AMK Selangor menyelar dan mempertikaikan kenyataan Pengerusi MCA negeri, Datuk Donald Lim Siang Chai yang menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor kepada ahli-ahli MCA pada satu konvensyen MCA Negeri Selangor.
“AMK Selangor begitu kesal kerana Donald Lim yang juga Timbalan Menteri Kewangan sepatutnya bertindak lebih waras dan tidak biadap dengan memainkan sentimen agama yang sempit semata-mata terdesak untuk merebut kembali Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat ketika ini.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, rakyat Selangor memilih untuk mengubah kerajaan pada tahun 2008 dengan berpaksikan kematangan dan melangkaui sentimen politik melampau dengan memilih gabungan parti politik yang jauh lebih baik dan terbukti berjaya mentadbir kerajaan negeri dengan lebih sistematik dan telus.
“Justeru, kenyataan Donald Lim dilihat lebih kepada kenyataan seorang pemimpin parti yang ketinggalan zaman dan terdesak, serta tidak berdaya lagi untuk bersaing secara lebih kompetitif dalam melaksanakan demokrasi dengan lebih adil.
“Tindakan menghina Islam secara terang-terangan ini mencerminkan kebodohan diri sendiri yang akhirnya akan merugikan MCA sendiri”, katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Menurut Azmizam, sudah tiba waktu Umno menyatakan pendirian mereka pada isu yang kritikal ini demi menjaga kemuliaan agama Islam yang telah berkali-kali diperlekehkan oleh parti komponen MCA.
Umno sebagai tunjang komponen BN juga sudah sepatutnya mengkaji kedudukan MCA bersama mereka, kata beliau lagi.
Dwi standard
AMK Selangor katanya, menyelar sikap dwi standard Umno yang bersikap tidak konsisten dalam isu menjaga kedaulatan agama Islam ini apabila dengan lantang menyerang DAP tetapi takut kepada MCA, hingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘ abang besar’ dalam BN.
“Oleh yang demikian usahlah Umno bermimpi untuk merampas kembali Selangor kalau sikap mereka begitu mengelirukan dalam isu ini. Kebaculan Umno begitu terserlah dan layaklah mereka dipinggirkan dari terus mentadbir negeri Selangor ini. Umno langsung tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua rasmi agama Islam di negeri ini”, kata beliau.
Beliau menambah, justeru apa lagi yang dapat rakyat terutamanya orang Islam dapat berharap kepada parti lemah ini.
Umum telah tahu bahawa Umno memang tidak pernah berhasrat memartabatkan Islam sebagai salah satu rujukan pentadbiran namun sikap membisu apabila agama Islam dan semangatnya diinjak adalah sesuatu yang amat mengecewakan.
Menurutnya lagi, AMK Selangor juga memberi amaran keras kepada MCA terutama pemimpinnya supaya tidak lagi menjadikan agama Islam sebagai satu modal politik murahan mereka dan mula menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat adalah alternatif unggul untuk menggantikan peranan mereka dalam masyarakat.
“AMK Selangor menolak politik sentimen dan kebencian dan yakin bahawa rakyat kini adalah mereka yang matang serta memiliki pengetahuan di hujung jari. Maklumat adalah satu keistimewaan bagi rakyat, dan mereka akan pantas mengetahui politik mainan MCA/BN ini adalah politik murahan yang dimainkan oleh mereka yang mempunyai pemikiran kurang bijak,” tambah Asmizam. -FMT
Saturday, August 25, 2012
MCA Hina Undang-undang Islam, UMNO Senyap?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mahathir sendiri tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud.
ReplyDeleteAgama tidak harus dipolitikkan. kalau ada yang tidak puas hati bincanglah sebaiknya, bukan dengan mengheboh-hebohkannya melalui media.
ReplyDeleteItu rasanya boleh diselesaikan dengan perbincangan dan bukannya dengan cara kekerasan.
ReplyDeleteNegara yang dilanda peperangan tentu tidak lari daripada isu agama. Manusia sungguh tamak. Tidak boleh toleransi?
ReplyDeleteStop politicizing religion.
ReplyDeletebaru tau ka? inilah masalah sbgian dari masyarakat kita! aku analogikan kita mcm ni..dalam sebuah pulau - ada kelompok2 dlm masyarakat pulau tu yg suka solat di masjid, ada yg suka berjudi, ada yg sembah tokong, ada yg suka berzina, ada yg suka main laga ayam, ada yg suka suka maki hamun, ada yg suka mengata, ada yg suka ketawa, ada yg suka korek hidung, ada yg mental block, ada yg suka bersenam, ada yg suka mengorat, ada yg suka bekerja & bekerja, ada yg suka bercakap, ada yg suka menyanyi, yg suka menari, ada yg nda suka bermasyarakat, ada yg suka berangan nak jadi angkasawan, , ada dajjal, ada yg suka skodeng..
ReplyDeletekamu nak jadi pemimpin di pulau tuh!! nak maju & harmonikan tempat tuh! *ingat! dlm nak mentarbiyyah masyarakat mcm nih..niat biar betul, kerja biar jadi, org suka, tuhan syg, pahala dapat!!
so, pikir2 la.. itula kualiti & nilai kamu terhadap masyarakat malaysia sebegini!
Sebab tu ramai lagi barua2 umno tak nampak cahaya islam dlm PAS. Sebab mereka sokong MCA yg tolak hukum Tuhan dan tak spt DAP yg sejak brkawan dgn PAS melalui PR mereka yg totok non-muslim pun dah nampak kebaikan islam. Kecuali Karpal shj yg brsuara mengikut lunas2 undang2(kononnya) Media umno tak kan heboh mana2 non muslim yg terima kebaikan islam melalui PAS, takut mereka dpt 'mata demerit' srp rakyat jelata. Sepatut nya UMNo kena siarkan pd umum mana2 non-muslim yg terima kelebihan islam, baru masyarakat menilai kelebihan kerajaan kita.
ReplyDeletelucu sangatlah para ulama2 sekarang, kalau pembangkang buat salah, laju sangat ulama umno jatuhkan fatwa. tetapi kalau BN buat salah, para ulama2 besar umno mcm bisu semua. takut apa? takut najib? ? takut mahathir? atau takut hilang periuk nasi? alaa.. kalau ulama yang sejati, dia tak takut melainkan Tuhan saja. kalau karpal yg cakap pasal negara islam, para ulama umno berebut rebut mahu kondem tetapi bila MCA yg cakap pasal undang2 islam, semuanya senyap seribu bahasa. harusani, ustad pondok, tuan2 penasihat UMNO semuanya senyap saja.
ReplyDeletesepatutnya ulama2 ini tidak boleh berada di pihak mana2 samada kerajaan atau pembangkang. tengoklah mereka sekarang memalukan sja. nampaknya ada benda yg mereka lebih takut berbanding dgn Tuhan. palis palis..
kenapa AMK selangor tidak selar kenyataan peimpin2 DAP yang banyak menentang usaha penubuhan negara Islam oleh PAS?
ReplyDeleteKarpal Singh juga menentang Hukum Hudud yang dibangkitkan oleh PAS bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pengundian rakyat Melayu terhadap mereka.
ReplyDeleteKita meminta PAS untuk tanya pendirian DAP dan PKR dalam pelaksanaan hukum hudud tetapi mereka juga senyap-senyap. Takutkah apa?
ReplyDeleteDAP menolak hudud kenapa PAS diam saja..
ReplyDeletePR ni cuma mahu menang saja. Lain2 perjuangan parti tolak belakang
ReplyDeleteagama kini dah jadi bahan politik, jgnlah mempolitikkan agama.
ReplyDelete