Thursday, August 30, 2012

Pemuda PAS gesa tindakan pada 'perang bikini'

Pemuda PAS mendesak pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penganjur acara 'perang bikini' yang akan diadakan di sebuah tempat bersantai di Ampang hari ini.

Timbalan ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan itu perlu diambil kerana program "mungkar" dibimbangi mengundang bala Allah.

NONE"Pihak penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan kod berpakaian seksi, mengghairahkan, serta pakaian renang," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Pesta dinamakan "Wet and Mad Wednesday Pool Party: Bikini Wars" (Parti kolam renang Rabu yang basah dan gila: Perang bikini) itu akan diadakan bermula pukul 7 malam sehingga 2 pagi.

Selain itu, Nik Abduh berkata, beliau menganggap acara tersebut sebagai pesta seks yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Beliau berkata lagi, apa yang lebih menyedihkan apabila pesta tersebut dianjurkan di negara ini.

"Pemuda PAS menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

"Manusia sudah kembali ke alam jahiliah di mana wanita dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, Nik Abduh mempersoalkan bagaimana program tersebut mendapat kelulusan serta publisiti yang meluas.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah negara Islam, aktiviti seperti itu sepatutnya tidak dibenarkan untuk dianjur sewenang-wenangnya.

"Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini? Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

"Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, penzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

"Kami merasa kesal kerana sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh kerajaan serta suara para ulama yang bangkit menentang program seumpama ini.

"Lebih dikesali apabila pusat-pusat hiburan, kelab malam, disko, rumah-rumah urut dibiarkan beroperasi selama ini di pusat bandar raya di negara ini tanpa usaha untuk menutupnya," kata Nik Abduh. -MK

15 comments:
Write comments
  1. KALAU ALLAH menurunkan bala berupa bencana ianya tidak mengira samaada adanya orang beriman,ustaz, ulama ditempat itu pasti semua kena.'uzubillah'.. kena hormatlah perasaan / sensitiviti org lain..macam dorang sahaja yg tinggal negara apa-apa boleh buat!

    ReplyDelete
  2. Perang Bikini ini macam menarik. Bila tarikh sebenar?

    ReplyDelete
  3. Terpulanglah kepada orang ramai untuk membuat penilaian sama wajar mengambil bahagian dalam acara sebegini.

    ReplyDelete
  4. Sendiri mahu fikir saja la. Kalau parti begitu dosa bagi seseorang untuk hadir, jangan la datang. Ingat boleh kawal semua orang ka??

    ReplyDelete
  5. Aduii kolot sungguh pemikiran mereka, ingat apa mereka itu Tuhan??

    ReplyDelete
  6. Perang Bikini, pasti ramai aweks.

    ReplyDelete
  7. Apa2 la yang penting asalkan kamu bahagia.

    ReplyDelete
  8. Sekali tu. Ramai ahli2 PAS yang hadir.

    ReplyDelete
  9. Smua ada pendapat masing2 asalkan tidak menganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  10. Siapa juga penganjur program tu?

    ReplyDelete
  11. Perang bikini HALAL kalau himpunan bersih HARAM sebab pakai baju kuning

    ReplyDelete
  12. Tambah lagi perang bikini HALAL kerana dihalalkan oleh UMNO kalau baca puisi macam Samad Said deklamasikan puisi haram kata UMNO!

    ReplyDelete
  13. perang bikini patut dihalang.

    ReplyDelete
  14. PAS sokong Bersih yang didalangi oleh Ambiga.. Ambiga pula penyokong kuat LGBT yang mahu amalan itu diamalkan di negara ini.. itu tidak songsang?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.