mrk kutuk2 itu. Ini belum berlaku kerana UMNO Sabah belum diuji. Kalu diuji, lain hasilnya.
ReplyDeleteApakah UMNO mudah ditumbangkan? Saya fikir tidak.
ReplyDeletePR boleh menang dlm PRU13
ReplyDeleteSimptom2 menunjukkan PR boleh menang menyebabkaN DSAI berani menyatakan akan berundur jika PR kalah
1. Najib smpai sekarang tk berni buat PRU lagi.
2.Sifu UMNO Tun Madey gagal menyakinkan rakyat.
3.SB sudah ada maklumat BN akan kalah.
4.Pakatan Rakyat PAS-PKR-DAP masih utuh smpai kini w/pun ada isu2 yg dimainkan.
5.Media TV sibuk dgn berita yg memburukkan pembangkang
6.UMNO BN telah membusukkan pentadbiran MB Sgor ttpi masih gagal.
7.Org Cina masih di pihak pembangkang.
8.Najib nak bayar royalti pd Klantan
9.Bersih 3.0 sbg tanda rakyat bangun utk menyatakan hak mereka secara aman.
10.Beberapa og MP Sabah berpaling tadah
bersambung lagi
Kami rakyat malaysia mahukan perubahan dlm pentadbiran, so tak musthail
ReplyDeletetawan putrajaya.
Di Jepun, parti Liberal Democrat Party ( LDP ) sudah 50 thn memerintah dan membangunkan Jepun dr 'ground zero' pd kesan2 bom atom tentera bersekutu,tiada bahan2 mentah utk bangunkan teknologi spt bijih besi, kelapa sawit,petrolium dan sbgnya. Ia spt UMNO yg memerintah Malaysia selama 55 thn.
ReplyDeleteBagaimanapun, LDP tumbang 3 tahun lepas hanya atas alasan rakyat mereka, pemimpin2 drp parti LDP dilihat ada unsur2 penyelewengn / penyalahgunaan kuasa lantas rakyat memilih utk menolak LDP dan melantik pemimpin2 baru dr kalangan parti baru wujud iaitu Democratic Party of Japan ( DPJ ). Dlm keadaan mereka tak tahu apa dia manifesto DPJ dan apa tujuan penubuhan DPJ pun mereka tatap mamilih parti baru. Namun mereka brtegas,andai parti baru itu pun mcm 2x5 jer dgn LDP, mereka kata akan humban jugak parti itu ke longkang. Tiada istilah mundur bg rakyat Jepun hanya dgn menolak LDP ke atau DPJ selepas ini. Namun yg penting Jepun tetap gagah dari sudut ekonomi, teknologi malah pertahanan negara pun. UMNO pula ada kah brjaya membentuk ekonomi mampan ( cakap je lar), teknologi? atau pertahanan negara dimana senjata pun org dah tak pakai kita baru dpt(senjata apa yg ada tak tau ler tapi kalu ada pun dgn regt Artilleri)kalu unit infantri tu haahh, jln kaki jer lar tepi2 jalanraya tu atau perkara2 lain dlm keadaan kita banyak bahan2 mentah. Hasil dr pokok getah yg ada getah tu, mana kilang tayar kita utk buat tayar? Malah negara China dah ada banyak tayar2 mereka di pasaran kita. Import hasil getah dr kita ke? Kalau Jorn Borg Dunlop dulu ambil getah dr negara Brazil utk cipta tayar jenama Dunlop.Kreta nasional tu pun enjinnya dr Jepun ( mitsubushi) yg kita import dr negara yg tak ada bahan mentah. Mereka cuma ada otak jer.
Morale of story....SAMAKAH PEMIKIRAN RAKYAT NIPPON ( JAPAN) DGN OTAK ORANG meLAYU ? Org melayu hanya dimomokkan oelh UMNO bahwa UMNO yg trbaeek utk mamarintah,tiada yg laen kacuali umno. Hasilnya meLAYU terus trkulai LAYU ibarat bunga yg brguguran di tasek sepi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah PRU-13.
ReplyDeleteRasanya Datuk Anwar Ibrahim kena bersara selepas PRU-13 nanti. Tapi isteri dan anak perempuan Datuk Anwar Ibrahim masih boleh menggantikannya. Kita tunggulah dan lihat.
Datuk Anwar Ibrahim masih belum lagi menghapuskan hasratnya menjadi PM Malaysia.
ReplyDeleteSekiranya PR gagal lagi pada PRU13, maka kita sekalian rakyat M'sia akan dapat menyaksiakan hari bersejarah iaitu hari persaraan Anwar.
ReplyDeletePelapis yang ada diperlukan untuk menganti mereka yang tewas dalam PRU13.
ReplyDeleteJika benar beliau bersara, ini adalah satu tindakan yang betul.
ReplyDeletePenglibatan Anuar dalam politik juga sudah lama, jadi adalah lebih baik jika beliau bersara dan berikan peluang kepada generasi muda.
ReplyDeleteEleh...mana Anwar berani cakap macam tu jika bukan ada rancangan tersembunyi?
ReplyDeleteKalau kalah pun, nanti boleh guna alasan yang rakyat masih perlukan beliau dalam arena politik.
ReplyDeletekita tengoklah samada beliau tepati apa yang sudah keluar dari mulut dia sendiri.
ReplyDeleteboleh percaya ka cakap Anwar ni?? semua ni hanya gimik politik.. sekadar untuk mendapatkan simpati dari rakyat..
ReplyDeletesiapa yang tidak kenal dengan Anwar.. kalau dilihat perjalanan politik beliau sejak bergelar pembangkang, beliau lebih banyak memohon simpati dari rakyat berbanding dengan memperjuangkan nasib rakyat..
ReplyDeleteSatu berita baik yang kita ingin dengar ini. Harap sangat Anwar akan bersara.
ReplyDeletekta tgk benarkah Anwar akan bersara jika kalah.
ReplyDeleteaku pengundi atas pagar....
ReplyDeletebelum buat keputusan nak undi BN & PR....
mungkin juga perubahan patut dilakukan...