Kabinet telah menerima cadangan supaya tiga pemimpin BN diberi amaran kerana menyuarakan bantahan terbuka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.
Mereka adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu (kiri) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sumber-sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet membuat keputusan itu dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos.
Satu sumber mendedahkan, dicadangkan perdana menteri atau timbalannya memanggil dua timbalan menteri berkenaan dan memberi amaran kerana tindakan mereka bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Katanya, terdapat juga cadangan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya bertemu dengan dua timbalan menteri dan Khairy untuk mendengar pandangan mereka, dan menyediakan kepada mereka penjelasan kerajaan.
Sehari sebelum mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu berada di luar negara mengarahkan kabinet membincangkan kontroversi itu ekoran bantahan besar dalam talian yang digelar "Hari Cegah Siar Internet".
Bagaimanapun, mesyuarat memutuskan tidak menyemak semula pindaannya. Keputusan itu kemudiannya dijelas dan ditegaskan kembali oleh Nazri.
Menurut sumber lagi, kabinet berpandangan jika tiada tindakan diambil, ia akan menjejaskan kewibawaan kerajaan dan melemahkan pentadbiran.
"Kabinet juga berpendangan ketiga-tiga pemimpin itu secara terbuka mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar kerajaan," tambah sumber itu. -MK
Thursday, August 30, 2012
Seksyen 114A: 3 pemimpin BN berdepan amaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
The controversial Section 114A of the Evidence Act is here to stay because the amendment is to protect the country’s security, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz.
ReplyDelete“I would have hesitated to table the amendment if I did not think that it could serve the security of the country well,” he told reporters.
ReplyDeleteThose who were against the amendment did not understand the law, added Nazri.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe amendment, gazetted and enforced last month, presumes publication and ownership of offending items posted on the Internet as the owner’s unless proven otherwise.
The Centre for Independent Journalism had coordinated an Internet Blackout Day on Aug 14 as part of its Stop 114A campaign, which saw various bloggers and website operators putting up black banners and pop-ups to protest the amendment.
ReplyDeleteNazri also said Section 114A could not be applied to the case of a seditious message posted on a Facebook page created in Umno Youth’s name. “It can only be invoked if a person is charged under other laws and the court is convinced to use it to shift the burden of proof to the accused,” he said, adding that the amendment was “procedural”.
ReplyDeleteThe accused, he added, could then prove his innocence through a balance of probabilities – Umno Youth, for instance, had lodged a police report as soon as possible.
ReplyDelete
ReplyDeleteAsked if Umno Youth could then be charged under the Sedition Act, Nazri said he would not “dabble in speculation.”
ReplyDeleteBarisan Nasional executive secretary Ibdilillah Ishak had lodged a police report on behalf of Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the Facebook page and its contents.
ReplyDeleteThe administrators of the page, named Pemuda Umno Malaysia, had posted a photo claiming that the country’s official religion would be changed from Islam to Christianity should Pakatan Rakyat gain support.
Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 akan diteruskan.
ReplyDeletePengguna Internet dan pemilik laman web perlulah jelas dengan akta 114A supaya boleh melindungi diri.
ReplyDeleteMake sure the implementation of this enactment is not a double standard. Explain to the public.
ReplyDeleteAmaran sepatutnya dikeluarkan, salurkan ketidakpuasan hati pada saluran yang betul.
ReplyDeletepara bloger dan pemilik FB/twitter harus tidak sesuka hati mengeluarkan statement
ReplyDeleteharap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 ini akan disemak semula jika ada yang tidak berpuas hati.
ReplyDeleteSaya masih ingat Nazri inilah yang pernah kata PATI di Sabah tidak mendatangkan masalah kepada Sabah!
ReplyDeleteJangan cakap sahaja "Janji ditepati"
ReplyDeletejika berhadapan dengan masalah pastikan cari jalan penyelesaian kepda masalah itu.
ReplyDeleteTidak ada yang akan membantu selain dari diri mereka sendiri.
ReplyDeletediktator UMNgOk berlakon lagi...
ReplyDeleteNazri ni PM ke atau Tok Jib ? kalau PM kata kena kaji keutamaan rakyat, kenapa harus ada menteri yg bantah. Maknanya jelas, BN takut rakyat bangkit memberontak hasil dr maklumat yg dsalurkan kpd umum melalui pelbagai kaedah.
ReplyDeleteseksyen ini kena dikaji dgn baik.
ReplyDeleteberi amaran saja.. kalau dalam Pakatan, sudah kena pecat ni..
ReplyDeleteLagi cepat akta itu dikuatkuasakan.. lebih cepat UMNO mengali kubur sendiri.. hehe
ReplyDeletedorang takutlah itu...
ReplyDeletebukan takut.. tetapi adil..
ReplyDelete