Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. -KD
Saturday, August 25, 2012
Azwan Ali: Umi Hafilda Bukan Adikku Lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tidak ada guna bergaduh sama adik beradik. Tidak akan lari kemana juga nanti itu.
ReplyDeleteInilah politik punya pasal, hubungan keluarga jadi kucar kacir.
ReplyDeleteHarap perkara ni akan diselesaikan sesama mereka. ini urusan keluarga mereka, kalau lagi dihebohkan di media makin bertambah renggang hubungan kekeluargaan.
ReplyDeleteIni barulah. Satu keluarga jadi bahan sensasi politik.
ReplyDeleteAir dicincang takkan putus. Hormatilah ibu bapa.
ReplyDeleteUsah dpergunakan oleh UMNo utk mengeruh keadaan atau hubungan adik beradik. Kenapa nak tuduh pd PKR atau PR atau DS Anwar kena guna si Ummi tu?
ReplyDeleteKita selalu perasan ummi ni sentiasa menjadi alat pada umno bn bila masa nak pru dan bnyak lagi. Saya berdoa moga ummi segera bertaubat sblum terlambat, hukum menghancurkan perhubungan persaudaraan adalah berdosa dan d tegah oleh agama kita. Jgn mudah d jadikan alat unk kepentingan politik pihak lain.
ReplyDeletedasar anak anak kurang ajar! first- dekati, sayangi & hargai ibu! barula salamat bah
ReplyDeleteteruklah...
ReplyDeletemalas saya mahu ambil tahu keluarga bermasalah ni..
ReplyDeletePublisiti murahan saja Azwan Ali ini mahukan.
ReplyDeleteSekeluarga ini hanya mahukan perhatian sahaja. Baik kita jangan layan mereka, nanti semakin melampau perbuatan mereka.
ReplyDeletekerana politik, adik beradik bermusuhan.
ReplyDeleteNi lah yang dinamakan mainan politik. Sesama keluarga pun boleh bermusuh.
ReplyDeleteAzwan Ali menumpang populariti saja.
ReplyDelete