Thursday, August 16, 2012

Tanda Putera : Tiada watak pemimpin DAP

Pesona Pictures hari ini menafikan adanya watak pemimpin DAP dalam filem terbaru keluaran mereka, “Tanda Putera” yang telah menerima kecaman dan kontroversi berlarutan daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan filem tersebut.

Pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

“Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’,” tegas Shuhaimi ketika sidang media di sini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa “Tanda Putera” memaparkan watak pemimpin DAP Lim Kit Siang turut dimuatkan ke dalam filem tersebut.

Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 minit tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

"Sedangkan mereka belum melihat lagi filem ini,” katanya.

Mengulas berkenaan perkara itu lagi, Shuhaimi berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.

“Adegan 13 Mei hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem ini. Ia hanya latar cerita.

“Saya pembuat filem ... bukan organ propaganda,” katanya yang turut menyuarakan rasa kecewa terhadap segelintir rakyat negara ini yang masih belum matang untuk melihat sejarah mereka sendiri.

“Ia hanya sejarah ... radikal pada masa lalu, bukan sekarang.

“Rakyat Malaysia masih belum matang,” tambahnya lagi.

Ekoran kontroversi tersebut, tarikh tayangan “Tanda Putera” juga diubah kepada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.

“Tarikh ini dikira sesuai kerana bersempena dengan cuti sekolah hujung tahun dan memberi ruang dan masa bagi Finas dan kami merancang untuk mempromosi filem ini,” tambahnya lagi.

18 comments:
Write comments
  1. Ntah2 ada agenda UMnporno yg tarsembunyi melalui filem nih. kenapa tiba2 citer mcm ni dihasilkan ? nak bagi ceramah dah xlaku kot lalu kena gunalah mana2 produser filem ke pengarah drama ke utk hasilkan citer2 buang masa nih. yg nyata, fakta sejarah mengenai kronologi kemerdekaan jauh trpesong dr yg asal mengenai siapa yg memulakan bibit2 prjuangan menghalau penjajah dr Tanah Melayu, siapa yg benar2 ditakuti oleh British, siapa yg benar2 brpengaruh dan betul ker Tunku Rahman selaku Ketua Negara yg mewakili PERIKATAN tu hanya dipanggil mengadap Ratu England/negara penjajah tu utk amik watikah kemerdekaan jer dgn syarat beri taraf kerakyatan pd akum cina dan india.

    ReplyDelete
  2. apa sangat la Lim Kit Siang tu sampai watak dia dimainkan dalam filem.. kalau seua pun mahu dipolitikkan, pigi la politik itu movie Hollywood.. banyak tu isu kontroversi sana..

    ReplyDelete
  3. kalau si pembuat tuduhan itu rasa diri dia benar, ba saman la Datin Paduka Shuhaimi Baba.. jangan sekadar cakap semata2 untuk mencari bahan politik pembangkang..

    ReplyDelete
  4. Shuhaimi sudah menjelaskan bahawa Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’, diharapkan pihak pembangkang akan berhenti membuat spekulasi tanpa asas.

    ReplyDelete
  5. Filem Tanda Putera hanya menceritakan pasal sejarah Malaysia, tidak perlulah menimbulkan kontroversi kerana khabar angin sahaja.

    ReplyDelete
  6. Memang rakyat Malaysia belum matang. Lebih emosi daripada rasional.

    ReplyDelete
  7. Yang suka tengoklah, yang tak suka tak payah tengok. Tak payah nak kecoh.

    ReplyDelete
  8. PR yang masih belum matang tu. Baru tu saja sudah melatah.

    ReplyDelete
  9. Bersikap rasional tu penting.

    ReplyDelete
  10. Lim Guan Eng menasihat rakyat tidak menjadikan hukum hudud yang diperjuangkan PAS sebagai punca untuk pecah belah. DAP tak akan menghasut bukan Islam untuk menentang hudud. Yang peliknya UMNO menghasut MCA dan MIC untuk tentang hudud?

    Mana mahu letak muka UMNO parti Islam ketiga terbsear di DUNIA!!!!

