Saturday, August 18, 2012

"Janji Demokrasi" Mahu 8 Tuntutan Ditunaikan!

Gabungan Janji, sebuah gabungan terdiri daripada 49 badan bukan kerajaan (NGO), tidak mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), seperti yang dilaporkan oleh media tempatan akan berhimpun pada malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.

Menurut penganjur, di bawah tema “Janji Demokrasi”, mereka akan berhimpun di pancuran air di kawasan tersebut pada jam 10 malam pada hari tersebut.

“Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat “Janji Demokrasi”.

“Gabungan Janji sekali lagi dengan terbuka hati ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang cukup istimewa kali ini.

“Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa. Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai baju berwarna kuning pada malam ambang Merdeka,” kata pengelola perhimpunan Janji yang dihantar pada The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

“Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan,” kata beliau.

“Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulinan Hari Kemerdekaan.

“Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55,” kata beliau lagi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail menasihati penganjur Himpunan Janji Bersih agar tidak membelakangkan undang-undang negara ketika menganjurkan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.

Ismail berkata hak untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut kemerdekaan negara adalah milik setiap rakyat di negara ini, namun berharap pihak penganjur tidak membawa sebarang agenda lain untuk kepentingan pihak tertentu.

“Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

“Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara,” katanya lagi. -TMI

19 comments:
Write comments
  1. “Saya melihat begini, kalau mereka nak berhimpun semata-mata untuk meraikan kemerdekaan, itu semua hak rakyat dan itulah semangat yang kita mahukan.

    “Tapi saya harap mereka tidak bawa agenda untuk kepentingan pihak tertentu dan membelakangkan undang-undang negara,” katanya lagi. -TMI

    Petikan Ucapan Ketua Polis Negara.
    Ucapan jelas sebagai kroni Umngok..

    ReplyDelete
  2. Ahh,sekarang memang le kasi. Tengok Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua kata boleh dr PM, YB Menteri hingga kpd pihak polis. tahu2 tiba 'harijadi' 2000 bala tentera upahan Umporno ambil bahagian utk belasah rakyat. Standard le tu kalau jenis negara diktator atau demopkrasi trpimpin.

    ReplyDelete
  3. Pengertian kemerdekaan berbeza2, bagi pemerintah mengekal pemerintahan satu kemerdekaan bagi mereka, pembangkang pula erti kemerdekaan jika dapat menubuhkan kerajaan baru. Bersih menuntut 8 perkara sebagai perjuangan kemerdekaan mereka. Dari dahulu lagi erti kemerdekaan berbeza. Pemerintahan british dan jepun tuntutan kemerdekaan tidak sehaluan, masing2 menuntut kemerdekaan dengan cara mereka.

    ReplyDelete
  4. Ramai ker, tak ramai ker, itu bukan isunya.

    Isunya disini ialah Rakyat dah BUKTIKAN pada BERSIH 3.0 yang mereka dah bosan dengan Pentadbiran Rejim BN.

    Walaupun Janji Demokrasi berlansung ketika umat Islam sedang menyambut Hari Kebesaran, namun ia tidak sedikit pun mematah SEMANGAT KAMI!!!

    KAMI AKAN TURUN BUKTIKAN!!! Biar seorang, biar 2 orang, PERJUANGAN INI TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA!!!

    LAWAN TETAP LAWAN!!!

    TAKBIR!!!

    JANJI DEMOKRASI!!!

    AYUH RAKYAT!!!

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!

    ReplyDelete
  5. memang pun...UMNO sahaja yang minat janji kotor......kamu lihatlah nanti berapa ramai tapi jangan ada yang menimbulkan provokasi.....ada yang menyamar pakai baju kuning dan menimbulkan huru hara......terutamanya persatuan peniaga 2 kecil yang telah bertekad untuk membuat kacau.....jangan rosakkan suasana merdeka kerana ini tak ada kena mengena politik....merdeka ini kepunyaan rakyat jelata....

    ReplyDelete
  6. KUALA LUMPUR : Menyedari tahap ekonomi negara Malaysia yang semakin merundum dengan realiti hutang negara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan satu kempen “Selamatkan Malaysia!” dengan slogan “BN-Bankrup Negara”.

    Kempen yang dilancarkan semalam ini mendapat sokongan daripada Pemuda PAS Wilayah dan Selangor dengan mengerahkan tenaga kerja untuk mengedarkan risalah di stesen-stesen bas utama seperti Hentian Putra, Hentian Jalan Duta dan Terminal Bandar Tasik Selatan.

    ReplyDelete
  7. Sambut kemerdekaan dengan semangat kemerdekaan dan kita sama2 menghargai dan memperingati pejuang2 kemerdekaan.

    ReplyDelete
  8. Lebih jangan mempolitikan kemerdekaan

    ReplyDelete
  9. Slogan PAS: Undi PAS masuk Syurga, Undi UMNO masuk Neraka.

    Adakah PAS boleh menghantar seseorang ke Syurga ataupun Neraka? Adakah kenyataan macam ini bersifat demokrasi.

    ReplyDelete
  10. Demokrasi adalah kebebasan untuk mengundi mana-mana parti yang rakyat rasa sesuai untuk masa depan negeri. Sama ada mereka rakyat memilih BN ataupun Pembangkang, itu kebebasan rakyat.

    Undi tetap rahsia.

    ReplyDelete
  11. Ada banyak lagi janji yang belum ditepati dan hal ini menjadi persoalan kepada slogan kemerdekaan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  12. Harap sesuatu dapat dilakukan agar slogan ini tidak menjadi kontroversi.

    ReplyDelete
  13. Rakyat Msia berhak sambut hari kemerdekaan asalkan dalam keadaan aman dan terkawal.

    ReplyDelete
  14. Sambutlah hari kemerdekaan dengan perasaan muhibah.

    ReplyDelete
  15. Sambutan Kemerdekaan jangan pula jadikucar kacir nanti sebab perhimpunan ni.

    ReplyDelete
  16. dia buat hal lagi.. kali ini dia ambil kesempatan disebalik kemeriahan sambuat kemerdekaan.. nanti banyak la provokasi yang dia boleh buat..

    ReplyDelete
  17. boleh ka NGO yang berselindung di sebalik parti politik ini tidak mengganggu ketenteraman awam?? boleh ka sekali sekala mereka biarkan saja orang awam menyambut hari kemerdekaan dengan aman tanpa ada sebarang unsur2 politik??

    ReplyDelete
  18. Apa pun tuntutan itu tidak akan ditunaikan begitu saja semestinya perlu mengikut prosuder yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  19. sambutlah kemerdekaan dgn penuh patriotik

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.