    ReplyDelete
  11. Filem ini tak ada kaitan dng politik, ia hnya sejarah, tak perlu nak jadikan filem ini isu.

    ReplyDelete
  12. apapun alasan, filem tu mmg berkaitan perkauman. kenapa nak timbulkan memori yang gelap? kalau cina dan melayu berperang lagi, hancur lah malaysia. apa punya najib benda ni pun tak sensetif asyik nak fikir menang PRU saja.

    Jgn lupa ekonomi malaysia dipegang oleh org2 cina. hampir semua sumbangan pilihanraya yang menentukan pemimpin ditaja oleh syarikat2 cina.

    Kalau tak jadi perang pun, kemungkinan org cina bawa keluar kekayaan mereka dari malaysia atau tutup kedai kalau mereka marah. mana org melayu mau cari makan? kilang gula, kilang siman, kilang besi, kilang kayu, kilang makanan hanpir semua milik org cina. melayu apa ada, cuma bangga dengan kilang kerepak ubi, kilang proton yg tak boleh akan, banyak tanah tapi cuma ada kelapa sawit yg hanya boleh keluarkan minyak itupun kilang org cina.

    filem tu tak patut ditayangkan. kenapa? takda lagikah modal kempen UMNO sampai nak tayangkan benda yang amat sensetif ini?

    ReplyDelete
  13. PR agak baik dalam isu filem ni sekurang kurangnya mahu cegah benda yang mungkin membawa kesan tidak baik kpd hubungan rakyat malaysia.

    kita semua tahu sejak kebelakangan ini, org melayu terutama NGO melayu sprt PERKASA dan beberapa pemimpin UMNO secara terang terangan menghentam org cina. mungkin sebab org cina tak lagi sokong kerajaan. so, kenapa secara kebetulan pula nak tayangkan filem berkaitan keganasan pada MEI 1969? secara ringkas peristiwa itu adalah pertempuran org2 cina dan melayu akibat konflik politik. apakah motif kerajaan taja penayangan filem itu?

    Jawapannya tak patut kisah hitam yang sangat sensetif ditayangan semula.

    Ada dua hasil daripada tayangan filem itu.

    1. Penerbit akan untung banyak.
    2. Kemunginan berlaku semula rusuhan antara cina dan melayu.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya wayang ini mendapat tentangan dari beberapa pihak/.

    ReplyDelete
  15. ‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair



    . DAP sudah di terima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

    Tohmahan dan tuduhan palsu ke atas LKS itu merupakan jalan yang terakhir untuk BN mengelakan diri dari terjatuh tersungkur di hadapan mata rakyat kerana momokan terhadap parti itu sejak lebih empat dekad lalu sudah secara deras tidak diterima lagi oleh ramai orang Melayu. UMNO dalam kedudukan ‘desperate’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu kerana sebahagian besar dari orang Melayu sudah menerima PAS sebagai parti gantian kepada UMNO untuk mereka sekarang ini.

    ReplyDelete
  16. KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mahu memfailkan saman malu ke atas produser eksekutif filem kontroversi, “Tanda Putera”, Aida Fitri Buyong.

    Pemimpin veteran DAP itu (gambar) melalui kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider berkata, peguamnya akan menguruskan urusan ini dalam masa terdekat.

    “Tuduhan Aida terhadap saya bahawa saya ‘mudah terasa’ apabila gambar saya disiarkan di laman sosial Facebook dengan kapsyen menuduh saya kencing di tiang bendera negeri Selangor di hadapan rumah menteri besar, dan mencetuskan 13 Mei adalah berunsur fitnah, dan membinasakan.

    “Mengapakah seluruh produksi filem ini, termasuk pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan pengarah eksekutif boleh menerima penipuan ini?” katanya lagi.

    ReplyDelete
  17. cerita yang diketengahkan dalam filem ni merupakan Sejarah. Sejarah ada pahit manisnya, ada positif dan negatifnya.apa yang baik, itulah yang wajar diambil iktibar, bukan nak politikkan.

    ReplyDelete
  18. Tidak perlulah terlalu emosi sangat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.